Tuesday, 7 October 2025

Social Comparison- Kesan kepada Mental dan emosi kita serta tips mengatasinya.



Hidup ini, tuhan dah bagi bahagian masing-masing dan rezeki tu bukan pada berapa,banyak yang kita dapat, sebaliknya pada keberkatan dan ketenangan hati.
Kalau itu yang tuhan dah tetapkan untuk kita, nikmati dan syukuri. Jangan pula kita sebok tengok hidup orang sampai lupa nak hargai nikmat sendiri. Bak kata pepatah orang tua-tua, 'jangan terpesona dengan hijaunya rumput di halaman orang lain, entah-entah, itu cuma rumput plastik. Fokus saja pada halaman sendiri. Selalulah menyiram halaman sendiri, satu hari nanti rumput akan tumbuh hijau juga'





Social comparison ni ialah satu tabiat halus yang ramai tak sedar. Ia buat kita lebih sibuk tengok kehidupan orang lain daripada menghargai hidup sendiri.
Kita scroll media sosial, nampak orang bercuti, beli rumah baru, kahwin, dapat kerja bagus… Terus hati rasa macam, “Kenapa hidup aku tak macam tu?”
Padahal, setiap orang ada jalan dan ujian masing-masing. Apa yang nampak sempurna di luar, belum tentu tenang di dalam. Kadang kita terlalu sibuk membanding sampai lupa nikmat yang kita ada hari ni, mungkin sedang orang lain sedang doakan untuk dia miliki.






Teori Social Comparison mengatakan bahawa setiap manusia memang suka membandingkan diri dengan orang lain untuk melihat di mana kedudukan kita di dalam masyarakat. Masalahnya bila perbandingan itu dibuat secara berlebihan. Ia akan memberi kesan kepada mentak dan emosi kita. Antaranya:

1) Stress. Di mana bila kita selalu bandingkan hidup kita dengan orang lain, otak kita akan berada dalam mood 'flight or fight'. Ini akan meransang hormon kotisol yang berlebihan dalam badan kita dan membuatkan kita rasa penat, hilang fokus dan emosi terganggu.

2) Anxiety. Di mana social comparison ini akan membuatkan kita takut dinilai dan takut dipandang rendah. Lama kelamaan akan wujud 'social anxiety', iaitu kita takut untuk berinteraksi dengan orang kerana risau orang akan nampak kekurangan kita.

3) Burnout. Bila kita paksa diri ikut trend atau standard orang, kita akan oaksa diri untuk kejar target tersebut. Akhirnya kita cepat letih. Penat fizikal dan emosi.

4) Depression. Bila kita selalu cakap "aku tak cukup bagus" berulang kali, ia akan menimbulkan rasa putus asa dan hilang minat pada perkara yang dulunya membuatkan kita gembira. Dalam kes serius, boleh timbul pemikiran untuk akhiri hidup. 



  Tips mengatasinya:

1) Kurangkan skroll tanpa tujuan. Apa yang dimuat naik oleh sesetengah orang di media sosial itu cuma 'highlight reel' saja.

2) Amalkan 'gratitude journaling'

3) Redefine kejayaan. Apa yang buat kita bahagia sebab kejayaan tu subjektif. Setiap orang ada definisi kejayaan masing-masing

4) Terima diri. Mengikut salah satu dari bab dalam buku 'Hidup Kena Kuat', 'Tetaplah bersyukur dengan hidup anda. Walaupun dengan bersyukur itu tidak akan menjadikan hidup anda senang dalam sekelip mata, sekurang-kurangnya diri anda masih berada dalam perspektif yang baik.Minda anda tetap tenang dan gembira dengan apa yang anda perolehi.

5) Dekatkan diri dengan Allah. Perbanyakkan syukur dan redha. Hati akan tenang.

Friday, 3 October 2025

Social Comparison dan Pentingnya Syukur

 

Kadang-kadang, kita rasa stress bukan sebab hidup kita susah… Tapi sebab kita terlalu sibuk tengok hidup orang lain. Kita bandingkan rezeki, kejayaan, rumah, kereta, pasangan, anak-ana dan semua yang mereka ada. Lalu kita rasa kita masih tak cukup.
Tapi sebenarnya, Tltanpa sedar, kita sedang menyeksa jiwa sendiri dengan perbandingan yang tak perlu.
Bila kita mula latih diri untuk bersyukur, segalanya mula berubah. Kita mula nampak nikmat yang selama ini kita abaikan. Hati jadi tenang, jiwa jadi lapang. Dan yang paling penting, kita mula rasa puas dengan hidup kita sendiri.






Kadang-kadang kita rasa penat bukan sebab hidup kita teruk sangat pun, tapi sebab kita dok banding hidup kita dengan orang lain. Kita tengok orang dah beli rumah besar, kereta mewah, kahwin awal, ada bisnes sendiri, terus kita rasa macam, “Eh aku ni buat apa je sebenarnya?”
Tapi, cuba tarik nafas. Renung sekejap.
Kejayaan tu bukan satu acuan yang semua orang kena ikut. Tapi masyarakat sekarang suka letak standard, umur 25, hidup kena stabil, umur 30 kena ada rumah, umur 35 anak ada dua, kerja gaji kena 5 angka. Kalau tak capai semua tu, konon hidup kita ni “kurang berjaya”.
Hakikatnya, semua orang ada jalan masing-masing. Ada orang naik awal, ada orang baru nak mula panjat. Dan itu tak buat sesiapa kurang hebat. Kadang-kadang orang yang nampak “biasa” tu sebenarnya tengah fight banyak benda dalam diam dan itu pun satu bentuk kejayaan juga.
Justeru, Kita usaha je ikut kemampuan kita, bukan ikut tekanan luar. Tak payah hidup untuk impress orang. Hidup untuk rasa tenang dengan diri sendiri.
Jangan stress sebab tak jadi macam orang lain. Hidup bukan pertandingan. Kalau orang lain lari laju, biar je. Kita jalan ikut pace kita. Asal terus gerak, itu dah cukup baik.
.






Kadang kita terlalu fokus tengok apa yang orang lain ada. Rumah besar, pasangan romantik atau kerjaya yang bagus... Sampai kita lupa, Allah pun bagi kita nikmat yang tak kurang hebatnya.
Setiap orang ada rezeki dan "hadiah" masing-masing. Tapi bila kita asyik pandang ke luar jendela hidup orang lain, kita tak nampak cahaya dalam rumah sendiri.
Belajarlah untuk bersyukur dan hargai apa yang ada depan mata. Nikmat tu bukan datang dalam bentuk besar je, kadang yang kecil tu lah paling bermakna, cuma kita saja yang tak sedar.
Kalau anda rasa anda perlukan sedikit kekuatan untuk hargai hidup ni dari sudut yang lebih dalam, boleh baca buku Abam, buku "Hidup Kena Kuat". Banyak point yang akan buat anda berhenti sekejap dan fikir, "Eh, aku ni dah ada banyak nikmat sebenarnya..."





Ramai yang beranggapan bahawa kebahagiaan itu terletak pada kekayaan, kemewahan, dan pencapaian yang besar dalam hidup.
Kita percaya bahawa apabila memiliki rumah besar, kereta mewah, pekerjaan hebat, atau pasangan ideal, maka hidup akan terasa lengkap dan bahagia. Namun, realitinya tidak semudah itu. Ramai juga yang sudah mencapai semua itu, tetapi masih merasa kosong, tertekan, malah hilang arah dalam hidup.
Kebahagiaan bukan soal berapa banyak yang ada di tangan, tetapi berapa dalam rasa syukur di hati. Jika kita tidak pernah merasa cukup, segunung harta pun belum tentu membawa tenang.
Belajarlah untuk menghargai apa yang ada, kerana di situlah letaknya pintu kepada kebahagiaan yang sebenar.




Bila kita asyik bandingkan diri dengan orang lain, hati mula berbisik " aku tak pandai.. aku tak cukup bagus." Dan yang seangkatan dengannya.
Mula-mula ia hanya satu fikiran kecil tapi jika diulang-ulang, otak kita akan percaya itu satu kebenaran. Lama-lama keyakinan diri akan hilang dan kita rasa hidup kita selau saja ketinggalan.
Inilah yang dinamakan negative self-talk.
Jadi hati-hati dengan apa yang kita bisikkan pada diri sendiri dan jangan suka bandingkan diri kita dengan orang lain.




Bila kita asyik bandingkan diri dengan orang lain atau sosial comparison ini, especially kat media sosial, sebenarnya kita tengah perlahan-lahan 'meracun' diri sendiri.
Keyakinan diri boleh hilang, mood pun akan merudum. Hidup rasa macam tak cukup. Walhal semua orang ada timing masing-masing.
Setiap orang ada bahagiannya, ada rezeki dan ujiannya yang telah ditetapkan oleh tuhan. Tapi jika kita asyik rasa rendah diri dan sebok membandingkan diri dengan orang lain, kita bukan saja sedang menyakitkan hati sendiri tapi dalam masa yang sama kita seolah-olah lupa untuk menghargai nikmat yang Allah dah beri.




Syukur ni ibarat penawar untuk jiwa yang letih. Bila kita belajar bersyukur, hati jadi lebih tenang dan lapang. Dalam Islam, syukur bukan sekadar rasa seronok bila dapat sesuatu tapi sebenarnya satu bentuk ibadah dari hati yang ikhlas.
Lagi kita bersyukur, lagi Allah tambahkan nikmat. Macam dalam al-Qur’an, Allah telah berjanji:
"Jika kamu bersyukur, pasti Aku akan tambahkan nikmat kepadamu..."
(Surah Ibrahim, ayat 7)
Oleh itu, syukur ni bukan saja buat kita rasa damai, tapi juga eratkan hubungan kita dengan Allah.





Kadang kita rasa syukur tu sekadar rasa puas hati dengan apa yang kita ada. Tapi sebenarnya, ia lebih daripada tu.

Dalam psikologi moden, syukur dikira emosi positif, ia bantu kurangkan stres, buat hati lebih tenang, dan bantu kita fokus pada benda baik dalam hidup. Manalala kalau tengok dari perspektif Islam pula, syukur ni bukan sekadar emosi… ia adalah ibadah hati.
Bila kita bersyukur, itu tanda kita sedar dan ikhlas mengaku bahawa semua nikmat seperti rezeki, kesihatan, keluarga dan kejayaan itu semuanya datang dari Allah. Bukan sebab kita hebat, tapi sebab Dia Maha Pemurah.

Syukur bukan cuma cakap “alhamdulillah”, tapi rasa dalam hati, terbit pada lidah, dalam hati dan nampak pada tindakan.



DR.Usrynorie

Social Comparison- Kesan kepada Mental dan emosi kita serta tips mengatasinya.

Hidup ini, tuhan dah bagi bahagian masing-masing dan rezeki tu bukan pada berapa,banyak yang kita dapat, sebaliknya pada keberkatan dan kete...