Thursday, 9 April 2020

Perlukah PKP ini Dilanjutkan..




Abam setuju dengan pendapat Prof ini yang ekonomi kita semakin lumpuh atau akan jatuh terus jika PKP ini dilanjutkan.

Menurut beliau, sektor perusahaan kecil dan sederhana kini hampir lumpuh akibat Covid 19. Jika PKP ditambah dua atau satu bulan lagi, keadaan akan semakin teruk dan usaha untuk memulihkan ekonomi jadi semakin sukar.

Abam setuju dengan pendapat beliau. Kajian juga mendapati 2.4 juta orang bakal kehilangan kerja akibat wabak dan kesan PKP ini. Semalam juga sudah ada dilaporkan yang sesetengah majikan telah memanggil pekerja mereka berbincang tentang masa depan mereka sama ada ingin mengambil cuti tanpa gaji atau mengundurkan diri.

Itu pendapat beliau dari sudut ekonomi. Manakala dari sudut perubatan, abam abam tak berapa setuju jika PKP ini ditamatkan pada masa ini.

Pertamanya, jika kita lihat sejarah atau trend di Wuhan, mereka menjalankan sessi PKP ini selama hampir 70 hari iaitu semenjak 29 Januari 2020 sehingga 7 Mac 2020. Semalam (8 April 2020) baru mereka MERDEKA.

Jadi jika kita ikut pada trend terkini, tempoh PKP yang kita lalui sekarang masih belum mencukupi. Jumlah kes masih banyak. Ini menjukkan bahawa perang melawan Covid19 ini masih panjang. Kita baru saja menang diperingkat awal tapi musuh yang tidak nampak ini masih ada lagi di luar sana. Menunggu peluang untuk menyerang.

Sekiranya PKP ini ditamatkan, maka apa yang dilakukan selama hampir sebulan yang lalu ( semenjak 18 Mac 2020) akan sia-sia (futile/ useless).

Begitu juga seandainya PKP ini dilonggarkan. Abam risau kes akan meningkat semula. Rakyat kita ni kebanyakannya kurang disiplin. Dalam kerajaan sebok minta kita jangan keluar pun, masih ramai yang degil. Inikan pula jika PKP ini dilonggarkan. Mesti lagi sukar untuk kerajaan mengawal mereka.

Pada pendapat abam, PKP ini patut dilanjutkan lagi. Malah jika terpaksa, buat sehingga selesai hari Raya Puasa. Ketika itu baru kes ini betul-betul kurang dan baru kita boleh jalani kehidupan seperti biasa.

Ekonomi akan sukar dipulihkan? Ye. Ini sudah dijangka dan bukan negara kita saja yang menghadapinya. Seluruh dunia mengalami masalah yang sama. Tapi semakin lama kes Covid ini berlarutan, semakin sukar untuk kerajaan memulihkan ekonomi negara. 

Alang-alang kita dah di pertengahan jalan, apa kata kita teruskan saja melangkah sehingga ke penghujung jalan. Alang-alang kita dah buat PKP selama sebulan, apa salahnya kita teruskan lagi PKP ini sehingga kes ini benar-benar terkawal. Tak kesah lah walaupun ia mengambil masa dua atau tiga bulan lagi.

Deepavali 2024

Setiap tahun mesti datang beraya rumah Aci ni sebab dulu Aci ni berjiran dengan mak mertua saya masa mereka sama-sama tinggal du kuarters JK...