Tuesday, 29 October 2019

Penggunaan bahan terlarang dalam kosmetik. Masih ramai yang tidak sedar.



Hari ini terbaca satu komentar dari akhbar tempatan bercerita pasal produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang. Walaupun isu ini sudah diperkatakan saban tahun namun disebabkan tertarik dengan ayat penyedap yang dimasukkan ke dalam iklan produk kosmetik seperti,
‘menghapus kesan jerawat dalam masa  seminggu’,‘mencerahkan tona kulit dalam masa yang singkat’,‘wajah menjadi mulus dan gebu dalam masa 7 hari’, ramai di kalangan pengguna terperangkap dan tanpa mereka sedar bahawa bahan yang digunakan dalam kosmetik yang dibeli itu rupanya mengandungi bahan kimia terlarang.

Disebabkan terlalu obses untuk kelihatan cantik, ramai di kalangan pengguna tidak peduli sama ada produk yang  mereka gunakan itu terdapat bahan kimia berbahaya atau pun tidak.  Apa yang penting buat mereka ialah kesan yang diperolehi dari penggunaan produk tersebut dapat memberi kesan yang diingini dalam masa yang singkat. Semakin cepat sesuatu produk yang digunakan itu memberi kesan, semakin bagus produk tersebut. Jika boleh, mereka nak satu produk yang apabila dipakai@disapu saja pada muka untuk dua atau tiga malam, pada hari ke empat, mereka dapati kulit muka sudah jadi putih dan gebu.   

Malangnya, setelah memakai atau menggunakan produk itu  untuk beberapa minggu, tiba-tiba mereka dapati  kulit muka mengalami masalah ‘break out’ yang teruk. Kulit mula terasa kering, gatal, merekah dan kemerahan.  Ketika itu barulah mereka sedar  bahawa produk yang digunakan selama ini rupanya mengandungi bahan berbahaya.

Malang sekali lagi buat mereka kerana kesan ini sudah pun berada pada tahap yang agak lewat, atau dalam peribahasa Melayu tahap  nasi sudah menjadi bubur. Masalah yang dialami itu sudah tidak boleh dipulihkan kembali sehingga memaksa mereka menghabiskan wang ribuan ringgit kerana berjumpa pakar kulit (Skin Specialist) untuk ‘repair’ semula kulit yang dah rosak itu.  

Masalah yang dialami oleh mereka ini adalah disebabkan oleh ‘side effect’ HYDROQUINONE yang dimasukkan secara berlebihan ke dalam produk kecantikan  tersebut. Dengan memasukkan unsur Hydroquinone ini ke dalam produk kosmetik,  pengusaha kosmetik berharap ia akan menjadikan kulit pengguna menjadi cerah dan semakin putih dalam masa yang singkat walaupun mereka mungkin mengalami kesan sampingan yang teruk pada masa hadapan.

HYROQUINONE ini akan bertindak membunuh ‘melanocytes’, iaitu sejenis sel yang meragsang penghasilan melanin.  Apabila melanin tidak dapat dihasilkan atau penghasilannya terhenti, maka kulit akan menjadi cerah berbanding warna asal. Namun kesan sampingan akibat terhentinya penghasilan melanin ini ialah kulit akan   terdedah kepada sinaran Ultra Violet (UV) secara berlebihan. 

Kesan dari sinaran  UV ini akan menyebabkan sel-sel kulit cepat  rosak. kulit juga mengalami kesan terbakar dan ada kes yang di mana kulit bertukar warna  menjadi lebih lebih gelap dari sebelumnya.  Ada sesetengah kes pula di dapati kulit muka menjadi tebal dan hitam. Tidak kurang juga ada yang mengalami masalah kulit muka yang terlalu sensitif dan cepat terluka kesan dari kekurangan melanin ini.

Kesan  pencerahan pada kulit yang terhasil dari penggunaan bahan hydroquinone ini  tidak bertahan lama. Ia hanya mampu bertahan untuk tempoh  4 - 6 bulan saja. Oleh itu, anda  perlu memakai  krim tersebut secara berterusan dan ini  akan memberi kesan yang tidak baik pada kesihatan untuk jangka panjang. Jika anda tidak bernasib baik, penggunaan produk yang mengandungi unsur HYDROQUINONE ini untuk jangka panjang boleh meningkatkan risiko anda mendapat melanoma dan cancer kulit.  Sebab itulah penggunaan HYDROQUINONE secara berlebihan dalam kosmetik adalah tidak digalakkan oleh Kementerian Kesihatan atau bahagian kalawan Farmasi Negara (NPRA).

Tetapi biasa la rakyat kita, apa yang dilarang itulah yang kita suka buat. Walaupun ada beberapa produk atau supplimen yang berasaskan bahan semulajadi di pasaran yang boleh membantu mereka memperolehi kesan yang sama sebagaimana kesan yang diperolehi dari  produk kosmetik haram ini, namun masih ramai yang buat tak kesah. Sebabnya ialah kebanyakan supplimen atau produk 'alami' atau semulajadi ini lambat memberi kesan tindak balas.  Ada yang terpaksa menunggu sebulan atau dua bulan baru sebelum pengguna merasai akan kesannya. 

Oleh itu ramai yang lebih suka  memperjudikan nasib dan kesihatan dengan memilih produk yang mengandungi HYDROQUINONE ini. Tak jadi produk ‘A’, mereka beralih pula kepada produk’B’. Tak jadi produk ‘B’ mereka guna pula produk ‘C’. Dan begitulah seterusnya sehinggalah mereka  mengalami ‘break out’ yang serius dan tak boleh diubati lagi, barulah mereka akan serik.  Setelah mereka terpaksa menghabiskan duit ribuan ringgit kerana berulang alik jumpa doktor pakar untuk memulihkan kulit muka yang rosak, barulah timbul kesedaran untuk mereka berhenti  dari memakai produk yang mengandungi unsur terlarang ini. 


Wednesday, 16 October 2019

Zika datang Lagi!



Zika datang lagi! Amboi.. macam iklan Torra la pulak. Seronok je bunyinya... Hehe.. Tapi ini bukan berita baik nak seronok-seronok. Ini adalah berita yang tak  sedap untuk didengar.

Setelah dua tahun menghilang, penyakit atau wabak ni diberitakan muncul semula. Hari ini akhbar melaporkan bahawa seorang lelaki berusia 30an telah disahkan dijangkiti virus Zika. Beliau mula mengalami gejala muntah dan cirit birit pada 26 September. Kemudiannya  beliau terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 29 September 2019.

Virus Zika ini sangat merbahaya kerana ia boleh menjangkiti otak, terutamanya bayi yang di dalam kandungan. Jika ibu yang mengandung terkena jangkitan virus ini, anak dalam kandungan beliau berisiko untuk mendapat kecacatan otak sewaktu dilahirkan.. WaiyyaZubillah.

Penyakit ini mula tersebar dari Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lain termasuk jangkaan empat juta penduduk di Amerika bakal dijangkiti hingga akhir 2016. Kemudian ia mula merebak ke nagara-negara lain melalui industri perlancongan di mana mangsa yang terkena jangkitan virus ini akan memindahkan visrus tersebut apabila nyamuk aedes menghisap darah mangsa dan kemudiannya menghisap pula darah orang lain.

Sama seperti demam denggi, symptom Zika juga seakan sama di mana mereka yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam, rash (bintik-bintik merah di badan), sakit-sakit sendi dan sekitar bebola mata. Untuk membezakan penyakit ini dengan denggi ialah pesakit kena melalui ujian makmal (chek darah). Baru kita dapat kesan sama ada ia adalah virus denggi atau Zika.

Memandangkan penyakit ini merebak melalui gigitan nyamuk dan sekarang ni pula musim hujan, potensi terdapatnya air bertakung di persekitaran rumah adalah tinggi. Nyamuk aedes akan bertelur dalam air yang bertakung. Oleh itu, jika sebelum-sebelum ini kita membersihkan persekitaran rumah setiap dua minggu sekali, seeloknya semasa musim hujan begini kita lebih kerap membersihkan halaman dan persekitaran rumah. Seeloknya kita buat seminggu sekali supaya nyamuk aedes tak sempat membiak.

Manakala langkah kawalan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan pula ialah seperti membuat pemantauan di pintu masuk, terutamanya jalan darat yang menghubungkan dengan negara jiran. Manakala di lapangan terbang pula,  Kad Amaran Kesihatan (Health Alert Card) perlu diberikan kepada pelawat yang baru tiba dari negara yang ada mencatatkan kes jangkitan Zika. Pamplet atau panduan berkenaan apa tindakan yang perlu dilakukan jika mengalami gejala jangkitan Zika juga perlu diberi kepada pelancong tersebut sebagai langkah pencegahan sewaktu dia berada di Malaysia. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang patut dibuat dan tidak mendedahkan dirinya kepada risko menjangkiti rakyat kita.

Okey itu aje coretan abam untuk kita semua, terutamanya mereka yang tinggal di negeri Perak. Sebab kes pertama dah di kesan di negeri ini dan prsakit tu juga masih lagi dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun. So.. Orang-orang Perak! Please Ă€LERT!  Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Sama-sama kita berganding bahu dan menyokong usaha pengawalan penyakit ini.

Sunday, 6 October 2019

Kolagen untuk kecantikan wajah dan mengekalkan tulang yang sihat.



Perkataan "kolagen" berasal dari bahasa Yunani "kolla"  yang bermaksud gam. 

Kolagen adalah sejenis protein yang terdapat pada haiwan bertulang seperti ikan, amfibia,  reptilia dan burung atau  haiwan bertulang belakang seperti  mamalia.

1/3 daripada tubuh badan manusia sendiri adalah  kolagen di mana 72% daripada struktur kulit kita terdiri daripada kolagen. Kolagen membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan tahap fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit kita meregang serta kembali semula kepada kedudukan asal.

Kolagen kerap digunakan dalam pembedahan kosmetik di mana ia dijadikan sebagai bahan penyembuhan untuk merawat mangsa-mangsa kebakaran, membantu  pembinaan semula tulang serta pelbagai kegunaan gigi, ortopedik, dan pembedahan yang lain.   Ia juga digunakan dalam bidang kosmetik sebagai anti penuaan, selain menganjalkan, melicinkan, memutihkan serta memperbaiki kulit. Kolagen yang cukup juga akan membuatkan rambut kita kelihatan bersinar dan  lebat.

Selain itu, kolagen turut memainkan peranan penting terhadap tulang. Sebagaimana yang kita ketahui, 80% daripada tulang kita adalah terdiri daripada kolagen.   Oleh itu, kolagen adalah penting untuk kesihatan tulang di mana gabungan di antara kolagen dan satu lagi bahan yang dinamakan sebagai hidrokapasitat akan memberikan struktur, fleksibiliti dan kekuatan pada tulang.

Akhir sekali, dinding salur darah  yang terdapat dalam tubuh kita juga terbina daripada kolagen, di mana kolagen ini akan membantu memberikan struktur, kekuatan dan fleksibiliti kepada salur darah untuk membolehkannya  menyalurkan darah ke seluruh tubuh.

Paras kolagen dalam badan kita mula merosot secara semulajadi apabila kita mula mencecah  usia 25 tahun.  Kehilangan kolagen ini bertambah serius sekiranya kita terdedah kepada faktor persiktaran yang tidak sihat.

Kekurangan kolagen akan menyebabkan beberapa masalah seperti, struktur kulit mula menjadi tidak tegang dan berkedut. rambut menjadi kering dan bercabang, kulit akan menjadi kendur dan hilang keanjalannya, penglihatan kita akan menjadi kabur dan ada ketikanya linkaran hitam akan mula terbentuk di sekitar mata. Mata juga kadang kala kelihatan sembap.

Gejala lain yang berlaku akibat kehilangan kolagen ialah tulang mula mengalami proses pereputan ( osteoporosis). Akhir sekali  kuku mudah rapuh dan kurang bersinar.
Pengambilan kolagen di kalangan rakyat negara ini kini nampaknya  semakin meningkat apabila mereka sedar akan  kepentingan kolagen terutamanya dari sudut kesihatan dan kecantikan.   

Kebiasaannya kolagen diproses daripada tiga sumber utama iaitu  daripada sumber ikan, di mana kolagen daripada ikan terutamanya ikan salmon dan ikan merah akan diektrak dan dijadikan  salah satu  daripada makanan tambahan.

Satu lagi sumber kolagen ialah kolagen yang diekstark daripada tulang, otot dan kulit haiwan seperti daripada lembu dan khinzir.  Walaubagaimana pun kolagen daripada  khinzir ini tidak halal untuk orang isla.  Tetapi  sumber kolagen daripada kedua haiwan ini tidak begitu digalakkan pengambilannya di kalangan pakar perubatan kerana di samping anda mendapat bekalan kolagen, anda juga turut mengambil lemak dan kolesterol secara tidak sengaja yang sememangnya  terdapat dalam daging kedua-dua haiwan ini.

Kesimpulannya, pengambilan kolagen sangat penting, tetapi pastikan ianya bersesuaian dengan diri anda! Terdapat beberapa produk atau supplimen yang mengandungi unsur kolagen di pasaran dan salah satu daripada produk yang membekalkan kolagen kepada anda ialah VitaHibridOne.  






Berbahagi Rezeki

  “ Kak, bungkus nasi lemak satu. Lauk paru ya.” “Baik encik” . “Okey encik, siap! RM5.50.” “Ini kak duitnya”, lalu kita pun hulur sek...