Saturday, 21 December 2019

Tanda Anda mengalami kekurangan zat besi atau Iron



Zat besi adalah salah satu mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita. Fungsi utama zat besi ialah untuk digunakan dalam proses membentuk sel darah merah. Apabila sel darah merah dalam tubuh menjadi berkurangan, jaringan dan otot-otot tubuh akan mengalami masalah kekurangan oksigen. Kesannya, fungsi organ akan terganggu dan kita akan mengalami gejala anemia defisiensi besi,atau dalam bahasa Inggerisnya ' iron deficiency anemia'.

Apa tanda dan gejala sekiranya kita mengalami kekurangan zat besi?

Tanda dan gejala yang bakal kita alami sekiranya kita kekurangan zat besi berbeza di antara seorang individu dengan seorang individu yang lain. Ia bergantung kepada usia, tahap anemia yang dialami dan tahap kesihatan seseorang. Mungkin untuk orang muda, kesannya kurang dirasai berbanding mereka yang telah memasuki usia emas. Oleh itu tahapnya adalah berbeza di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Walau bagaimanapun terdapat beberapa tanda umum yang boleh diperhatikan sekiranya kita mengalami masalah anemia ini. 
Antaranya ialah: 

1. Mudah penat

Apabila seseorang itu mengalami masalah kekurangan zat besi, dia biasanya sering merasa lesu, lelah, dan sukar untuk fokus. Walaupun hal ini juga boleh disebabkan oleh faktor lain, tapi ini juga boleh menjadi pertanda bahwa tubuh anda tidak memiliki hemoglobin yang cukup.
Hemoglobin adalah sejenis protein yang terdapat dalam sel darah merah dan berfungsi untuk membantu membawa oksigen ke seluruh tubuh. Jika jumlah atau bilangan hemoglobin dalam tubuh sedikit, maka oksigen yang akan diedarkan ke seluruh tubuh juga akan berkurang. Kesannya, otot-otot tubuh dan organ penting menjadi kekurangan tenaga.
Untuk mengatasi masalah ini, hati (liver) kita terpaksa bekerja lebih untuk memindahkan lebih banyak darah yang beroksigen ke seluruh tubuh. Kesannya, tubuh anda menjadi penat dan semakin lesu.

2. Muka pucat

Warna merah pada darah kita adalah disebabkan atau dipengaruhi oleh berapa banyak kandungan hemoglobin dalam sel darah merah. Semakin banyak kandungan hemoglobin maka semakin cerah dan merahlah  warna darah kita. Lantaran itulah  jika kita melihat mereka yang sihat, kebanyakannya  memiliki warna kulit yang segar dan kemerahan kerana mereka mempunyai hemoglobin yang cukup dalam darah.
Sebaliknya, apabila anda mengalami masalah kekurangan zat besi, tubuh Anda akan kelihatan pucat. hal ini tidak hanya berlaku pada kulit, ia juga boleh dilihat pada wajah, gusi, bibir,  kelopak mata dan kuku.

3. Jantung berdebar-debar

Sewaktu anda mengalami masalah kekurangan zat besi, kadar hemoglobin yang rendah juga akan memaksa jantung untuk bekerja dengan lebih kuat lagi untuk mengepam oksigen ke seluruh tubuh. Akibatnya, jantung anda akan berdegup secara tidak teratur dan sangat cepat.
Jika keadaan ini dibiarkan berpanjangan lama kelamaan ia akan menyebabkan jantung anda akan membengkak atau besar (Kardio megali). 

4. Lidah dan mulut bengkak

Simptom kekurangan zatr besi juga boleh diperhatikan pada mulut dan lidah anda. Biasanya, mereka yang mengalami masalah anemia akan mempunyai lidah dan mulut yang pucat dan bengkak. 
Ini adalah disebabkan oleh kandungan hemoglobin yang rendah di dalam darah di mana ia akan membuatkan lidah anda kelihatan  pucat. Kadar 'mioglobin' yang juga rendah akan menyebabkan lidah terasa pedih dan bengkak. Masalah ini adalah disebabkan oleh kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi.
'Mioglobin' adalah sejenis protein yang terdapat dalam sel darah merah yang memberi kekuatan kepada otot-otot kita dan  salah satunya ialah otot pembentuk lidah. Selain itu, kekurangan zat besi juga akan menyebabkan mulut kering dan luka, terutama di bagian tepi/ sudut mulut.

Untuk mengatasi masalah anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi ini, pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi adalah diperlukan. 

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...