Monday, 18 July 2022

Kawan Sejati

Kawan sejati itu hadir bukan sekadar di waktu senang. Dia ada ketika kita diam, tetap mendengar walau kita tak bersuara. Dia faham kita walaupun kita tak pandai meluah. Saat emosi kita berselirat, dia tetap sabar dengan kerenah kita. Bukan kerana terpaksa, tapi kerana dia bersahabat dengan hati yang ikhlas.

Cuba elakkan dari melukai hati kawan atau sahabat yang sebegini. Kalau kita tersilap langkah, cepat-cepatlah mengaku dan betulkan keadaan. Akui kesilapan dan cuba pulihkan semula hubungan, agar ia kembali seperti asal. Tapi dalam memujuk, berpada-padalah.

Janganlah pula sampai kita 'terover' atau tersalah tema masa memujuk. Lain jadinya nanti. Silap-silap, bukan semakin baik hubungan itu tapi menjadi semakin renggang pula.

Hargailah persahabatan..

Kredit: Kartunis PPKP Muhammaddaud Hamid


No comments:

Dulu Kita Tak Ada Wi-Fi, Tetapi Kita Ada Dunia Yang Lebih Luas

  Kalau kita yang membesar pada zaman 80-an dan 90-an teringat kembali zaman kanak-kanak dahulu, mungkin kita akan tersenyum sendiri.  Hidup...