Tuesday, 27 March 2018

Dividen Bank Rakyat tahun ini 16%. Duit lagi!




Berita baik untuk pemegang saham Bank Rakyat, hari ini BANK Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 16 peratus berjumlah RM480 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 berbanding 15 peratus pada 2016.

Pengerusinya, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, bank itu mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.05 bilion iaitu peningkatan 17.8 peratus berbanding RM1.74 bilion pada 2016. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pengumuman dividen oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin di Kuala Lumpur. Mengulas selanjutnya, Shukry berkata, Bank Rakyat mencatat peningkatan keuntungan bersih sebanyak 17.2 peratus kepada RM1.36 bilion berbanding RM1.16 bilion pada 2016.

Alhamdulillah.  Rezeki lagi. Lepas la untuk isi minyak kereta dua minggu. Hehe...
Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana saya dapat saham Bank Rakyat. Ceritanya begini.

Kebiasaannya jika anda pernah menjadi  anggota Perkhidmatan Awam, ‘for sure’ anda mesti pernah membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat. Saya juga tidak terkecuali.  Pada Tahun 2000  dulu ketika saya masih bergelar anggota perkhidmatan awam saya  juga ada memohon pinjaman peribadi dari Bank Rakyat. Jumlah pinjaman dan sebab buat loan?.. Biarlah rahsia, cuma nak bagitahu yang  saya  juga ‘entitle’  mendapat 1000 unit saham Bank Rakyat. 

Cara kedua pula ialah, dengan cara anda membeli saham daripada Bank Rakyat. Namun cara ini adalah susah dan anda perlu banyak bersabar kerana Bank Rakyat tidak selalu menawarkan sahamnya kepada orang ramai secara terbuka pada setiap tahun. Jika benar-benar perlu, baru Bank Rakyat akan menawarkan saham kepada orang ramai. Itu pun setelah mendapat kelulusan daripada Bank Negara, bukan main suka-suka aje buka atau offer saham kepada orang ramai. 

Kalau tak salah, kali terakhir Bank Rakyat menawarkan sahamnya kepada orang ramai pada tahun 2013 dulu dan saya pernah juga pergi ke kaunter Bank Rakayat dan  isi form  untuk tambah saham, tapi tak lepas atau dengan kata lain tak lulus.
Mungkin ramai sangat kot yang berminat. Maklumlah dividennya tak pernah kurang dari 10% setahun.   Kalau anda ada saham bernialai RM1000, anda dapat dividen RM160. Jika anda mempunyai saham bernialai RM10,000, sudah pasti anda mendapat dividen  RM1,600. Lebih meriah berbanding dividen ASB atau ASN atau ASW dan yang seangkatan dengannya.

Akhir kata, tahniah kepada yang mendapat duit terpijak ini dan kepada yang tidak bernasib baik, cuba intai-intai dan tanya kawan-kawan yang kerja di Bank Rakyat jika ada lagi Bank Rakyat offer saham. Tak pun anda boleh 'kauteam' dengan kawan anda yang bekerja di Bank Rakyat untuk standby dan inform anda jika ada sapa-sapa pemegang saham Bank Rakyat yang 'terdesak' dan nak 'let go' saham dia. Mungkin anda boleh 'kauteam' ikut tepi..

2 comments:

I am LZ said...

Suka berurusan dengan Bank Rakyat kerana kemudahan pembiayaan yang diberikan telus..

usry said...

setuju sangat. Sebelum ni Bank rakyat juga ada bagi peluang untuk pekerja Swasta yang layak untuk memohon pinjaman peribadi.Tapi sekarang ni ketat sikit rasanya.

Kesan ketidak tentuan ekonomi kepada perniagaan

Ketidaktentuan ekonomi akan mempengaruhi keupayaan kerajaan sewaktu mereka merancang belanjawan atau bajet tahunan.  Ini seterusnya ...