Saturday, 8 February 2020

Janganlah Cepat Melatah


Dalam kehidupan seharian, tekanan merupakan satu perkara yang lumrah dan ia juga sebahagian daripada kehidupan itu sendiri. Semakin kita menuju ke alam dewasa semakin tinggi tahap tekanan yang bakal kita tempuhi seolah-olah tekanan itu turut sama 'membesar' sejajar dengan tahap perkembangan kehidupan kita.
Sewaktu kita di zaman kanak-kanak, kita hanya menghadapi tekanan yang sedikit. Kita mungkin tertekan dengan kerja sekolah yang banyak, aktiviti kokorikulum dan kelas tuisyen.
Tetapi apabila kita menginjak ke alam dewasa, tekanan mula datang dari pelbagai arah. Kita akan menghadapi bebanan tugas di tempat kerja, sikap segelintir rakan sekerja yang suka membawang dan mengadu domba, serta kerenah suami, isteri dan anak-anak. Itu belum dikira lagi dengan masalah peribadi seperti penyakit kronik yang dialami, masalah kewangan dan kos sara hidup yang meningkat sepanjang tahun.
Jika tekanan yang diterima ini tidak diatasi melalui cara dan saluran yang betul, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kecelaruan emosi dan personaliti. Seterusnya ia akan mempengaruhi tindakan atau 'bahavior'.
Inilah yang terjadi kepada kes yang viral beberapa hari lepas. Ramai yang tidak tahu yang si dia itu sebenarnya sedang 'sakit'. Dia sedang mengalami tekanan hidup yang berat sehingga membuatkan dia terjerumus ke satu tahap yang dipanggil 'depressi'.
Masalah depressi ini bukanlah masalah baru. Kajian Kesihatan Mental Kebangsaan pada tahun 2017 menunjukkan sekurang-kurangnya 1 daripada 10 anak muda akan mengalami masalah depressi.
Jadi, dalam kes yang viral beberapa hari lalu, abam rasa kita sepatutnya bersimpati dengan si dia. Disebabkan dia 'depress' lah dia berkelakuan begitu sehingga bertindak dengan menendang kon dan meludah penguatkuasa yang cuba menunda keretanya.
Dia sudah terlalu berat dan penat menanggung beban, insiden penundaan kereta itu hanyalah sebagai satu 'trigger' untuk dia melepaskan apa yang dipendam selama ini. Mengapa abam kata begitu? Jawapannya ialah masakan seorang individu yang berpelajaran sanggup memalukan diri sendiri. Seorang lecturer yang waras tidak akan berkelakuan sedemikian. Malah orang biasa pun tak akan bertindak seperti itu. Paling koman pun kita akan ikut penguatkuasa tu ke Majlis Daerah atau Majlis perbandaran dan bayar denda. Tapi apabila kita dalam keadaan tertekan sehingga tahap depressi, kita tidak dapat lagi mengawal keadaan lalu bertindak seperti yang dilakukan oleh si dia itu.
Nasihat abam, kita sebagai netizen yang tak tahu apa-apa ni janganlah cepat melatah. Sebolehnya cuba fahami dulu masalah yang dia sedang alami bukannya terus menjadi hakim dan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa. Kesian dia..

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...