Friday, 10 May 2019

Penurunan OPR (kdar Interest) pertama di Malaysia. Baikkah untuk ekonomi?



Berita yang baik dan mungkin memberi sedikit kelegaan kepada sesetengah dari kita. Terutamanya kepada mereka yang ada loan peribadi dan loan bank. Di mana mereka yang ada loan bank akan mendapat pengurangan dalam pembayaran bulanan. 

Contohnya jika sebelum ini kita bayar loan rumah sebanyak RM900 sebulan, tapi lepas ni kita cuma mungkin perlu bayar sekitar RM870 je sebulan.(ini contoh.. Pengiraan sebenar bergantung pada pihak bank).

Lagi? apa lagi kesan positif jika OPR ni turun? 

Kesan positif lain jika OPR ini diturunkan ialah:

Kadar inflasi pun sepatutnya akan turun. Jadi bila inflasi turun, kos sara hidup juga dijangka menurun. Hal ini  akan mejadikan kuasa beli pengguna meningkat sedikit berbanding sebelumnya kerana harga barangan dijangka turun sebagaimana turunnya kadar inflasi. Ini sekali gus megurangkan beban rak­yat.

Penurunan OPR ini akan merancakkan lagi penjualan hartanah kerana bila OPR ni turun, kadar faedah pinjaman akan turun. Ini memberi ruang kepada mereka yang sebelum ini berstatus 'tak layak' untuk buat pinjaman perumahan bertukar menjadi status 'layak'. 

Bukan saja kepada hartanah, malah jualan kenderaan juga dijangka akan meningkat berbanding sebelum ini sebab kadar faedah untuk pinjaman beli kereta juga akan jadi lebih rendah. Jadi salesman kereta juga boleh la senyum sikit sebab ramai orang dah mampu atau 'layak' untuk buat loan bank beli kereta baru bila OPR ini diturunkan nanti. Tambahan pula sekarang ni dekat nak raya. Mesti ramai yang tempah kereta baru untuk beraya.

Untuk tahu lebih lanjut tentang OPR ini, kalian boleh baca  dalam entri blog di sini:
https://usryabdullah.blogspot.com/2018/01/kenaikan-interest-opr-dan-kesannya.html?

Entri ini ditulis semasa OPR dinaikkan 2 tahun lepas. Sekarang korang boleh 'reverse' balik kesan ini dari kesan negatif kepada kesan positif.

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...