Saturday, 6 June 2020

Nak pakai Face Mask 3ply ke atau Face mask biasa?



Sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19 sehingga ke hari ini, masih lagi terdapat perselisihan pendapat di antara pihak berkuasa di beberapa negara tentang keperluan orang ramai terutamanya mereka yang sihat untuk memakai topeng muka (face mask) 3ply sewaktu berada di tempat awam atau cukup sekadar memakai penutup muka yang dibuat sendiri.

Ini kerana bila kita keluar dari rumah dan pergi ke tempat awam, kita akan melihat ramai individu yang memakai face mask 3ply dan ada pula yang hanya memakai mask yang biasa-biasa saja. Tak kurang juga yang pakai face mask yang dijahit sendiri
Kebanyakan pihak berkuasa di negara Asia mengesyorkan atau mewajibkan orang ramai supaya memakai penutup muka (face mask) 3ply sekiranya mereka berada di tempat awam dan sesak seperti di dalam bas atau keretapi. Kalau di Malaysia, di dalam LRT dan ETS. Manakala pakar perubatan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Amarika Syarikat pula berpendapat bahawa tidak ada keperluan untuk seseorang itu memakai penutup muka (face mask) yang jenis 3ply, cukuplah sekadar memakai topeng muka yang dibuat sendiri.

Semalam, 5 Jun 2020, sekali lagi WHO mengeluarkan pendapat mereka mengenai perkara ini. Mengikut WHO, sekiranya seseorang itu bergejala, dia diwajibkan untuk memakai ‘face mask’ 3ply. Bimbang sekiranya dia boleh menjangkiti orang di sekeliling sekiranya terbatuk atau terbersin. Menurut mereka lagi, hanya ‘face mask’ jenis 3 ply saja yang boleh menghalang ‘particle’ atau ‘droplets’ hasil dari bersin atau batuk anda itu tersebar.

Hasil kajian yang dijalankan mereka mendapati ‘droplet’ atau ‘ particle’ yang terhasil sewaktu seseorang itu batuk atau bersin akan jatuh ke tanah atau permukaan sekitarnya. Penularan boleh berlaku sekiranya ‘droplet’ tadi terkena mulut, hidung atau mata individu yang berdekatan, baik secara langsung atau dari tangan yang tidak dicuci yang menyentuh permukaan yang tercemar. Oleh itu, apabila orang yang bergejala itu memakai ‘face mask’, ‘droplet’ yang terhasil dari bersin atau batuk tadi akan terperangkap dan tidak merebak keluar.

Saranan daripada WHO ini dapat membantu mengurangkan kebergantungan kita ke atas produk face mask 3ply yang semakin popular semenjak penularan wabak ini pada Mac 2020 yang lalu. Di samping menjimatkan kos, saranan supaya menggunakan face mask buatan sendiri juga dapat membantu mengatasi masalah kekurangan face mask yang dialami oleh pasukan ‘front liner’.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga mengatakan bahawa penggunaan ‘face mask’ 3ply oleh orang awam yang sihat ini juga sebenarnya boleh membuatkan seseorang itu merasa ‘over protected’ sehingga dia mengabaikan langkah-langkah penting yang lain seperti penjarakkan social dan amalan mencuci tangan. Di samping itu mereka juga mendapati individu yang memakai ‘face mask’ 3ply ini terlalu kerap menyentuh wajah mereka. ini dapat meningkatkan kemungkinan kebolehjangkitan terhadap coronavirus.

Bila membaca laporan terbaru dari WHO ini, pada pendapat abam, pemakaian ‘face mask’ ni bagus untuk melindungi kita dari jangkitan. Cuma tak perlulah korang bazirkan duit lagi untuk beli ‘face mask’ 3ply yang harganya sama mahal dengan sebungkus nasi lemak telur mata. Cukuplah sekadar memakai face mask yang ‘biasa-biasa’ atau kalau tak de modal nak beli 'face mask' yang 'disposable', korang jahit je sendiri.

Cuma abam nak tambah sikit je, kalau nak pakai ‘face mask’ tu, pakailah dengan cara dan kaedah yang betul dan pastikan tangan korang bersih sewaktu memakai ‘face mask’. Bila dah pakai tu jangan gatal-gatal tangan nak sentuh muka, nak sentuh hidung, nak betulkan vermin mata dan sebagainya. Ini boleh mendatangkan risiko jangkitan silang (cross infection).


No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...