Sunday, 8 December 2019

Caj jumpa doktor di klinik swasta@GP naik…



Beberapa hari lepas kerajaan telah meluluskan permohonan persatuan pengusaha klinik swasta atau lebih dikenali sebagai GP  untuk menaikkan  bayaran konsutasi atau caj berjumpa doctor dari RM10 kepada satu jumlah yang lebih mahal.

Persetujuan kerajaan meluluskan permohonan ini disambut baik oleh  pengusaha klinik persendirian atau GP. Alasannya ialah kerana caj untuk konsultasi ini tidak pernah ‘direview’ sejak tahun 1992 lagi.  Menurut mereka, hampir 27 tahun yuran konsultasi atau caj yang dikenakan kepada pesakit setiap kali mereka berjumpa doktor di klinik persendirian@GP ini di takuk lama, iaitu antara RM10 hingga RM15.  

Sedangkan kadar ini jauh lebih murah berbanding  caj yang dikenakan untuk berjumpa doktor di hospital swasta di mana caj yang dikenakan untuk satu sessi konsultasi di hospital swasta ialah antara RM35 sehingga RM135, bergantung kepada jenis dan tahap kepakaran doktor tersebut.  Semakin tinggi tahap ‘level’ doktor tersebut semakin mahal caj yang dia boleh kenakan kepada pesakit yang ingin mendapatkan khidmat beliau.  

Tetapi  berlainan pula dengan klinik swasta atau GP ini.Caj yang boleh dikenakan kepada pesakit hanya di antara RM10 atau RM25 sahaja walaupun doktor yang membuka klinik persendirian atau GP juga mempunyai kepakaran yang sama dengan doktor yang bertugas di hospital swasata.  Ini membuatkan mereka rasa tidak adil atau ‘double standard’.

Apabila kerajaan bersetuju untuk meluluskan permohoan mereka untuk menaikkan caj konsaltasi ini, dapatlah doktor yang membuka klinik sendiri atau GP ini bernafas sedikit memandangkan kos pengurusan dan operasi yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini belum dikira dengan kos ubat dan peralatan atau ‘consumable’ yang lain. Harga ubat dan ‘consumable’ yang dibeli oleh klinik swasta atau GP ini jauh lebih mahal berbanding harga ubat  atau ‘consumable’ yang dibeli oleh pihak hospital walaupun dibeli dari pembekal yang sama. Jadi margin keuntungan yang mereka perolehi dari penjualan ubat adalah kecil berbanding hospital swasta. Oleh itu, dengan adanya kenaikan caj konsultasi ini, dapatlah mereka menampung kos operasi dan mana yang patut.

Namun begitu, keputusan kerajaan  membenarkan klinik persendirian menaikkan caj konsultasi ini sudah tentu tidak disenangi oleh orang ramai seperti kita. Lebih-lebih lagi mereka yang berpendapatan sederhana dan kumpulan B40.  Kos perubatan yang terpaksa mereka tanggung akan meningkat dua atau tiga kali ganda dari sebelumnya. Sedangkan ketika ini, kos sara hidup juga semakin naik dari sehari ke sehari.

Implikasi dari keputusan kerajaan ini juga akan menyebabkan  jumlah pesakit yang mengunjungi klinik dan hospital kerajaan semakin meningkat. Jika sebelum ini jumlah pesakit yang mengunjungi klinik kerajaan mungkin sekitar 200 hingga 300 orang saja pada setiap hari, tidak mustahil selepas ini jumlah ipesakit  akan meningkat sekali atau dua kali ganda.  

Pertambahan bilangan pesakit juga akan menambahkan lagi bebanan doktor dan petugas yang berkhidmat di klinik dan hospital kerajaan. Perbezaan ratio antara pesakit dengan doktor akan menyebabkan mutu perkhidmatan dan rawatan yang diterima akan kurang dari segi kualitinya. Jika sebelum ini doktor mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk memeriksa seorang pesakit, tetapi apabila bilangan pesakit bertambah dua atau tiga kali ganda, doktor akan memendekkan masa pemeriksaan ke atas pesakit.  Situasi ini berpotensi untuk menyumbang kepada kes kesilapan diagnosis atau ‘miss diagnosis’ disebabkan doktor terpaksa mengejar masa untuk merawat bilangan pesakit yang ramai.

Masa menunggu  untuk pesakit berjumpa doktor  di klinik kerajaan juga akan semakin lama berbanding sebelumnya. Ini akan menyumbang kepada meningkatnya  kes pesakit yang ‘abscond’ kerana mereka tidak sanggup untuk menunggu giliran yang semakin lama untuk berjumpa doktor. Jika keadaan tidak terkawal, penyakit ringan yang sepatutnya boleh dirawat akan bertukar menjadi kronik dan ini seterusnya menyumbang kepada bertambahnya jumlah pesakit yang terbiar tanpa rawatan.

Akhir sekali, langkah kerajaan meluluskan permohonan pihak klinik swasta untuk menaikkan caj kosultasi mereka sebenarnya akan memberi kesan negatif kepada pengusaha klinik swasta itu sendiri pada jangka panjang. Orang ramai akan mula membanjiri klinik kerajaan disebabkan caj yang dikenakan oleh klinik swasta atau GP sudah naik. ‘On the other hand’, bilangan pesakit yang berkunjung untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta juga mungkin akan berkurangan.  Silap haribulan, bukan untung yang mereka dapat, sebaliknya rugi semakin teruk.

1 comment:

Tyson H said...

Interesting thoughts I really enjoyed your blog

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...