Jumaat lepas, Bursa Malaysia ditutup tinggi, iaitu pada paras
1,692 mata naik 9.25 mata dan prestasi Bursa yang lebih baik ini adalah kerana disokong
oleh momentum belian kukuh dalam saham bermodal kecil, yang menyaksikan FBM
Small Cap Index telah melonjak sebanyak 131.35 mata kepada 12,812.11. Semenjak dua menjak ini juga, jumlah dagangan
harian boleh dikatakan meningkat dan nilai dagangan melebehi RM2billion.
Ini adalah satu perkembangan yang positif. Ini menunjukkan pelabur ekuiti menyambut baik perkembangan
terkini sama ada di dalam atau luar Negara, lebih –lebih lagi perkembangan yang membabitkan pertikaian
perdagangan di antara AS dengan China, Di samping itu perkembangan terkini
Brexit dan peningkatan harga minyak juga memberi kesan positif kepada pasaran.
Dan yang terakhir ialah kesan bulan Januari dan ‘pre Chinese New Year Rally’
yang biasanya berlaku dalam tempoh seminggu sebelum perayaan Tahun Baru Cina
juga menambah lagi keinginan pelabur untuk memasuki pasaran.
Memandangkan
perkembagan positif ini, apa kata kita try tengok satu kaunter yang jarang mendapat perhatian pelabur
kerana ‘performance’nya yang teruk.
Saham yang dimaksudkan ialah Felda
Global venture (FGV 5222).
Analisis Fundamental
Dari segi fundamentalnya, semua orang tahu yang kaunter ini
adalah kaunter terburuk dalam sejarah saham Malaysia. Kaunter ini penuh dengan
scandal dan dikatakan mengalami kerugian berbilion ringgit setiap tahun. Semenjak
ia disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012 sehingga ke hari ini, harga
sahamnya boleh dikatakan sentiasa mengalami penurunan dan harga paling rendah
dalam sejarah telah dicatat pada 14 Desember 1018 iaitu pada harga RM0. 63 sen.
Keuntungan yang dijana oleh syarikat ini juga merosot setiap
tahun. Bermula tahun 2012 sehingga sekarang FGV tidak pernah mencatatkan sebrang
keuntungan dalam akaun mereka sehingga syarikat ini tidak mampu untuk membayar
dividen kepada peneroka.
Namun begitu prospek syarikat ini dijangka kembali kuku selepas pengambilalihan oleh pengurusan baru,
beberapa perancangan strategic telah
diatur untuk memperbaiki prestasi syarikat dan meningkatkan semula keyakinan
pelabur. Antaranya ialah dengan membuat penstrukturan semula dan melupuskan
beberapa anak syarikat yang bermasalah seperti
Felda Engineering Services Sdn. Bhd., FGV Cambridge Nanosystems dan Felda Properties Sdn. Bhd.
Manakala dalam usaha meningkatkan segmen perladangannya pula,
FGV akan mempercepatkan proses penanaman
semula kelapa sawit seluas 15,000 hektar di bawah perjanjian sewa tanah 99
tahun dengn Felda.
Analisis Teknikal
Manakala dari segi teknikal pula, keseluruhan indikator masih
menunjukkan aliran positif dan harga saham ini telah melepasi SMA 20 untuk dititup pada ‘new high’ RM0.955 sen pada Jumaat lepas (18 Januari
2019). ‘Candlestick’ Saham ini pula berbentuk ‘doji’ dan ini menggambarkan
bahawa sentimen pelabur sedikit berhati-hati selepas harga saham FGV ini telah
meningkat sebanyak 51% dari harga
terendahnya RM0.63 sen pada 14 Desember 2018.
Jika sentimen pasaran masih lagi positif dan ‘pre CNY rally’
juga berlaku pada tahun ini, harga saham
ini akan meneruskan perjalanannya menuju halangan pertama RM1.22 dan Jika
halangan ini berjaya dipecahkan, ia seterusnya akan naik ke RM1.34.
Manakala jika ‘mood’ pasaran bertukar menjadi tidak baik pada
minggu depan ( 22 Januari hingga 25 Januari 2019), harga saham ini akan turun semula ke paras sokongan RM0.86 sen
dan RM0.73 sen. (peluang untuk membeli bagi mereka yang ketinggalan).
Carta di bawah menunjukkan pergerakan harga dan jumlah
dagangan setiap hari sepanjang tempoh satu tahun.
Kesimpulan.
Jika perancangan untuk melupuskan asset yang bermasalah ini
berjalan lancar seperti yang dinyatakan oleh pengerusi baru FGV, Datuk Wira
Azhar Abdul Hamid, syarikat ini dijangka mencatat keuntungan kasar (gross
profit) buat pertama kalinya dalam laporan kewagangan yang akan dikeluarkan
pada bulan Mac atau April 2019 nanti. Dengan
ini dari segi fandamentalnya, saham ini boleh difikirkan oleh para pelabur. ‘Fair value’ untuk saham ini ialah di antara
RM1.00 hingga RM1.20 sehingga laporan kewangan @ penyata pendapatan dikeluarkan
pada bulan Mac 2019 nanti.
Manakala dari segi teknikalnya, selepas mengalami beberapa
siri kenaikan, penutup candlestick yang berbentuk ‘doji’ itu menggambarkan
bahawa kemungkinan akan berlaku aktiviti pengambilan untung. Namun, sekiranya momentum
positif dalam pasaran saham untuk minggu ini berterusan, harga saham ini boleh menguji
harga tertinggi baru RM1.22 sebelum bergerak naik ke RM1.34. Dan jika sentiment
pasaran bertukar menjadi negatif, harga saham ini bakal turun semula kepada paras sokongan RM0.86 dan
seterusnya ke RM0.63. . Jadi perhatikan pergerakan harga semasa sebelum
menentukan harga saham yang sesuai untuk dibuat belian.
Disclaimed: Maklumat tentang harga saham ini adalah sebagai
info sahaja. Tidak ada kaitan dengan keputusan jual, beli atau ‘hold’. Anda
dinasihatkan membuat kajian anda sendiri sebelum melabur.
1 comment:
permisi min numpnag share ya :)
Hayyy guys...
sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
di DEWAPK agen terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^
Post a Comment