Saturday, 20 July 2019

KENALI STRESS SEBELUM IA MENGUASAI DIRI..


Tekanan juga dikenali sebagai stres. Iaitu satu reaksi tubuh badan (fizikal), pemikiran dan emosi serta tingkahlaku yang berlaku akibat dari sebarang perubahan persekitaran yang mendesak seseorang itu melakukan proses penyesuaian.

Apabila seseorang itu mengalami stress, ketiga-tiga fungsi ini akan terjejas. Individu ini akan mengalami atau merasai ketegangan otot. tidak bermaya dan letih. Degupan jantung juga menjadi cepat sewaktu mengalami situasi stress. Dalam kes-kes tertentu, individu ini juga mengalami sakit kepala tanpa sebab dan gejala 'hiperventilation'.

Dari segi tingkah laku pula, individu itu akan kelihatan panik dan lebih suka menyendiri. Manakala dari segi psikologi, dia akan menjadi cepat marah, resah gelisah dan sukar untuk melelapkan mata. Jika stress yang dialami itu terlalu berat untuk ditanggung, individu tadi juga akan cenderung untuk cepat sensitif dan mudah menangis.

Tekanan boleh memberi kesan positif dan juga kesan negatif. Jika tekanan itu mendorong seseorang untuk berjaya dan menyiapkan tugasannya dengan sempurna,ia dipanggil tekanan positif. Namun jika tekanan itu membebankan, maka ia akan memberikan kesan yang tidak baik kepada individu tersebut.

Terdapat perbezaan ketara di kalangan seseorang dengan seorang yang lain sewaktu melakukan proses penyesuaian terhadap tekanan. Ada individu yang mampu dan berjaya menghadapinya, dan ada yang tewas.

Pada tahap tertentu, tekanan akan mengganggu dan membebankan pemikiran dan kestabilan emosi kita dan saeterusnya membebankan kita. Bebanan atau tekanan emosi ini jika tidak ditangani atau dikawal dengan baik akan mendatangkan kecelaruan dan ketidakselesaan. Lama kelamaan ia akan mengganggu kesihatan mental dan emosi dan membuatkan individu tersebut mengalami kecelaruan personaliti. Jika dibiarkan berterusan, ia boleh menyumbang kepada masalah mental yang lebih serius.

Mengikut falsafah islam, manusia terdiri daripada tiga unsur utama ialaitu perasaan, jiwa dan nafsu. Sekiranya ketiga-tiga unsur tersebut mengalami gangguan, maka ia seterusnya akan mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan individu tersebut.

Mengikut kaedah islam, proses menangani masalah stress ini adalah secara kerohanian iaitu dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran, mendirikan solat, berzikir dan mengamalkan doa-doa lazim dan khusus. Kita juga digalakkan untuk sentiasa melakukan amar maa’ruf (perkara kebaikanan ) supaya hati menjadi lebih tenang.

Majoriti kes tekanan atau stress  berjaya diatasi dengan jayanya jika kita kembali kepada fitrah dan menepati syariat Islam. Jika hati dan pemikiran kita sentiasa bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada Allah SWT, maka diri kita akan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya dalam menangani tekanan yang dialami. Sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku.” (surah al-Fajr, ayat 27-30).

#usryabdullah.blogspot.com/p/blog-page_0.html
#VitaHibridOne
#10kebaikandalam1tablet

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...