Sunday, 15 March 2020
Bolehkah Home Made Sanitizer bantu mencegah COVID 19?
Masalah penularan penyakit COVID 19 di negara kita nampaknya semakin meruncing. Setakat entri ini ditulis, 41 kes baru telah dikesan dan menjadikan jumlah individu yang dirawat akibat penyakit ini telah meningkat kepada 203 orang.
Namun angka ini dijangka meningkat lagi kerana pada masa ini pihak kerajaan atau lebih tepat lagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha mengesan individu-individu yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di Petaling Jaya pada 28 Februari 2020 yang lalu susulan seorang dari ahli jemaah yang hadir ke perhimpunan tersebut disahkan positif COVID 19. Jadi tidak mustahil beberapa hari lagi akan ada lagi rakan mereka yang hadir ke majlis tersebut bakal disahkan COVID 19.
Memandangkan kes ini semakin menular dan sukar dikawal, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengistiharkan COVID 19 ini sebagai PANDEMIK, iaitu satu penyakit yang tahap penularannya cepat dan sukar dikawal.
Lantaran itu bebarapa negara seperti Arab saudi, Colombia, Russia dan Perancis telah mengambil langkah yang proaktif yang agak keras iaitu dengan menyekat kemasukan pelancong ke negara mereka buat sementara waktu.
Di Malaysia pula, di samping meningkatkan pengesanan ke atas pesakit yang disyaki dijangkiti COVID 19 ini, pihak kerajaan juga telah mengarahkan supaya perhimpunan awam yang melebihi 50 orang ke atas ditangguhkan atau dibatalkan buat sementara waktu sehingga kes ini reda. Misalnya, malam tadi, abam tengok di televisyen, satu perlawanan bola sepak di stadium berlangsung tanpa kehadiran penonton. Terkini, Majlis Agama Islam juga sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan arahan supaya solat Jumaat ditangguhkan buat sementara waktu dan diganti dengan solat Zohor.
Di samping melarang rakyat menyertai mana-mana majlis keramaian atau perhimpunan, langkah-langkah lain juga disarankan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID 19 ini. Antaranya ialah seperti pemakaian topeng muka (mask) dan mengurangkan sentuhan langsung terutamanya berjabat tangan apabila bertemu kawan. Jika terpaksa juga berjabat tangan, seeloknya kita menggunakan 'hand sanitizer' untuk mencuci tangan.
Bila sebut pasal mask dan 'hand sanitizer' ni, sekarang ni abam dapati stok kedua-dua produk ini sudah habis di pasaran. Tempat abam bertugas sendiri pun sama. kami menghadapi kekurangan stok. Stok mask yang kami oder dua bulan lepas, tak sampai-sampai. Supplier cakap mereka tunggu stok dari 'over sea'. Ini di tempat abam, tempat kawan-kawan abam tak tahu.
Tapi abam dapati rakyat kita ni kreatif. Pelbagai alternatif telah diambil. Bila bekalan mask tak ada atau sukar dibeli, ada yang menjahit sendiri 'mask' untuk dipakai. Begitu juga dengan masalah hand sanitizer.
Hari ini pula abam terbaca satu artikel blog yang mengajar cara-cara membuat hand sanitizer menggunakan dettol dan sterile water. Dalam artikel tersebut, home made sanitizer ini dikatakan membantu pengguna berjimat di samping mengurangkan risiko dijangkiti COVID 19.
Abam puji sikap ini tapi persoalannya, betul ke campuran hand sanitizer home made tu boleh bantu mencegah jangkitan kuman? Apatah lagi COVID 19.
Ini kerana setahu abam, virus COVID19 ni akan lemah apabila ia terdedah kepada ALCOHOL 60% atau lebih tapi dalam formula home made sanitizer yang sedang viral sekarang ni, individu yang mencipta formula ini menyarankan supaya kita mencampurkan DETTOL dan sterile water sahaja.
Setahu abam, Sterile water ni adalah sama seperti air sejuk biasa cuma dia dah alami satu proses 'penstrailan'. Lalu terhasillah 'sterile water . Air ni tak ada apa-apa kandungan dan ia juga tidak berfungsi sebagai anti septik. Malah PH air ni pun dalam lingkugan 7 dan jika terdesak dan ketiadaan air, kita juga boleh minum 'sterile water' ni.
Keduanya ialah, bahan yang digunakan untuk menghasilkan home made sanitizer ini ialah DETTOL. Kita andaikan yang dettol ni ada kandungan anti septik tapi berapa 'strength' atau kekuatan dettol ni?
Mengikut formula tersebut, cecair Dettol yang digunakan juga bukannya 100% , sebaliknya kita hanya mengambil secara nisbah 20: 80 iaitu '20 part of dettol and 80 part of distil water', maka terhasil lah 100mls Hand sanitizer.
Tidak terfikir kah kita yang 'strength' dettol itu sudah berubah apabila ia dicampur dengan sterile water? Mesti kepekatan Dettol itu sudah berkurangan dan jika kepekatannya berkurangan, 'confirm' strength DETTOL ini juga sudah berkurangan juga. Bila strength DETTOL ini dah berubah,maka secara otomatiknya, keberkesanannya juga berubah. Silap-silap, bakteria pun 'gelak' bila terkena campuran sanitizer yang dicipta secara home made ni.
Argument abam yang seterusnya ialah, bakteria atau mikro organizma boleh mati atau lemah jika ia terkena/ terdedah dengan alcohol 60%. Tapi bila abam 'review' formula home made hand sanitizer yang sedang viral ni tak ada pun individu yang mereka/ mencipta formula ini sebut tentang kandungan alkohol. Jangankan 60%, 10 % pun tak ada. Malah formula home made sanitizer ni hanya bergantung kepada kekuatan DETTOL semata-mata. So... Boleh pakai ke formula ni?
Akhir sekali, teori atau hujah mana yang diguna pakai oleh mereka untuk menyokong dakwaan bahawa penggunaan home made sanitizer yang sedang viral sekarang ini berkesan. Dah ada buat tester ke? Setahu abam, untuk sesuatu produk apatah lagi sejenis ubat atau anti septik, sebelum ia dipasarkan, ia perlu diuji terlebih dahulu akan keberkesanannya. Malah ia perlu didaftarkan dengan Biro Kawalan Farmasi terlebih dahulu, bukan main campur seperti buat cekodok pisang saja..
Jadi, berdasarkan kepada argument- argument di atas, abam rasa sebelum kawan- kawan nak jadi saintis dan mengeluarkan sendiri hand sanitizer cuba kawan-kawan jawab dulu persoalan atau argument yang abam utarakan tadi.
Jika kawan-kawan ada jawapan yang boleh menyokong teori home made sanitizer ni, silakan.. Teruskan usaha murni kawan-kawan itu. Tapi jika kawan-kawan tak dapat nak jawab persoalan yang abam utarakan rtadi, apa kata kawan-kawan stop setakat ni saja.
Abam bukan anti dengan kretiviti kawan-kawan tapi pada pendapat abam, dari kawan-kawan mencuba sesuatu produk yang belum ada 'pruf' tu, baik kawan-kawan ambil langkah berjaga-jaga dengan tidak bersalam apabila terjumpa kawan di kedai mamak atau surau. Kalau nak bersalam juga, cepat-cepat cari paip air dan cucilah tangan dengan sabun yang disediakan.
Semoga kita terhindar dari wabak ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Antara Bawang dan Membawang
Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...
-
Bertemu kembali kita dalam perbincangan berkenaan persekitaran perniagaan. Sebelum ini kita telah mengetahui bahawa terdapat dua p...
-
Dalam dunia sekarang bermacam ragam manusia kita boleh jumpa. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercaya...
-
Dalam hidup ini terdapat banyak perkara yang berlawanan. Tinggi lawannya rendah, besar lawannya kecil, cantik lawannya hodoh, cerdik l...
No comments:
Post a Comment