Saturday, 21 December 2019

Tanda Anda mengalami kekurangan zat besi atau Iron



Zat besi adalah salah satu mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita. Fungsi utama zat besi ialah untuk digunakan dalam proses membentuk sel darah merah. Apabila sel darah merah dalam tubuh menjadi berkurangan, jaringan dan otot-otot tubuh akan mengalami masalah kekurangan oksigen. Kesannya, fungsi organ akan terganggu dan kita akan mengalami gejala anemia defisiensi besi,atau dalam bahasa Inggerisnya ' iron deficiency anemia'.

Apa tanda dan gejala sekiranya kita mengalami kekurangan zat besi?

Tanda dan gejala yang bakal kita alami sekiranya kita kekurangan zat besi berbeza di antara seorang individu dengan seorang individu yang lain. Ia bergantung kepada usia, tahap anemia yang dialami dan tahap kesihatan seseorang. Mungkin untuk orang muda, kesannya kurang dirasai berbanding mereka yang telah memasuki usia emas. Oleh itu tahapnya adalah berbeza di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Walau bagaimanapun terdapat beberapa tanda umum yang boleh diperhatikan sekiranya kita mengalami masalah anemia ini. 
Antaranya ialah: 

1. Mudah penat

Apabila seseorang itu mengalami masalah kekurangan zat besi, dia biasanya sering merasa lesu, lelah, dan sukar untuk fokus. Walaupun hal ini juga boleh disebabkan oleh faktor lain, tapi ini juga boleh menjadi pertanda bahwa tubuh anda tidak memiliki hemoglobin yang cukup.
Hemoglobin adalah sejenis protein yang terdapat dalam sel darah merah dan berfungsi untuk membantu membawa oksigen ke seluruh tubuh. Jika jumlah atau bilangan hemoglobin dalam tubuh sedikit, maka oksigen yang akan diedarkan ke seluruh tubuh juga akan berkurang. Kesannya, otot-otot tubuh dan organ penting menjadi kekurangan tenaga.
Untuk mengatasi masalah ini, hati (liver) kita terpaksa bekerja lebih untuk memindahkan lebih banyak darah yang beroksigen ke seluruh tubuh. Kesannya, tubuh anda menjadi penat dan semakin lesu.

2. Muka pucat

Warna merah pada darah kita adalah disebabkan atau dipengaruhi oleh berapa banyak kandungan hemoglobin dalam sel darah merah. Semakin banyak kandungan hemoglobin maka semakin cerah dan merahlah  warna darah kita. Lantaran itulah  jika kita melihat mereka yang sihat, kebanyakannya  memiliki warna kulit yang segar dan kemerahan kerana mereka mempunyai hemoglobin yang cukup dalam darah.
Sebaliknya, apabila anda mengalami masalah kekurangan zat besi, tubuh Anda akan kelihatan pucat. hal ini tidak hanya berlaku pada kulit, ia juga boleh dilihat pada wajah, gusi, bibir,  kelopak mata dan kuku.

3. Jantung berdebar-debar

Sewaktu anda mengalami masalah kekurangan zat besi, kadar hemoglobin yang rendah juga akan memaksa jantung untuk bekerja dengan lebih kuat lagi untuk mengepam oksigen ke seluruh tubuh. Akibatnya, jantung anda akan berdegup secara tidak teratur dan sangat cepat.
Jika keadaan ini dibiarkan berpanjangan lama kelamaan ia akan menyebabkan jantung anda akan membengkak atau besar (Kardio megali). 

4. Lidah dan mulut bengkak

Simptom kekurangan zatr besi juga boleh diperhatikan pada mulut dan lidah anda. Biasanya, mereka yang mengalami masalah anemia akan mempunyai lidah dan mulut yang pucat dan bengkak. 
Ini adalah disebabkan oleh kandungan hemoglobin yang rendah di dalam darah di mana ia akan membuatkan lidah anda kelihatan  pucat. Kadar 'mioglobin' yang juga rendah akan menyebabkan lidah terasa pedih dan bengkak. Masalah ini adalah disebabkan oleh kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi.
'Mioglobin' adalah sejenis protein yang terdapat dalam sel darah merah yang memberi kekuatan kepada otot-otot kita dan  salah satunya ialah otot pembentuk lidah. Selain itu, kekurangan zat besi juga akan menyebabkan mulut kering dan luka, terutama di bagian tepi/ sudut mulut.

Untuk mengatasi masalah anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi ini, pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi adalah diperlukan. 

Tuesday, 17 December 2019

Zat Besi untuk kesihatan



Iron atau zat besi merupakan komponen utama yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, iaitu bahan dalam sel darah merah yang bertugas membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan anda.

Haemoglobin ini diibaratkan sebagai ‘transport’ atau grab car yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh organ badan. Jika bilangan atau jumlah ‘grab car’ ini tidak cukup, maka jumlah oksigen juga tidak cukup untuk dibekalkan kepada anggota badan.  

Jika anda tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi di dalam badan, anda akan menjadi cepat penat, pucat dan lemah. Masalah ini  boleh menjejaskan segala-galanya, dari fungsi otak anda ke keupayaan sistem imun badan untuk melawan jangkitan.

Oleh itu , Hemoglobin ini adalah penting. Jika tubuh kita kekurangan hemoglobin, tubuh tidak mendapat cukup oksigen. Jadi untuk membuat haemoglobin, salah satu dari bahan yang diperlukan ialah zat besi atau ‘iron’.

Seperti kebanyakan nutrien mineral yang lain, sebahagian besar zat besi atau iron ini  diserap dari makanan atau suplemen berlaku di dalam duodenum atau dengan lebih tepat lagi oleh satu pintu yang dipanggil ‘enterosit’ yang terdapat di lapisan duodenal.  Sel-sel ‘enterosit’ ini mempunyai molekul khas yang membolehkan mereka memindahkan zat besi ke dalam badan.

Iron yang kita makan biasanya adalah dalam bentuk Ferrik ( Fe3 +). Dengan bantuan Asid gastrik atau nama lainnya asid hidroklorik yang terdapat di dalam duodenum  ia telah menukarkan Fe3 + ini kepada ferus ( Fe2 +). Kemudian Fe2+ ini memasuki satu pintu yang dinamakan ‘enterocytes’ sebelum Fe2+ ini pergi ke dalam aliran darah dan bergabung dengan Feritin. Akhir sekali gabungan kedua-dua bahan ini akan pergi ke dalam sum-sum tulang untuk proses pembentukan hemoglobin.

Untuk lebih jelas, rujuk videonya di bawah:



Apa jadi jika kita kekurangan Iron? 

Terdapat beberapa sebab mengapa kita menghadapi masalah kekurangan zat besi dalam badan iaitu :

  • Disebabkan oleh kehilangan darah
  • Kurang mendapat bekalan zat besi 
  • Kurang kebolehan untuk penyerapan zat besi
Apabila kita mengalami kekurangan zat besi atau iron, kita akan mendapat simptom atau penyakit yang dinamakan sebagai 'iron deficiency' anemia. Antara tanda-tanda dan gejala anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi ialah seperti keletihan yang melampau, kelemahan, kulit pucat, denyutan  jantung cepat atau sesak nafas, sejuk kaki dan tangan  kurang selera makan.

Kita  boleh membetulkan masalah anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi ini dengan mengambil diet yang sihat, Diet yang sihat mengandungi nutrisi penting untuk menyokong kandungan zat besi dan menaikkan semula aras hemoglobin dalam darah. Antara makanan yang mengandungi zat besi ialah seperti kacang soya, kismis, kerang, daging merah, ayam dan sayuran. 

Di samping itu juga, amalan pengambilan suplemen yang mengandungi zat besi atau iron juga dapat membantu meningkatkan zat besi yang diperlukan. Salah satu dari supplement yang mengandungi zat besi  ialah VitaHibrid One.   Pengambilan VitaHibrid One pada setiap hari dapat membantu membekalkan zat besi yang diperlukan oleh tubuh.




Sunday, 8 December 2019

Caj jumpa doktor di klinik swasta@GP naik…



Beberapa hari lepas kerajaan telah meluluskan permohonan persatuan pengusaha klinik swasta atau lebih dikenali sebagai GP  untuk menaikkan  bayaran konsutasi atau caj berjumpa doctor dari RM10 kepada satu jumlah yang lebih mahal.

Persetujuan kerajaan meluluskan permohonan ini disambut baik oleh  pengusaha klinik persendirian atau GP. Alasannya ialah kerana caj untuk konsultasi ini tidak pernah ‘direview’ sejak tahun 1992 lagi.  Menurut mereka, hampir 27 tahun yuran konsultasi atau caj yang dikenakan kepada pesakit setiap kali mereka berjumpa doktor di klinik persendirian@GP ini di takuk lama, iaitu antara RM10 hingga RM15.  

Sedangkan kadar ini jauh lebih murah berbanding  caj yang dikenakan untuk berjumpa doktor di hospital swasta di mana caj yang dikenakan untuk satu sessi konsultasi di hospital swasta ialah antara RM35 sehingga RM135, bergantung kepada jenis dan tahap kepakaran doktor tersebut.  Semakin tinggi tahap ‘level’ doktor tersebut semakin mahal caj yang dia boleh kenakan kepada pesakit yang ingin mendapatkan khidmat beliau.  

Tetapi  berlainan pula dengan klinik swasta atau GP ini.Caj yang boleh dikenakan kepada pesakit hanya di antara RM10 atau RM25 sahaja walaupun doktor yang membuka klinik persendirian atau GP juga mempunyai kepakaran yang sama dengan doktor yang bertugas di hospital swasata.  Ini membuatkan mereka rasa tidak adil atau ‘double standard’.

Apabila kerajaan bersetuju untuk meluluskan permohoan mereka untuk menaikkan caj konsaltasi ini, dapatlah doktor yang membuka klinik sendiri atau GP ini bernafas sedikit memandangkan kos pengurusan dan operasi yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini belum dikira dengan kos ubat dan peralatan atau ‘consumable’ yang lain. Harga ubat dan ‘consumable’ yang dibeli oleh klinik swasta atau GP ini jauh lebih mahal berbanding harga ubat  atau ‘consumable’ yang dibeli oleh pihak hospital walaupun dibeli dari pembekal yang sama. Jadi margin keuntungan yang mereka perolehi dari penjualan ubat adalah kecil berbanding hospital swasta. Oleh itu, dengan adanya kenaikan caj konsultasi ini, dapatlah mereka menampung kos operasi dan mana yang patut.

Namun begitu, keputusan kerajaan  membenarkan klinik persendirian menaikkan caj konsultasi ini sudah tentu tidak disenangi oleh orang ramai seperti kita. Lebih-lebih lagi mereka yang berpendapatan sederhana dan kumpulan B40.  Kos perubatan yang terpaksa mereka tanggung akan meningkat dua atau tiga kali ganda dari sebelumnya. Sedangkan ketika ini, kos sara hidup juga semakin naik dari sehari ke sehari.

Implikasi dari keputusan kerajaan ini juga akan menyebabkan  jumlah pesakit yang mengunjungi klinik dan hospital kerajaan semakin meningkat. Jika sebelum ini jumlah pesakit yang mengunjungi klinik kerajaan mungkin sekitar 200 hingga 300 orang saja pada setiap hari, tidak mustahil selepas ini jumlah ipesakit  akan meningkat sekali atau dua kali ganda.  

Pertambahan bilangan pesakit juga akan menambahkan lagi bebanan doktor dan petugas yang berkhidmat di klinik dan hospital kerajaan. Perbezaan ratio antara pesakit dengan doktor akan menyebabkan mutu perkhidmatan dan rawatan yang diterima akan kurang dari segi kualitinya. Jika sebelum ini doktor mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk memeriksa seorang pesakit, tetapi apabila bilangan pesakit bertambah dua atau tiga kali ganda, doktor akan memendekkan masa pemeriksaan ke atas pesakit.  Situasi ini berpotensi untuk menyumbang kepada kes kesilapan diagnosis atau ‘miss diagnosis’ disebabkan doktor terpaksa mengejar masa untuk merawat bilangan pesakit yang ramai.

Masa menunggu  untuk pesakit berjumpa doktor  di klinik kerajaan juga akan semakin lama berbanding sebelumnya. Ini akan menyumbang kepada meningkatnya  kes pesakit yang ‘abscond’ kerana mereka tidak sanggup untuk menunggu giliran yang semakin lama untuk berjumpa doktor. Jika keadaan tidak terkawal, penyakit ringan yang sepatutnya boleh dirawat akan bertukar menjadi kronik dan ini seterusnya menyumbang kepada bertambahnya jumlah pesakit yang terbiar tanpa rawatan.

Akhir sekali, langkah kerajaan meluluskan permohonan pihak klinik swasta untuk menaikkan caj kosultasi mereka sebenarnya akan memberi kesan negatif kepada pengusaha klinik swasta itu sendiri pada jangka panjang. Orang ramai akan mula membanjiri klinik kerajaan disebabkan caj yang dikenakan oleh klinik swasta atau GP sudah naik. ‘On the other hand’, bilangan pesakit yang berkunjung untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta juga mungkin akan berkurangan.  Silap haribulan, bukan untung yang mereka dapat, sebaliknya rugi semakin teruk.

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...