Wednesday, 12 February 2020

Ujian darah tahunan

Dua hari lepas saya ada buat ujian darah. Salah satu dari sebab saya buat ujian darah ialah untuk memantau tahap kesihatan diri. Maklumlah  umur saya dah tua. Dah cecah 47 pun. Jadi kena la pantau.

Berdebar juga bila 'result' test darah balik.  Di bawah ni abam 'explain' report kad saya untuk sama-sama kita study.


Okey.. Kita mula dengan Hb. Hb abam 15.5 gm/L.  Ini menunjukkan kandungan Hb saya memang tinggi dan lebih dari cukup. Mungkin asbab saya selalu mengambil supplemen VitaHibridOne setiap pagi. supplemen ni memang saya jual. Sambil tu saya juga makan sendiri. (Vita ni ada kandungan zat besi dan zat besi memang diperlukan untuk meningkatkan tahap Hb @ pembentukan sel darah merah). Setelah doktor saya 'review', beliau memberi pilihan supaya saya kurangkan atau 'stop' dulu ambil Vita. Takut terover. 

TWDC (total white blood cell) atau jumlah sel darah puteh saya juga normal. Ini bermakna semua askar dalam badan saya dapat tidur lena sebab tak ada apa-apa ancaman 'musuh' yang cuba menggugat tubuh badan saya buat masa ni. Ini pun mungkin disebabkan oleh rutin saya mengambil supplemen juga. 'Vita' ni ada Vitamin C. So imuniti saya sentiasa mencukupi. Alhamdulillah..

Platlet saya pun cukup. Jadi kalau terluka kena pisau ketika siang ikan atau potong bawang tu, luka saya cepat sembuh kecuali luka hati dan perasaan.,. Hehe.. Yang ni saya memang makan dalam.. Lambat nak sembuh. Sekali terluka saya akan ingat orang tu sampai bila-bila..😁

Bacaan Creatinine dan Urea juga normal. Tapi GFR (tahap kecekapan glomerulus buah pinggang) saya dah merosot sikit. Jatuh tahap G2. Maklumlah umur dah tua.


Cholesterol abam 4.51mmol/L di mana cholesterol jahat bacaannya 2.35mmol/L dan cholesterol baik 1.19 mmol/L.  Bila tengok pada 'result' ni , bermakna saya kena kontrol sikit ni. Tak leh lagi selalu makan makanan berlemak dan bersantan 'especially' kari kambeng. Cempedak goreng pun saya kena la stop juga.. Tak pun beli 2 atau 3 hari sekali untuk lepaskan rindu.. Tak boleh lagi belasah seperti sebelum-sebelum ni.
Trigliseride  juga tak best.. 2.14mmol/L bacaan dia. Saya ada 'chance' untuk kena 'heart attack'  jika tak control.. So kenala lebihkan eksersise lepas ni nampaknya.
Uric Asid  masih normal (362.83mmol/L). Jadi saya masih boleh makan tomyam campur atau nasi goreng sea food sepuasnya. Alhamdulillah.. Protein dan Albumin juga normal. Masing-masing 76.0 g/L dan 45.0g/L. Ini pun sebab saya 'consume' supplemen ... Ia ada extrak makanan sunnah yang kaya dengan vitamin semulajadi.

Akhir sekali saya juga test untuk cancer maker. Maklumlah  keturunan saya ramai yang kena. Bermula dengan arwah datuk. Arwah datuk kena cancer kolon, arwah nenek pula cancer gusi sebab banyak makan sireh dan pinang. Arwah mek ( ibu) ? Cancer saraf, arwah makcik( adik ibu saya) meninggal disebabkan oleh  Cancer spleen. Yang 'survive' ialah makcik bongsu ( adik arwah ibu) disahkan menghidap Cancer pangkal hidung.. Alhamdulillah beliau survive selepas 4-5kali menjalani sessi kemoterapi.

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, saya pun check sekali cancer maker (CEA) dan Alhamdulillah.. bacaannya normal. Tapi saya tetap berdoa minta tuhan hindari  dari penyakit ini.

Okey itu saja report blood test saya untuk semester ni. Lagi 6 bulan kita check lagi.

Saturday, 8 February 2020

Janganlah Cepat Melatah


Dalam kehidupan seharian, tekanan merupakan satu perkara yang lumrah dan ia juga sebahagian daripada kehidupan itu sendiri. Semakin kita menuju ke alam dewasa semakin tinggi tahap tekanan yang bakal kita tempuhi seolah-olah tekanan itu turut sama 'membesar' sejajar dengan tahap perkembangan kehidupan kita.
Sewaktu kita di zaman kanak-kanak, kita hanya menghadapi tekanan yang sedikit. Kita mungkin tertekan dengan kerja sekolah yang banyak, aktiviti kokorikulum dan kelas tuisyen.
Tetapi apabila kita menginjak ke alam dewasa, tekanan mula datang dari pelbagai arah. Kita akan menghadapi bebanan tugas di tempat kerja, sikap segelintir rakan sekerja yang suka membawang dan mengadu domba, serta kerenah suami, isteri dan anak-anak. Itu belum dikira lagi dengan masalah peribadi seperti penyakit kronik yang dialami, masalah kewangan dan kos sara hidup yang meningkat sepanjang tahun.
Jika tekanan yang diterima ini tidak diatasi melalui cara dan saluran yang betul, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kecelaruan emosi dan personaliti. Seterusnya ia akan mempengaruhi tindakan atau 'bahavior'.
Inilah yang terjadi kepada kes yang viral beberapa hari lepas. Ramai yang tidak tahu yang si dia itu sebenarnya sedang 'sakit'. Dia sedang mengalami tekanan hidup yang berat sehingga membuatkan dia terjerumus ke satu tahap yang dipanggil 'depressi'.
Masalah depressi ini bukanlah masalah baru. Kajian Kesihatan Mental Kebangsaan pada tahun 2017 menunjukkan sekurang-kurangnya 1 daripada 10 anak muda akan mengalami masalah depressi.
Jadi, dalam kes yang viral beberapa hari lalu, abam rasa kita sepatutnya bersimpati dengan si dia. Disebabkan dia 'depress' lah dia berkelakuan begitu sehingga bertindak dengan menendang kon dan meludah penguatkuasa yang cuba menunda keretanya.
Dia sudah terlalu berat dan penat menanggung beban, insiden penundaan kereta itu hanyalah sebagai satu 'trigger' untuk dia melepaskan apa yang dipendam selama ini. Mengapa abam kata begitu? Jawapannya ialah masakan seorang individu yang berpelajaran sanggup memalukan diri sendiri. Seorang lecturer yang waras tidak akan berkelakuan sedemikian. Malah orang biasa pun tak akan bertindak seperti itu. Paling koman pun kita akan ikut penguatkuasa tu ke Majlis Daerah atau Majlis perbandaran dan bayar denda. Tapi apabila kita dalam keadaan tertekan sehingga tahap depressi, kita tidak dapat lagi mengawal keadaan lalu bertindak seperti yang dilakukan oleh si dia itu.
Nasihat abam, kita sebagai netizen yang tak tahu apa-apa ni janganlah cepat melatah. Sebolehnya cuba fahami dulu masalah yang dia sedang alami bukannya terus menjadi hakim dan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa. Kesian dia..

Sunday, 2 February 2020

Ada Syarat baru pula ke untuk mendapatkan tajaan SOCSO/PERKESO bagi rawatan Haemodialysis?



Hari ini ada terbaca berita dari akhbar The Star yang bertajuk “Stricter rules for dialysis aid Socso: Patients must meet criteria toqualify’. Dalam artikel tersebut pihak Kesatuan Sekerja (MTUC) dan MCA mempertikaikan syarat baru yang dikenakan oleh pihak SOCSO/PERKESO sewaktu membuat keputusan sama ada untuk meluluskan atau menolak permohonan peskit yang menghidap penyakit kegagalan buah pinggang kronik (ESRF) dan memerlukan rawatan haemodialisis.

Sebagai Pengurus di sebuah pusat haemodialisis, abam dah lama berurusan dengan pihak PERKESO/ SOCSO berkenaan permohonan pesakit abam yang ingin mendapatkan tajaan PERKESO. Mengikut syarat lama, setiap pesakit yang disahkan menghidap penyakit kegagalan buah pinggang kronik (ESRF) dan ingin memohon pembiayaan dari PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) atau juga dikenali sebagai SOCSO, pesakit itu perlu memenuhi syarat-syarat ini.

i)                    Pesakit pernah mencarum dengan PERKESO selama dua tahun atau lebih. Untuk mereka yang mencarum dengan PERKESO selama dua tahun atau lebih, layak mendapat bantuan rawatan haemodialisis sebanyak 13 atau 14 kali sebulan dan suntikan Ereitropoitin (EPO) sebanyak RM240 sebulan.
ii)                   Jika pesakit mencarum melebihi 40 bulan atau tiga tahun tiga bulan, beliau layak untuk memohon tajaan rawatan haemodialisis dan suntikan EPO berserta dengan pencen bulanan. Biasanya pencen bulanan ini dibayar separuh dari gaji pokok. Misalnya gaji pesakit sekarang ialah RM1,200, jadi beliau layak untuk mendapat pencen bulanan sebanyak RM600 atau lebih. (bergantung pada kiraan pihak PERKESO, pergi ke pejabat PERKESO dan tanya, mereka ada jadual dan formula bagaiman nak kira).
iii)                 Syarat ini hanya tertakluk jika umur pesakit yang disahkan mengidap penyakit kegagalan buah pinggang kronik (ESRF) itu berumur kurang dari 60 tahun. Jika umur pesakit itu dah cecah 61 tahun dan dia kemudiannya disahkan menghidap penyakit kegagalan buah pinggang kronok dan perlu menjalani rawatan haemodialisis, kira pesakit ini tidak layak.

 Syarat-syarat ini sebenarnya dah lama dah diguna pakai  oleh pihak PERKESO dan ia masih ‘valid’ sehingga ke hari ini. Tapi abam ‘confuse’ sekejap bila baca berita ni pada hari ini (Ahad 2 Februari 2020). 

Kenapa kes ni ditimbulkan oleh pihak Kesatuan Sekerja (MTUC) dan MCA. Adakah untuk menambahkan lagi kekeliruan masyarakat atau sekadar nak cari publisiti percuma?

Deepavali 2024

Setiap tahun mesti datang beraya rumah Aci ni sebab dulu Aci ni berjiran dengan mak mertua saya masa mereka sama-sama tinggal du kuarters JK...