Thursday 28 November 2019

Vitamin D dan kesihatan anda



Vitamin D adalah salah satu daripada vitamin penting dan ia memberi kesan yang kuat pada beberapa sistem badan kita.  Jika vitamin A, B dan C boleh diperolehi melalui pemakanan, vitamin D pula dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh kita. Apabila badan kita terdedah kepada cahaya matahari, vitamin D ini akan terhasil dengan sendirinya. Namun begitu kita boleh meningkatkan kandungan vitamin D ini sama ada dengan mengambil supplement atau memakan makanan tertentu seperti ikan yang berlemak dan produk tenusu.

Salah satu peranan penting vitamin D ialah mengekalkan sistem kekebalan tubuh untuk melawan virus dan bakteria yang boleh membawa penyakit. Vitamin D membantu meningkatkan sistem imuniti badan untuk melawan penyakit sama seperti vitamin C.  Oleh itu sekiranya anda kerap jatuh sakit terutamanya selesema, walaupun anda sudah mengambil supplement Vitamin C setiap hari,  ini  berkemungkinan kandungan vitamin vitamin D dalam badan anda berada pada tahap yang rendah.  Oleh itu anda juga perlu mengambil supplement vitamin D sebagai tambahan. 

Beberapa kajian mendapati dengan mengambil vitamin D tambahan pada dos sehingga 4,000 IU pada setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan  saluran pernafasan. Manakala kajian terbaru yang dijalankan pada tahun 2018 pula mendapati  individu yang mengamalkan pengambilan Vitamin D pada setiap hari  dapat membantu mengurangkan risiko menghidap selsema yang disebabkan oleh virus Influenza.  

Untuk mereka yang sudah berumur pula pasti mereka sering mengalami masalah cepat letih dan penat.  Namun seperti biasa ramai yang akan menganggap masalah ini adalah disebabkan oleh faktor lain seperti kurang tidur atau terlalu banyak melakukan kerja seharian. Ramai yang  lupa bahawa kekurangan vitamin D juga boleh menyumbang kepada masalah ini.

Satu kajian telah dilakukan untuk melihat hubungan di antara vitamin D dengan tahap kecerdasan seseorang individu. Hasil kajian mendapati wanita yang mempunyai bacaan Vitamin D kurang dari 20mg/ml dalam darahnya cenderung untuk mengadu keletihan berbanding wanita yang mempunyai paras darah melebihi 30 ng /ml.  Kajian ini membuktikan bahawa vitamin D  penting untuk kecergasan.

Vitamin D juga berfungsi untuk mengekalkan kesihatan dan mineralisasi tulang kita. Vitamin D membantu usus menyerap kalsium dari makanan yang kita makan.  Apabila kita mengalami masalah kekurangan vitamin D, ia akan boleh mengganggu proses penyerapan kalsium  oleh usus dan juga symptom pelepasan kalsium dari tulang ke dalam sistem aliran darah.  Ini seterusnya akan menyebabkan berlakunya masalah osteophorois.

Walaupun Osteoporosis sering kali dikaitkan dengan ketidak cukupan pengambilan kalsium, tetapi masalah kekurangan vitamin D juga merupakan punca utama mengapa berlakunya kekurangan penyerapan kalsium oleh badan kita dan seterusnya menyumbang kepada osteoporosis. Oleh itu ramai pakar menyarankan supaya  mereka yang mengalami masalah osteoporosis meningkatkan pengambilan vitamin D  dalam diet seharian mereka.  

Selain dari masalah osteoporosis, kekurangan vitamin D juga boleh menyumbang kepada masalah lain seperti sakit belakang, sakit sendi dan sakit di sekitar tulang rusuk.

Masalah depresi juga boleh disebabkan akibat kekurangan vitamin D dalam badan seseorang. Penyelidik mendapati kekurangan vitamin D merupakan salah satu dari faktor penyumbang kepada masalah kemurungan yang berlaku di kalangan orang dewasa dan mereka yang berusia.  Kajian mendapati pengurangan serum vitamin D3 menyumbang kepada berlakunya kekurangan penghasilan hormon Seritonin di otak kita.  Oleh itu, pengambilan supplemen vitamin D dikatakan mampu mengurangkan kemurungan dan mengawal emosi seseorang.

Akhir sekali, sekiranya seseorang itu mengalami masalah kekurangan Vitamin D  secara berterusan dan untuk tempoh yang lama, ia akan menyebabkan beberapa komplikasi lain terutamanya komplikasi sistem kardiovaskular, masalah autoimun, penyakit saraf,  komplikasi kehamilan dan juga risiko mendapat Cancer tertentu, terutamanya kancer payudara, prostat, dan kolon.

Kesimpulannya, masalah kekurangan vitamin D merupakan perkara biasa dan sering berlaku. Lebih-lebih lagi di kalangan orang dewasa dan mereka yang menghidapi penyakit kegagalan buah pinggang kronik (ESRF). Dianggarkan bahawa kira-kira 1 bilion orang di seluruh dunia mempunyai tahap  vitamin  D yang rendah di dalam darah mereka. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah  kekurangan vitamin D ialah;
  • .  Warga emas
  • .  Penyakit kegagalan Buah pinggang kronik (ESRF)
  • .  Individu yang berlebihan berat badan atau obes.
  • .  Kurang pengambilan ikan atau tenusu
  • .  Mereka yang kerap menggunakan pelindung matahari semasa keluar
  • .  Individu yang berkerja di dalam bangunan pejabat dan kurang keluar

Oleh itu pengambilan supplemen vitamin D perlu diamalkan oleh mereka yang berisiko tadi. Terdapat pelbagai supplement yang mengandungi vitamin D boleh dibeli di mana-mana farmasi atau kedai ubat. VitaHibrid One juga ada mengandungi kvitamin D. 






2 comments:

Abam Kie said...

bila dah masuk 46 thn ni kena ambik supplement bagai utk kekal sihat.

usryabdullah said...

begitulah nampaknya cikgu.
Kita sebaya a rupanya. Saya pun 46 juga.

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...