Monday 30 March 2020

PRODUK VIRAL TAPI DIRAGUI FUNGSINYA..




Hari ni abam 'bizi sebizi bizinya'. Tak sempat nak menulis. Biasa tu pagi-pagi atau senbelum tengahari, abam akan post satu komentar atau apa-apa ceritaa. Pagi ni tak dan.. sebab apa? Sebab abam terpaksa pegi kerja awal untuk plan bagaimana nak kurangkan risiko jangkitan COVID 19 ini dari terkena kepada pesakit-pesakit abam.

Dua hari lepas, Pakar Nefro hospital Raja Permaisuri Bainun dah warning semua incas/manager centre dialysis seluruh Perak supaya lebih berwaspada dengan penularan wabak ini.

Menurut beliau pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik (ESRF) ni berisiko untuk kena. Ini bukan bermakna orang biasa tak berisiko. Orang biasa pun berisiko juga tapi kalau kita orang biasa ni berisiko, mereka 2 atau 3 kali ganda lebih berisiko berbanding kita.

Jadi untuk mengambil langkah berjaga-jaga, abam telah jarakkan waktu rawatan pesakit. Jika sebelum ini pesakit shift pagi sempat jumpa pesakit shift petang, sekarang abam ‘cut off’. Pesakit shift petang tak boleh jumpa/ bertembung dengan group shift pagi. Dengan ini peluang untuk berlakunya ‘cross infection’ dapat dikurangkan. Inilah plan abam. So semput juga la nak susun semula jadual dan pesakit.

Oh ya.. Sebut pasal risiko jangkitan ni, sekarang ni abam nampak orang kita dan tahu serba sedikit bagaimana nak lindungi diri dari jangkitan COVID ni dengan memakai PPE. Jika sebelum ini ramai yang tak ada mask, sekarang ni majoriti dari kita sudah memakai mask. Begitu juga dengan amalan mencuci tangan dan menggunakan hand sanitizer. Syabas abam ucapkan. Korang memang terbaik. Tahu menjaga keselamatan diri.

Dalam banyak-banyak PPE, abam perasan ada satu produk yang sedang viral. Iaitu sejenis 'tangkal' yang bernama ‘Antah Wellness’. Produk ni ditujuk oleh salah sorang staff abam. Katanya produk ni sedang 'trending'. Dia cadang nak beli satu.

Abam pun cuba tengok promo dalam website agen yang menjual produk ni. Antara kata-kata manis yang abam baca ialah.. “PM kita guna Antah Wellness guys!Produk kesihatan ini dikatakan boleh menghapuskan virus dan bakteria dalam radius 1…”

Berduyun-duyun orang pakat beli produk ni sehingga harga dia naik 2 kali ganda. Jika sebelum ni, harga produk ini cuma bernilai RM59 hengget, sekarang ia telah dijual dengan harga RM99 hengget. Tapi masih ramai lagi yang beli sampai tak ada stok. Bila buka Lazada dan Shopee, semua habis.. SOLD OUT..!!

Tepuk dahi abam, dengan perangai orang kita ni. Patut la berbuih mulut Ketua Polis Negara bagi nasihat supaya jangan percaya kepada ‘Macau Scam’, jangan percaya pada 'Macau Scam', tapi bila kita baca paper, minggu depan ada lagi individu yang menjadi mangsa. Itu baru kes Macau Scam. Ni Kes ‘tangkal scam’ pun rupanya 2X5 juga. Masih ramai yang terpedaya.

Yang abam hairan tu, bila ada satu-satu isu, ramai pula netizen kita yang bijak pandai. Contohnya, isu COVID 19 yang sedang kita hadapi sekarang ini. Bukan main ramai lagi yang tunjuk pandai. Yang bukan doktor atau paramedic pun dan-dan tu bertukar kulit jadi pakar. Siap ‘keluarkan fatwa’, nasihat dan petua.

Semua pakat berebut 'update status' bagi nasihat pada kawan-kawan supaya memakai mask dan melazimi amalan mencuci tangan. Hari-hari post pasal 'Lock down'. Sebabnya ramai tahu yang virus ini merebak melalui ‘air borne’ dan sentuhan. Good.. Tepat sekali.

Tapi kenapa bila ada orang jual ‘name tag’ yang kononnya jika dipakai di baju mampu menghalang virus dari terkena badan kita, ramai pula 'pakar tadi' yang pakat beli? Mana pergi ‘common sense’ korang semua? Teori mana pula yang mereka guna pakai yang ‘name tag’ berubat tu boleh menghalang virus dari terkena badan korang?

Jika kita fikir secara logik, sekiranya ‘name tag’ berubat tu boleh halang virus dari merebak, senang la kerja ‘frontliner’ kita. Tak payah la mereka pakai ‘baju bulan’, ‘face shield’, dan sarung tangan bagai, setiap kali mereka nak ‘screen’ pesakit yang disyakki terkena COVID 19. Cukup sekadar lekat atau gantung ‘name tag’ berubat ni di baju mereka, lepas tu terus hadap pesakit yang disyakki terkena virus COVID 19. Mask pun tak payah pakai kerana ‘name tag’ ni dah ada kuasa untuk bunuh kuman
dari terkena sesiapa yang memakainya.

Tapi kenapa sehingga ke hari ini abam tengok 'front liner' kita tak pakai pun 'name tag' ni sekwatu mereka berurusan dengan pesakit COVID 19? Tak mampu ke mereka nak beli sorang satu? Atau tak ada ke bajet KKM nak beli 'name tag' ni untuk 'front liner' kita?

So nasihat abam, cukup-cukuplah kita diperbodohkan oleh mereka yang nak ambil kesempatan atas keadaan yang sedang kita alami ini. Kalau ye pun nak beli, tanya dulu mereka yang pandai/arif dalam bidang kesihatan. Jangan la bila baca je 'produk review' yang ditulis oleh artis tersohor tentang sesuatu peroduk tu, terus kome teringin nak beli. Artis ni bukan semuanya ........(korang sambung isi sendiri la ye tempat kosong tu..kang tak pasal-pasal abam kena santau! haha).

RM59 hengget weh! Mungkin bagi sesetengah orang nilai tu tak banyak tapi dengan duit sebanyak itu abam boleh makan ‘nasi Vanggey’ dan sirap ais serta papedum di kedai nasi vanggey Malim Nawar selama 5 hari berturut-turut.

No comments:

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...