Saturday, 20 July 2019

HATERS...


Haters ialah seorang individu yang tidak suka atau tidak senang melihat orang lain bahagia. Lantaran itu dia akan cuba mencari kesilapan atau kekurangan orang yang dibenci itu.
Haters ini wujud di sekitar kita dan biasanya mereka ini hidup berhampiran dengan kita. Boleh jadi di kampung kita, atau di pejabat tempat kita bekerja. Tetapi bagi mereka yang bertaraf bintang atau 'public figure' haters wujud di mana-mana.

Istilah ini ialah istilah baru dan ia muncul seiring dengan perkembangan media sosial seperti Facebook, twitter dan sebagainya. Apabila media sosial semakin berkembang, setiap orang merasakan dirinya bijak pandai dan berhak memberi pendapat walaupun dia sebenarnya seorang yang 'tidak cerdik'. Tetapi disebabkan merasa dirinya selamat dan identitinya terlindung di sebalik nama samaran di media sosial, dia bebas melontarkan kata-katanya yang pedas, terutamanya kepada orang yang dia tidak suka. 

Mengapa mereka suka menjadi haters? 

Salah satu dari sebabnya ialah kerana mereka ini adalah seorang yang gagal dan kecewa. Orang yang berjaya tidak pernah merasa iri hati dengan kebahagiaan orang lain. Tetapi orang yang gagal akan merasa tidak puas hati melihat rakannya yang lain berjaya melebihi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya. Oleh itu dia ingin merebut kebahagiaan rakannya itu dengan cara menebar rasa benci. Dia rajin 'stalking' media sosial rakan yang dibencinya itu dan mencari ruang untuk menjatuhkannya.


Haters membenci seseorang itu kerana dia ingin memiliki seperti mana yang dimiliki oleh individu yang dia bencinya tadi. Mereka sangat mengingini apa yang rakannya miliki seperti kejayaan, kehidupan, keluarga, malah apa yang rakannya miliki saat ini dia juga ingin menikmatinya. Namun, di sebabkan dia gagal memperolehi sepertimana yang dinikmati oleh rakan atau kawannya tadi, dia mula menanam perasaan benci terhadap rakannya itu. 

Yang terakhir ialah kerana dia memang memiliki hati yang busuk. Orang yang busuk hati ni akan jelas tertanam sifat iri dari dalam dirinya. Dia merasakan kita tidak layak mendapat atau menikmati apa yang kita miliki sekarang. Dia akan berusaha mencari kelemahan dan kekurangan dari kita dan mencari pengaruh untuk membeci kita.

Kawan, sebagaimana yang pernah dilontarkan dalam entri terdahulu, walau seberapa baik sekali pun kita dalam suatu perkara, pasti akan ada orang yang akan membenci dan mencari kekurangan kita. Haters akan tetap bahagia menjadi pembenci diri kita. Oleh itu, jangan pedulikan mereka. Teruskan perjalanan kita menuju matlamat yang diingini dan biarkan mereka terus 'meroyan' sendiri.

#usryabdullah.blogspot.com
#noriecare #VitaHibridOne #10kebaikandalam1tablet

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...