Ramai mengatakan perhimpunan ini berjaya dan dihadiri oleh 100,000 peserta. Dan ada pula pihak yang kata himpunan ini cuma menarik seramai 80,000 peserta saja. Walau berapa pun bilangan peserta yang hadir dalam perhimpunan itu, blog ini tidak mahu mengulas panjang. Malah saya juga tidak berminat untuk mengulas apa itu ICERD dan mengapa mereka berhimpun.
Sunday, 9 December 2018
Tuala dan air mineral laku keras di perhimpunan ICERD. Apa yang kita boleh pelajari?
Ramai mengatakan perhimpunan ini berjaya dan dihadiri oleh 100,000 peserta. Dan ada pula pihak yang kata himpunan ini cuma menarik seramai 80,000 peserta saja. Walau berapa pun bilangan peserta yang hadir dalam perhimpunan itu, blog ini tidak mahu mengulas panjang. Malah saya juga tidak berminat untuk mengulas apa itu ICERD dan mengapa mereka berhimpun.
Saturday, 17 November 2018
Jangan Peduli apa orang kata!
Saturday, 3 November 2018
Subsidi Petrol yang sedikit kontoversi
Ini adalah kerana dari segi nilai atau amaun subsidi yang diterima, kita dapati pemilik kereta menerima peruntukan subsidi yang lebih besar iaitu 100 liter petrol sedangkan pemilik motorsikal hanya menerima subsidi sebanyak 40 liter sahaja.
Sunday, 28 October 2018
Perubahan Teknologi dan Nasib Pemandu Teksi
Cabaran teknologi dan perubahan gaya hidup pengguna sentiasa membawa kesan besar terhadap rezeki sesetengah pihak dalam industri tertentu. Apa yang dulu dianggap stabil, hari ini boleh sahaja menjadi rapuh hanya kerana perubahan trend, permintaan pasaran, atau kehadiran teknologi baru.
Sebagai contoh, sekitar awal tahun 2000, kemunculan pasar raya berhawa dingin yang lebih selesa telah mengubah tabiat pengguna. Ramai yang mula meninggalkan kedai runcit persendirian serta pasar mini yang sudah sekian lama menjadi pilihan masyarakat setempat. Akibatnya, banyak perniagaan kecil ini terpaksa gulung tikar. Bukan kerana produk mereka tidak bagus, tetapi kerana pelanggan mula berubah arah.
Tahun 2012 pula menyaksikan gelombang baru, iaitu pembelian dalam talian. Dengan hanya beberapa klik di telefon pintar, pengguna kini tidak perlu lagi keluar rumah untuk berbelanja. Dari pakaian, makanan hinggalah ke barangan keperluan harian, semuanya boleh dibeli secara “online”. Fenomena ini memberikan tamparan hebat kepada para peniaga yang menyewa kiosk dan ruang niaga di pasar raya besar. Jualan semakin merosot, dan ramai mula kehilangan sumber pendapatan utama mereka.
Kini, fenomena yang sama sedang menimpa pemandu teksi.
Kemunculan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan GrabCar secara perlahan-lahan menghakis pendapatan mereka. Penumpang yang dahulunya setia dengan teksi kini lebih cenderung memilih perkhidmatan e-hailing yang lebih mudah diakses, lebih murah, dan lebih fleksibel. Akibatnya, ada pemandu teksi yang sebelum ini mampu memperoleh RM2,000 hingga RM3,000 sebulan, kini terpaksa berhempas pulas untuk menjana RM1,000 pun. Keluhan mereka semakin kedengaran.
Inilah realiti dunia hari ini.
Dari sehari ke sehari penumpang mereka dicuri oleh perkhidmatan UBER dan Grab Car. Jika sebelum ini ramai pemandu teksi boleh menjana pendapatan sekitar RM2,000 ke RM3,000 sebulan,kini untuk mendapatkan RM1,000 sebulan pun susah. Ramai pemandu teksi mula mengeluh dengan situasi ini.
Walaupun kadar tambang yang dikenakan oleh pemandu UBER dan Grab Car ini lebih rendah berbanding tambang teksi, pendapatan yang mereka perolehi adalah lebih lumayan berbanding pemandu teksi.
Adalah tidak adil jika hanya pemandu teksi saja yang perlu membayar insuran penumpang, mempunyai lesen membawa penumpang (PSV), membuat pemeriksaan kesihatan setiap kali ingin memperbaharui lesen PSV sedangkan peraturan atau undang-undang tersebut tidak dikenakan kepada pemandu UBER dan Grab Car. Jika undang-undang atau peraturan ini turut dikenakan kepada pemandu UBER atau Grab Car, ia akan menghasilkan suasana persaingan yang lebih seimbang.
Contohnya, sekarang ini, ramai penumpang suka menggunakan platform e- hailing sekiranya mereka ingin mendapatkan perkhidmatan pengangkutan jika ingin ke mana-mana. Oleh itu pemadu teksi juga perlu berada atau menggunakan platform e-hailing untuk mencari bakal penumpang mereka. Sebagaimana yang ditulis oleh Harper (2003) untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan, anda sepatutnya berada di mana bakal pelanggan anda berada, bukannya berniaga di tempat yang anda suka berniaga.
Begitu juga dengan pemandu teksi. Mereka tidak boleh lagi bergantung kepada cara konvensional iaitu dengan menunggu di perhentian teksi atau hentian bas semata-mata. Mereka mesti berada di tempat di mana bakal penumpang mereka berada. Iaitu di laman sosial dan platform e-hailing. Barulah mereka boleh bersaing dengan pemandu Grab atau Uber.
Sunday, 21 October 2018
Berbaloikah RM157.20 Setahun untuk caruman PERKESO?
Saturday, 6 October 2018
Jangan Anggap bencana itu sebagai balasan dari tuhanmu..
Sunday, 30 September 2018
Hikmah dari kegagalan
Monday, 24 September 2018
Kesan ketidak tentuan ekonomi kepada perniagaan
Social Comparison- Kesan kepada Mental dan emosi kita serta tips mengatasinya.
Isu social comparison ini sering berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini. Ia adalah penyakit senyap di zaman moden. Penyakit ini tidak...
-
Hidup kita akan lebih tenang sekiranya kita tidak terlalu ambil kisah dengan kehidupan orang lain kerana s etiap orang ada jalan cerita m...
-
Ujian setiap orang tidak sama. Ada yang diuji dengan masalah kewangan, ada yang diuji dengan masalah kesihatan dan pebagai bentuk ujian la...
-
Bila Kita cuba bandingkan hidup atau ingin jadi seperti orang lain, kita sebenarnya sedang mencuri bahagia sendiri Bila kita sibuk membandin...


.png)




