Friday 19 June 2020

HARGA KERETA DAH TURUN, BOLEH LA BUAT HUTANG LAGI.



"Abang, awak tukar je la kereta awak tu. Dah lebih 10 tahun dah awak pakai kereta tu." Tiba-tiba mem besar bersuara.


"Aa..Ah.. Ayah. Sekarang ni harga kereta dah jatuh, tukar je kereta ayah tu dengan Myvi baru atau Axia, macam kereta Iqa."


Inilah antara kata-kata Mem dan kakak (anak sulung abam). Mereka bagi cadangan supaya abam tukar kereta memandangkan banyak syarikat kereta menurunkan harga kereta keluaran mereka sejak dua menjak ni.


Abam tak bagi apa-apa 'respond' pun pada mereka. Hahaha. Bukan kedekut atau bukan sebab tak mampu. Tapi.... Ada beberapa situasi yang buat abam terpaksa fikir panjang.


Ya.. Harga kereta telah turun apabila Abah (Tan Sri Muhyidin Yasin) mengumumkan inisiatif atau Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Menerusi pelan atau inisitif ini, harga kereta akan mendapat pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model import sepenuhnya.


Kesannya, harga kereta akan mengalami penurunan harga antara 2 sehingga 7 peratus mengikut jenama dan model keluaran. Contohnya, kereta jenama Myvi 1.3G Manual, telah turun sebanyak RM1,490 dari RM42,790 kepada RM 41,292.


So.. Setakat RM300 atau RM400 sebulan tu boleh sangat la. Tapi persoalannya, berbaloikah abam buat hutang kereta lagi sekarang ni?


Ini satu hal, yang keduanya, mengapa kerajaan tiba-tiba mengumumkan pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA)?


Something is fishy somewhere..


Pertamanya ialah kerana jualan kereta merudum teruk sepanjang tempoh PKP bulan Mac 2020 sehingga sekarang. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kenderaan sepanjang April 2020 merosot teruk. Nak tahu berapa? Cuma 141 buah kenderaan saja.


So untuk tolong syarikat pengeluar kereta, kerajaan pun umum la pelepasan cukai. Tak cukup dengan itu, syarikat kereta juga berebut-rebut buat potongan harga ( macam jualan murah la pula..haha).


Kenapa kereta tak laku? menurut maklumat, ia adalah disebabkan oleh PKP di mana banyak jabatan kerajaan ditutup@ tidak beroperasi termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Bila JPJ tak beroperasi, tak dapatlah pembeli nak buat urusan daftar kenderaan baru.

Tapi itu cuma 'bunganya saja' atau alasan saja. Saja mereka nak bagi alasan untuk sedapkan hati kita semua. Apa yang tersirat adalah sebaliknya. Dari pemerhatian abam, jualan kenderaan merosot adalah disebabkan oleh orang ramai mula berhati-hati.


Kita semua sedia maklum bahawa COVID-19 telah menyerang seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia. Kesan dari wabak ini ialah seluruh ekonomi dunia menjadi lumpuh secara tiba-tiba (sudden on set) dan peluang untuk pulih pula adalah sukar.


Jadi bila keadaan ekonomi negara dijangka merudum, orang ramai mula berhati-hati. Dari mereka berbelanja beli kenderaan, baik duit yang ada tu digunakan untuk beli makanan atau disimpan untuk kegunaan masa depan. 'That why' jualan kereta merudum. Malah bukan jualan kereta saja, sektor lain pun sama. Baik sektor perlancongan mahu pun sektor hartanah.


Ini ditambah pula dengan tindakan pemberhentian kerja akibat penutupan syarikat atau kilang. Malah ada syarikat yang mengeluarkan arahan supaya pekerja bercuti tanpa gaji. Jadi masing-masing terpaksa mengikat perut dan berjimat. Tak kan dalam suasana begini pun masih ada yang 'gatal tangan' nak beli kereta baru.. Haha


Keduanya, kita juga tidak tahu apa yang bakal berlaku empat atau lima bulan lagi. Sekarang walaupun kita lihat orang ramai mula rancak berbelanja,tapi perbelanjaan mereka bukannya dari pendapatan sebenar yang mereka perolehi. Mereka mampu berbelanja sakan pada hari ini adalah disebabkan adanya bantuan dari kerajaan seperti duit BPN dan duit penjimatan 'moratorium' yang diberikan oleh bank selama enam bulan.


Dalam tempoh moratorium ini, semua pinjaman kereta, rumah serta pinjaman peribadi ditangguhkan pembayarannya. Jadi orang ramai mempunyai duit lebihan. Mana tidaknya, biasa tu mereka kena bayar pinjaman kereta Rm500 sebulan, alih-alih masa moratorium ni pinjaman tu ditangguhkan. Jadi duit Rm500 untuk bayar kereta tu boleh la buat diguna untuk beli makan dan perbelanjaan lain.


Tapi apa akan jadi selepas tempoh moratorium ini tamat pada bulan September 2020 nanti? Tak ada siapa yang boleh bayangkan.


Cuma sedikit gambaran ialah pihak IMF menjangkakan pertumbuhan ekonomi dunia adalah sekitar -7.4% (negatif tujuh perpuluhan empat peratus) dan sudah banyak negara terpaksa 'revise' semula pertumbuhan ekonomi mereka. Tapi negara kita masih belum memberi gambaran sebenar tentang ekonomi kita.


Cuma menurut Menteri Kewangan, asas ekonomi kita masih kukuh. Kukuh di tahap mana, abam pun tak tahu. Yang nyata ialah dua tiga hari lepas Menteri Kewangan kata, kerajaan sedang berkira-kira nak pinjam duit untuk gerakkan ekonomi negara.. Dan untuk makluman korang, duit rangsangan ekonomi bernilai RM45 billion termasuk duit BPN yang korang terima tempohari sebenarnya adalah duit yang kerajaan pinjam.


Apa maknanya tu?

Dan bagaimana cara kerajaan nak kutip duit yang dia pinjam untuk bayar hutang tu nanti? Mesti ada 'something' atau cara untuk kerajaan kutip semula duit dari kita untuk bayar hutang kerajaan. Ketika itu siapa yang tak ada 'extra cash' mungkin terpaksa ikat perut dan hidup susah.


Jadi, dari abam merisikokan diri dengan beli kereta baru dan terikat dengan pihak bank selama 7 atau 8 tahun, baik abam simpan duit yang ada ni untuk beli makan. Abam sahut seruan atau nasihat Abah, 'pastikan atas meja ada makanan untuk dihidangkan kepada keluarga'.


Lagi satu prinsip abam ialah 'beli makan lebih penting dari beli kereta!'. Tak ada kereta, abam boleh lagi jalan kaki tapi kalau tak makan, silap-silap abam boleh mati. Biar abam susah@ berjimat sekarang asalkan abam boleh harungi ketidaktentuan ekonomi selepas post Moratorium nanti dengan tenang.

3 comments:

Yaya Mohd said...

singgah semula disini =)

Abam Kie said...

Preve yg sy beli thn 2012 masih OK sbb jrg bawa jalan jauh. Cuma bila berjalan jauh tu anak2 rasa x selesa sbb terpaksa berhimpit.

Nina Mads said...

pakai kereta lama sbb mls nk tambah hutang.. hehehe

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...