Friday, 11 June 2021

Bodoh dan buat-buat bodoh

 



Dua tiga hari lepas hangat betul netizen bercerita tentang kenyataan Prof Muhaya yang meminta supaya wanita 'belajar untuk jadi bodoh-bodoh sikit' untuk memikat lelaki@suami. Dan abam tengok ramai wanita kat luar sana sudah 'triggered' dengan statement prof. Muhaya ni sehingga ada yang mengecam beliau..

Alaaa... Rileks la.. Jangan la pembaris sangat cik kak..

Pada pendapat abam, ada maksud tersirat dari ayat "buat-buat bodoh" yang yang prof tu cuba sampaikan.

Bila abam dengar dan tonton klip video beliau, baru abam dapat tangkap maksud sebenar dia.

Actually, bukan prof Muhaya suruh wanita ni jadi bodoh sehingga 'downgrade' diri mereka sampai senang kena pijak dek lelaki tapi dia cuma nak wanita di luar sana tu kurangkan sikit tunjuk sikap 'serba tahu' atau 'kurang ajar' di depan suami. Terutamanya jika wanita tu levelnya atau pangkatnya lebih tinggi berbanding suami.

Sebabnya dalam agama, kita ada peranan dan level masing-masing.Contohnya, Mem abam di tempat kerja, dia berjawatan Matron (so kira dia salah sorang orang besar di klinik dia). Jadi staff bawahan dia kena dengar arahan dia. Manakala abam juga sorang incas di tempat abam bertugas. Jadi anak buah abam pun mesti dengar pendapat dan arahan abam.

Kalau ikut logik, kami berdua ni 'sama level'.
Tapi itu cerita di tempat kerja. Bila berada di rumah, Mem abam dah tak boleh nak tunjuk pandai atau tunjuk power di depan abam sebab bila dia berada di rumah secara otomatik 'level' atau pangkat dia sebagai boss akan 'down' kepada pangkat isteri.

Jika abam ada buat silap ke apa ke, Mem masih boleh marah dan tegur abam tapi marah dan tegur dia tu bukannya seperti dia marah atau tegur staff bawahan dia di tempat kerja. Ini kerana hukum islam menuntut supaya seorang isteri itu patuh dan hormat pada suami. Tak kira isteri tu lebih berpangkat atau lebih tinggi pendidikannya berbanding suami.

Jadi, abam rasa tak salah untuk isteri tu 'buat-buat bodoh' dan tidak terlalu menunjuk yang dia ni seorang yang pandai dan berkuasa di depan suami di rumah, walaupun isteri tu adalah seorang professor di sebuah universiti atau dia berjawatan sebagai CEO di sebuah syarikat, sedangkan suaminya hanyalah seorang Pekerja Am di jabatan kerajaan.

Tinggalkan pangkat dan jawatan puan-puan tu di pejabat atau office masing-masing bila sudah 'punch out' dari office atau organisasi tempat kerja puan-puan. Sila 'sauk' atau pakai baju kelawar dan jadilah seorang isteri bila mana puan-puan melangkah kaki masuk ke dalam rumah. InsyaAllah dengan ini rumah tangga yang dibina itu akan sentiasa harmoni dan bahagia.

Ini ulasan atau pemahaman abam tentang video klip Prof Muhaya semalam. Pendapat orang dan pemahaman orang lain, abam tak tahu. Ini kerana persepsi kita berbeza.
Wallahuaklam..

Dr Usry Abdullah

Sabtu 12 Jun 2021

1 comment:

Hisham AR said...

Sifat wanita ni emosi sikit. Statement prof muhaya tu berniat baik sebenarnya. Adjust sedikit ego diri dan jadi insan yg lemah lembut dan menyenangkan, agar dipermudahkan utk bertemu jodoh. Kerana aspek bertemu jodoh dan mendirikan rumahtangga ini pun sudah jadi satu masalah dlm masyarakat. Satunya mungkin masing2 sibuk dgn rutin karier, duanya soal kewangan, dan status seseorang. Jadi cadangan prof muhaya itu wajar dilihat pada sudut itu. Wallahu'alam.

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...