Abam setuju
dengan pendapat Prof ini yang ekonomi kita semakin lumpuh atau akan jatuh terus
jika PKP ini dilanjutkan.
Menurut
beliau, sektor perusahaan kecil dan sederhana kini hampir lumpuh akibat Covid
19. Jika PKP ditambah dua atau satu bulan lagi, keadaan akan semakin teruk dan
usaha untuk memulihkan ekonomi jadi semakin sukar.
Abam setuju
dengan pendapat beliau. Kajian juga mendapati 2.4 juta orang bakal kehilangan
kerja akibat wabak dan kesan PKP ini. Semalam juga sudah ada dilaporkan yang
sesetengah majikan telah memanggil pekerja mereka berbincang tentang masa depan
mereka sama ada ingin mengambil cuti tanpa gaji atau mengundurkan diri.
Itu pendapat
beliau dari sudut ekonomi. Manakala dari sudut perubatan, abam abam tak berapa
setuju jika PKP ini ditamatkan pada masa ini.
Pertamanya,
jika kita lihat sejarah atau trend di Wuhan, mereka menjalankan sessi PKP ini
selama hampir 70 hari iaitu semenjak 29 Januari 2020 sehingga 7 Mac 2020.
Semalam (8 April 2020) baru mereka MERDEKA.
Jadi jika
kita ikut pada trend terkini, tempoh PKP yang kita lalui sekarang masih belum
mencukupi. Jumlah kes masih banyak. Ini menjukkan bahawa perang melawan Covid19
ini masih panjang. Kita baru saja menang diperingkat awal tapi musuh yang tidak
nampak ini masih ada lagi di luar sana. Menunggu peluang untuk menyerang.
Sekiranya
PKP ini ditamatkan, maka apa yang dilakukan selama hampir sebulan yang lalu (
semenjak 18 Mac 2020) akan sia-sia (futile/ useless).
Begitu juga
seandainya PKP ini dilonggarkan. Abam risau kes akan meningkat semula. Rakyat
kita ni kebanyakannya kurang disiplin. Dalam kerajaan sebok minta kita jangan
keluar pun, masih ramai yang degil. Inikan pula jika PKP ini dilonggarkan.
Mesti lagi sukar untuk kerajaan mengawal mereka.
Pada pendapat
abam, PKP ini patut dilanjutkan lagi. Malah jika terpaksa, buat sehingga
selesai hari Raya Puasa. Ketika itu baru kes ini betul-betul kurang dan baru
kita boleh jalani kehidupan seperti biasa.
Ekonomi akan
sukar dipulihkan? Ye. Ini sudah dijangka dan bukan negara kita saja yang
menghadapinya. Seluruh dunia mengalami masalah yang sama. Tapi semakin lama kes
Covid ini berlarutan, semakin sukar untuk kerajaan memulihkan ekonomi negara.
Alang-alang
kita dah di pertengahan jalan, apa kata kita teruskan saja melangkah sehingga
ke penghujung jalan. Alang-alang kita dah buat PKP selama sebulan, apa salahnya
kita teruskan lagi PKP ini sehingga kes ini benar-benar terkawal. Tak kesah lah
walaupun ia mengambil masa dua atau tiga bulan lagi.
2 comments:
kalau diteruskan sehingga tamat Hari Raya Puasa, Pesta Menuai dan Hari Gawai itu abam kie sokong sgt la. Tahulah camne org akan balik raya jika PKP ditamatkan.
Betul tu cikgu.. Kalau boleh biar kes dah '0' baru kita fikir untuk longgarkan PKP. Kalau tak, berisiko kita weh.
Post a Comment