Saturday, 5 March 2016

Perancangan dan kepentingannya (siri akhir)

Entri: 26
Teks: Usry Abdullah
Image: Google Image



Perancangan boleh didefinisikan sebagai satu proses kita membuat persediaan. Di mana kita membuat persediaan bagaimana untuk menggunakan  segala sumber yang kita ada untuk dimanafaatkan secara optimum  bagi mencapai objektif yang ditetapkan (Mohamed.,2007). 

Contohnya ialah anda telah menetapkan sasaran jualan syarikat anda untuk bulan Mac 2016 nanti ialah RM4,000. Oleh itu anda perlu membuat beberapa langkah  bagaimana untuk anda mencapai sasaran tersebut. Proses merangka dan membuat pelan  inilah dinamakan proses perancangan.  

Proses  membuat  perancangan perniagaan ini  terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
Aktiviti membuat penilaian atau analisis pasaran   dan peringkat ke dua ialah aktiviti merangka pelan atau strategi perniagaan. 

Mengikut Michelson dan Michelson (2010), proses membuat perancangan dan aktiviti memantau persekitaran ini adalah diadaptasikan dari  strategi  ketenteraan yang diasaskan oleh general Sun Tzu pada kurun ke5 sebelum masihi.  Genal Sun Tzu adalah seorang panglima perang yang terkenal dalam sejarah China  dan beliau telah berjaya membantu Dinasti Song  memperluasan pengaruhnya. 

Dalam strategi peperangan yang diilhamkan oleh beliau, Sun Tzu amat menekankan kepada aktiviti membuat perancangan. Menurut beliau, Aktiviti membuat perancangan ini adalah penting kerana dengan membuat perancangan yang rapi,  sesebuah negara itu akan  dapat menewaskan musuh mereka dengan mudah tanpa perlu melalui tempoh peperangang yang panjang. 

Sekiranya peperangan itu berlarutan untuk tempoh yang panjang, ia bukan saja akan mengorbankan banyak nyawa dan membawa kemusnahan kepada harta benda  tetapi juga memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membiayainya. Oleh itu Sun Tzu amat menekankan kepada aktiviti membuat perancangan ini.

Kata-kata beliau yang mashur ialah seperti di bawah ;


~Victory is the main object in war.  If this is long delayed, weapons will become blunt and the ardour of the soldiers will be dampened~  (Sun Tzu)

Berdasarkan kepada petikan kata-kata Sun Tzu itu, kita boleh katakan bahawa untuk mengelakkan peperangan itu berlarutan sehingga boleh merugikan negara, ia perlu dirancang dengan teliti supaya pasukan kita dapat memenangi peperangan tersebut dengan seberapa segera yang boleh.

Mengikut Sun Tzu  lagi, '' Sesebuah pasukan tentera itu akan dapat memenangi seberapa banyak pertempuran yang mereka sertai sekiranya mereka sudah cukup bersedia. Oleh itu, aktiviti membuat  perancangan adalah penting  sebelum mereka membuat keputusan untuk menyertai satu-satu pertempuran "

Di dalam dunia perniagaan juga begitu. Dengan membuat perancangan yang rapi, tindakan yang bakal diambil  oleh bakal usahawan itu akan menjadi lebih teratur kerana beliau sudah tahu ke mana hala tuju perniagaan beliau  nanti.  Beliau juga akan dapat mengenal pasti apa masalah yang bakal menjadi penghalang untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

Dengan ini, beliau akan lebih bersedia untuk menghadapi halangan tersebut  di samping membolehkan beliau mencari pelan  alternatif atau pelan 'B' sekiranya pelan utama dan taktik yang dipraktiskan itu tidak mencapai sasaran. 

Untuk membuat perancangan dalam perniagaan, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh bakal  usahawan ialah membuat analisis persekitaran berkaitan dengan perniagaan yang beliau akan ceburi. Tindakan ini adalah bertujuan supaya beliau dapat mengenal pasti apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perniagaan yang bakal dijalankan nanti. Setelah  mengenal pasti faktor-faktor tersebut, barulah usahawan itu boleh  menyediakan pelan tindakan.


Dalam proses membuat penyelidikan atau analisis persekitaran sewaktu menghadapi peperangan, Sun Tzu telah menggariskan lima elemen  yang perlu diberi perhatian oleh seseorang jeneral. Elemen-elemen tersebut ialah  moral, keadaan cuaca, keadaan muka bumi medan pertempuran, komander yang mengetuai pasukan lawan dan yang terakhir sekali ialah apa prinsip yang dipegang oleh pihak musuh.


Kelima-lima elemen yang digariskan oleh Sun Tzu ini kemudiannya diterjemahkan oleh pakar pengurusan seperti Michelson, Porter dan A.Aker untuk diadaptasikan ke dalam dunia perniagaan.  
Terjemahannya adalah seperti berikut:

  1. Moral diterjemahkan sebagai misi dan visi syarikat.
  2. Keadaan cuaca diterjemahkan menjadi perubahan dalam ekonomi semasa dan tahap persaingan dalam pasaran.
  3. Keadaan muka bumi medan pertempuran diterjemahkan menjadi kepadatan pasaran yang bakal anda  sertai
  4. Komander diterjemahkan kepada siapa pesaing atau syarikat yang menjalankan perniagaan yang sama atau menjual produk atau perkhidmatan gantian kepada produk yang anda jual dan
  5. Prinsip ialah apa prinsip yang akan diguna pakai dalam perniagaan nanti  sama ada anda akan menggunakan prinsip yang beretika atau sebaliknya.


Kita akan membincangkan proses membuat analsis persekitaran perniagaan ini selanjutnya di dalam entri-entri yang akan datang.

Sekian untuk kali ini 


No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...