Sunday, 2 February 2020

Ada Syarat baru pula ke untuk mendapatkan tajaan SOCSO/PERKESO bagi rawatan Haemodialysis?



Hari ini ada terbaca berita dari akhbar The Star yang bertajuk “Stricter rules for dialysis aid Socso: Patients must meet criteria toqualify’. Dalam artikel tersebut pihak Kesatuan Sekerja (MTUC) dan MCA mempertikaikan syarat baru yang dikenakan oleh pihak SOCSO/PERKESO sewaktu membuat keputusan sama ada untuk meluluskan atau menolak permohonan peskit yang menghidap penyakit kegagalan buah pinggang kronik (ESRF) dan memerlukan rawatan haemodialisis.

Sebagai Pengurus di sebuah pusat haemodialisis, abam dah lama berurusan dengan pihak PERKESO/ SOCSO berkenaan permohonan pesakit abam yang ingin mendapatkan tajaan PERKESO. Mengikut syarat lama, setiap pesakit yang disahkan menghidap penyakit kegagalan buah pinggang kronik (ESRF) dan ingin memohon pembiayaan dari PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) atau juga dikenali sebagai SOCSO, pesakit itu perlu memenuhi syarat-syarat ini.

i)                    Pesakit pernah mencarum dengan PERKESO selama dua tahun atau lebih. Untuk mereka yang mencarum dengan PERKESO selama dua tahun atau lebih, layak mendapat bantuan rawatan haemodialisis sebanyak 13 atau 14 kali sebulan dan suntikan Ereitropoitin (EPO) sebanyak RM240 sebulan.
ii)                   Jika pesakit mencarum melebihi 40 bulan atau tiga tahun tiga bulan, beliau layak untuk memohon tajaan rawatan haemodialisis dan suntikan EPO berserta dengan pencen bulanan. Biasanya pencen bulanan ini dibayar separuh dari gaji pokok. Misalnya gaji pesakit sekarang ialah RM1,200, jadi beliau layak untuk mendapat pencen bulanan sebanyak RM600 atau lebih. (bergantung pada kiraan pihak PERKESO, pergi ke pejabat PERKESO dan tanya, mereka ada jadual dan formula bagaiman nak kira).
iii)                 Syarat ini hanya tertakluk jika umur pesakit yang disahkan mengidap penyakit kegagalan buah pinggang kronik (ESRF) itu berumur kurang dari 60 tahun. Jika umur pesakit itu dah cecah 61 tahun dan dia kemudiannya disahkan menghidap penyakit kegagalan buah pinggang kronok dan perlu menjalani rawatan haemodialisis, kira pesakit ini tidak layak.

 Syarat-syarat ini sebenarnya dah lama dah diguna pakai  oleh pihak PERKESO dan ia masih ‘valid’ sehingga ke hari ini. Tapi abam ‘confuse’ sekejap bila baca berita ni pada hari ini (Ahad 2 Februari 2020). 

Kenapa kes ni ditimbulkan oleh pihak Kesatuan Sekerja (MTUC) dan MCA. Adakah untuk menambahkan lagi kekeliruan masyarakat atau sekadar nak cari publisiti percuma?

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...