Thursday, 23 January 2020

Corona Virus, satu lagi virus pembawa penyakit misteri..


Beberapa minggu lepas negara kita telah dikejutkan dengan penularan kes selsema yang dibawa oleh virus Influenza A. Ramai kanak-kanak atau pelajar sekolah di seluruh negara yang dijangkiti oleh virus ini dan  ada yang meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut. Kes ini katanya berlaku di negeri Johor. 

Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan  telah mengambil langkah pencegahan dengan menasihatkan semua Pengetua dan Guru Besar sekolah supaya menutup buat sementara sekolah yang pelajar mereka didapati positif dijangkiti virus ini. Kesannya amat menggalakkan. Dalam sehari dua ini kes virus Influenza ini mula berkurangan. Tidak ada lagi berita atau laporan mengenainya. 

Namun begitu, belum pun kita boleh menarik nafas lega, dua tiga hari ini timbul pula satu lagi penyakit yang seakan sama dengan Influenza A malah ianya lebih bahaya. Penyakit yang belum diberi nama ini telah menyerang penduduk di negeri China dan merebak ke seluruh negara. Penyakit ini hampir sama dengan SARS (Severe Accute Respiratory Syndrom) yang berlaku pada tahun 2003 dan 2004 yang lalu. 

Penyakit ‘misteri’ ini mula dikesan dari negara China atau lebih tepat lagi di daerah Wuhan. Ia mula dikesan pada beberapa minggu yang lalu dan setakat ini penyakit misteri ini telah mengorbankan seramai 17 mangsa. 

Untuk makluman, penyakit misteri atau 'penyakit tak bernama' ini dibawa oleh sejenis virus yang diberi nama Corona virus. Virus ini dikatakan terdapat di dalam daging babi. Terdapat banyak jenis Corona virus yang boleh menjangkiti manusia. Antaranya ialah jenis 229E, NL63, OC43, MERS-CoV, SARS-CoV dan HKU1.   

Dalam banyak jenis virus itu, virus jenis MERS-COV dan SARS-Cov merupakan virus yang paling bahaya. Apabila seseorang dijangkiti oleh salah satu dari virus ini, individu tersebut akan mengalami selsema, sakit tekak, sakit kepala, dan demam. Simptom ini sama seperti symptom yang dialami oleh mereka yang menghidapi jangkitan virus influenza atau bakteria staphilococus.


Tetapi sekiranya dia tidak dirawat dengan sempurna, beberapa hari kemudian  individu tadi akan mengalami sesak nafas dan seterusnya mendapat jangkitan ‘lower- respiratory track ilness’ seperti pneumonia atau brongkitis ( jangkitan pada bronkus). Seterusnya pesakit tadi akan meninggal akibat komlikasi tadi. Mengikut laporan pusat kawalan penyakit Amarika (CDC), dari 10 orang yang dijangkiti oleh Corona virus ini, 4 daripadanya akan berakhir dengan kematian.

Penyakit ini dikatakan telah merebak ke daerah dan negara lain. Untuk menghentikan jangkitan ini dari terus merebak, kerajaan China telah mengadakan sekatan perjalanan ke atas penduduk Wuhan di mana lapangan terbang Wuhan telah ditutup untuk orang ramai. Orang dari daerah luar tidak dibenarkan untuk memasuki Wuhan sama ada melalui jalan udara mahu pun darat.  Begitu juga dengan penduduk Wuhan, mereka tidak dibenarkan meninggalkan daerah tersebut. ( Mati katak lah mereka di situ.. hehe..).

Walaupun langkah sekatan ini telah diambil, malangnya, ia agak terlewat dan penyakit ini telah pun menular ke seluruh dunia.  Laporan terkini mengatakan  seramai  570 mangsa sudah dikesan dan sedang dirawat di beberapa negara seperti  China, Taiwan, Jepun dan Amarika Syarikat (New York Times, 22 Jan 2020).  

Sehubungan dengan itu Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penyakit ini memasuki negara kita. Tambahan pula sepanjang musim cuti perayaan Tahun Baru China yang bakal disambut sehari dua lagi. Sudah pasti ramai sanak saudara yang berada di luar negara akan pulang untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama keluarga mereka di sini. Tidak mustahil juga ada pelancong dari negara China yang datang bercuti di sini.

Jika langkah pencegahan tidak diambil, tidak mustahil penyakit misteri ini akan turut sama tersebar di negara kita. Oleh itu pihak Kementerian Kesihatan telah menempatkan anggota atau petugas kesihatan di pintu masuk negara, terutamanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula semalam ( The Star, 22 Januari 2020). Petugas kesihatan ini akan membuat saringan ke atas penumpang yang baru tiba. 

Walaupun gambaran penuh virus masih belum diketahui dengan jelas namun menurut pakar  perubatan, penyakit yang dibawa oleh virus ini boleh dicegah dan ia tidak mendatangkan kesan yang serius kepada golongan muda dan mereka yang mempunyai sistem imuniti yang tinggi. 

Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kesihatan dan mengambil langkah pencegahan seperti tidak mengunjungi tempat yang sesak seperti pasaraya, pasar borong atau pasar malam. Jika terpaksa juga, kita digalakkan supaya memakai ‘mask’. Di samping itu, amalan cara hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang, mendapatkan rehat dan tidur yang cukup, mengamalkan pengambilan  makanan tambahan (supplement)  untuk meningkatkan imuniti dan bersenam juga dapat membantu kita dari mendapat jangkitan. 

Semoga kita dilindungi dari jangkitan virus ini..

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...