Friday, 20 March 2020

SADIS... 15 PETUGAS KESIHATAN TURUT MENJADI MANGSA COVID 19.



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ini hari ke 4 kita 'dikenakan tahanan rumah'@ Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID 19.
Semalam seorang lagi mangsa telah pergi menghadap Ilahi menjadikan setakat ini 3 orang mangsa telah menemui ajal. Statistik terkini melaporkan seramai 1,030 mangsa telah disahkan terkena jangkitan COVID 19.
Tapi pagi ini abam tak nak komen pasal ini. Yang abam sedih dan terkilan ialah 15 orang petugas kesihatan (mungkin doktor, M.A, nurse atau PPK) telah dijangkiti virus ini gara-gara KEBODOHAN sesetengah dari rakyat kita.
Mereka ini terkena tempias disebabkan oleh segelintir individu yang 'busuk hati' dan 'munafik ' yang menyembunyikan maklumat kesihatan mereka sewaktu datang ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.
Abam juga pernah bertugas di hospital tahun 1999 dulu. Sewaktu NIPAH VIRUS sedang mengganas di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan. Kami dibahagi kepada dua team, team yang akan berhadapan dengan mangsa virus dan team yang merawat pesakit biasa. Untuk kami yang akan berhadapan dengan mangsa virus, kami diberi peralatan PPE (personal protective equipment) yang lengkap, manakala untuk team yang berhadapan dengan dengan pesakit biasa, kami tidaklah perlu memakai PPE yang lengkap. cukup sekadar memakai mask saja.
Bila anda datang ke klinik tapi tidak menceritakan status sebenar tahap kesihatan anda, biasanya pihak petugas yang membuat penyaringan akan melayan anda sebagai pesakit biasa. Anda akan dibenarkan masuk dan mendaftar seperti pesakit luar yang lain. Kemudian anda diarahkan beredar ke ruangan menunggu dan menunggu giliran untuk berjumpa MA atau doktor bagi mendapatkan rawatan.
Tapi disebabkan sikap anda yang 'bodoh sombong' serta 'bebal' ini, 'SECARA SENGAJA' anda telah menjangkiti petugas kesihatan iaitu doktor atau M.A yang merawat anda dan nurse serta PPK yang turut sama berurusan dengan anda. Malah anda juga secara tidak sengaja menyebar virus kepada pesakit lain yang turut sama menunggu giliran untuk berjumpa doktor di ruangan menunggu.
Abam hairan, susah sangat ke nak beritahu cerita sebenar? Susah sangat ke nak mengaku yang anda ada 'contact' dengan individu yang disyaki menghidap COVID19 atau anda ada pergi ke perhimpunan Tabligh pada 28 Feb yang lalu? Anda tak akan dikenakan hukuman pancung atau hukum bunuh sekiranya mengaku. Malah anda akan diberi rawatan seiring dengan status kesihatan anda.
Sekarang, disebabkan oleh pembohongan yang anda lakukan, orang yang sepatutya bertugas untuk merawat pesakit turut sama ditahan dan dikurantin. Malah dengar ceritanya ada petugas yang terkena jangkitan ini sedang dirawat di wad ICU. Tak terasa berdosakah anda dengan bila membaca berita ini?
Disebabkan kebodohan dan hati busuk anda, anda telah mengakibatkan orang yang tak bersalah menjadi mangsa? Sikap anda ini tak ubah seperti orang bagi anda bunga tapi anda membalasnya dengan melempar tahi!
Walaupun anda rajin bangun solat malam  sampai bengkak mata dan lebam dahi tapi selagi anda masih ada sifat 'munafik' di dalam diri, walaupun abam ini bukan seorang mufti tapi abam berani kata anda masih tak layak nak masuk syurga!

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...