Sunday, 12 January 2020

Mari Cegah Selsema



Mengikut laporan akhbar Berita harian hari ini ( 12 januari 2020), Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata jangkitan influenza yang berlaku di Malaysia sekarang  ini  tiada kaitan langsung dengan wabak radang paru-paru. Jadi kita bolehlah menarik nafas lega.

Namun begitu kita perlu juga menjaga diri sendiri agar tidak terkena jangkitan virus influenza ini. Walaupun virus ini tidak berbahaya, tetapi dalam keadaan tertentu ia tetap boleh mengancam nyawa terutamanya jika ia menyerang kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun, Wanita hamil, Warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas dan akhir sekali individu yang mengalami penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain).

Berikut merupakan tiga langkah atau  petua mudah untuk mencegah dari  terkena jangkitan  selsema.

1. Cuci tangan
Amalan mencuci tangan bukan saja bertujuan untuk menghilangkan kotoran yang melekat pada tangan kita tetapi amalan ini juga dapat mengurangkan bakteria yang berbahaya yang melekat di tangan kita sewaktu menjalankan tugas seharian.
Sebagaimana yang dimaklumkan tadi, selsema (flu)  biasanya akan berjangkit melalui udara dan sentuhan. Apabila pesakit yang mengalami selsema ini bersin, kuman atau virus flu tersebut akan berterbangan melalui udara. Di samping itu virus ini juga boleh berjangkit melalui sentuhan, terutamanya sewaktu kita berjabat tangan dengan pesakit yang menghidapi flu atau selsema ini. Oleh itu, selain dari memakai topeng muka (mask), amalan mencuci tangan juga amat digalakkan.
Kaedah mencuci tangan yang betul adalah dengan menggunakan sabun, caranya ialah dengan menggosok keseluruhan tapak dan belakang tangan, di celah jari selama 20 saat. Kemudian bilas tangan anda di bawah air yang mengalir (biasanya air paip/ sinki) dan kediannya lap tangan anda sehingga kering.
Tabiat mencuci tangan adalah perkara yang perlu diketengahkan secara konsisten bagi mencegah diri kita dari terkena jangkitan flu atau penyakit berjangkit yang lain.

2. Dapatkan tidur yang cukup
Sebagai manusia biasa kita memerlukan tidur yang cukup  pada  setiap malam. Kita disarankan supaya tidur sekurang-kurangnya 6 hingga 9 jam, bergantung kepada usia.
Tidur yang mencukupi akan membantu tubuh untuk pulih dari jangkitan penyakit atau untuk mencegah jangkitan. Ini kerana sewaktu kita tidur, otak kita akan menghasilkan hormon yang akan meningkatkan sel darah, mewujudkan lebih banyak sel darah putih untuk membantu melawan virus atau bakteria yang menyerang badan kita.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang  tidur kurang dari 5 jam berisiko mendapat penyakit. Apabila kita tidak cukup tidur, badan kita akan menjadi letih dan seterusnya merangsang  pengeluaran hormon stres. Ini seterusnya akan menyebabkan imuniti kita menjadi merosot dan kita mudah diserang penyakit.

3. Pengambilan supplemen
Pemakanan yang sihat juga disebut sebagai diet seimbang. Ia mengandungi kombinasi pelbagai jenis hidangan berdasarkan piramid makanan yang boleh membekalkan semua zat diperlukan tubuh. Pemakanan yang salah boleh sistem imun badan kita menjadi lemah, seterusnya menyebabkan kita mudah terdedah kepada jangkitan.

Sehingga ke hari ini, tiada satu pun jenis makanan, minuman atau kumpulan makanan tertentu yang mampu memberikan semua keperluan pemakanan yang diperlukan tubuh dalam satu-satu masa. Jadi, untuk mendapatkan diet sihat, kita tetap perlu mengamalkan pemakanan seimbang dengan jumlah yang tepat. Oleh itu, di samping mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang, amalan pengambilan supplemen juga perlu diamalkan. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang sentiasa sebok dengan tugas seharian, kanak-kanak dan individu yang mencecah usia emas.

makanan tambahan dikatakan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan agar kekal cergas dan sihat berbanding dengan pengamalan diet pemakanan yang seimbang. Hasil kajian Lau (2006) juga mendapati bahawa individu terutamanya pelajar yang mengambil makanan tambahan akan membantu meningkatkan daya ingatan, menambah nutrisi yang tidak mencukupi daripada diet pemakanan serta membantu meningkatkan imuniti badan melawan penyakit.

Terdapat banyak jenama supplemen yang dijual di farmasi atau kedai-kedai ubat.  Anda boleh memilih supplemen mengikut citarasa dan tujuan. Juga bergantung kepada kemampuan kewangan anda. Salah satu dari supplemen yang membantu meningkatkan imuniti dan kesihatan anda ialah VitaHibrid One.


Rujukan:
Lau, K. Y. 2006. Pengambilan Produk Tambahan Khasiat Makanan di Kalangan Pelajar UMS: Penilaian Diet dan Faktor-faktor Yang Menggalakkan Pengambilannya. Universiti Malaysia Sabah.

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...