Wednesday, 16 October 2019

Zika datang Lagi!



Zika datang lagi! Amboi.. macam iklan Torra la pulak. Seronok je bunyinya... Hehe.. Tapi ini bukan berita baik nak seronok-seronok. Ini adalah berita yang tak  sedap untuk didengar.

Setelah dua tahun menghilang, penyakit atau wabak ni diberitakan muncul semula. Hari ini akhbar melaporkan bahawa seorang lelaki berusia 30an telah disahkan dijangkiti virus Zika. Beliau mula mengalami gejala muntah dan cirit birit pada 26 September. Kemudiannya  beliau terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 29 September 2019.

Virus Zika ini sangat merbahaya kerana ia boleh menjangkiti otak, terutamanya bayi yang di dalam kandungan. Jika ibu yang mengandung terkena jangkitan virus ini, anak dalam kandungan beliau berisiko untuk mendapat kecacatan otak sewaktu dilahirkan.. WaiyyaZubillah.

Penyakit ini mula tersebar dari Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lain termasuk jangkaan empat juta penduduk di Amerika bakal dijangkiti hingga akhir 2016. Kemudian ia mula merebak ke nagara-negara lain melalui industri perlancongan di mana mangsa yang terkena jangkitan virus ini akan memindahkan visrus tersebut apabila nyamuk aedes menghisap darah mangsa dan kemudiannya menghisap pula darah orang lain.

Sama seperti demam denggi, symptom Zika juga seakan sama di mana mereka yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam, rash (bintik-bintik merah di badan), sakit-sakit sendi dan sekitar bebola mata. Untuk membezakan penyakit ini dengan denggi ialah pesakit kena melalui ujian makmal (chek darah). Baru kita dapat kesan sama ada ia adalah virus denggi atau Zika.

Memandangkan penyakit ini merebak melalui gigitan nyamuk dan sekarang ni pula musim hujan, potensi terdapatnya air bertakung di persekitaran rumah adalah tinggi. Nyamuk aedes akan bertelur dalam air yang bertakung. Oleh itu, jika sebelum-sebelum ini kita membersihkan persekitaran rumah setiap dua minggu sekali, seeloknya semasa musim hujan begini kita lebih kerap membersihkan halaman dan persekitaran rumah. Seeloknya kita buat seminggu sekali supaya nyamuk aedes tak sempat membiak.

Manakala langkah kawalan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan pula ialah seperti membuat pemantauan di pintu masuk, terutamanya jalan darat yang menghubungkan dengan negara jiran. Manakala di lapangan terbang pula,  Kad Amaran Kesihatan (Health Alert Card) perlu diberikan kepada pelawat yang baru tiba dari negara yang ada mencatatkan kes jangkitan Zika. Pamplet atau panduan berkenaan apa tindakan yang perlu dilakukan jika mengalami gejala jangkitan Zika juga perlu diberi kepada pelancong tersebut sebagai langkah pencegahan sewaktu dia berada di Malaysia. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang patut dibuat dan tidak mendedahkan dirinya kepada risko menjangkiti rakyat kita.

Okey itu aje coretan abam untuk kita semua, terutamanya mereka yang tinggal di negeri Perak. Sebab kes pertama dah di kesan di negeri ini dan prsakit tu juga masih lagi dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun. So.. Orang-orang Perak! Please Ă€LERT!  Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Sama-sama kita berganding bahu dan menyokong usaha pengawalan penyakit ini.

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...