Saturday, 27 January 2018

Kenaikan Interest OPR dan kesannya kepada kita






Pada hari khamis, 25 januari 2018 yang lalu, Bank Negara telah mengumumkan untuk menaikkan kadar interest semalaman (OPR) dari 3.0 kepada 3.25%. Iaitu peningkatan sebanyak 0.25%.  


Mungkin ada yang tertaya-tanya apa kaitan kenaikkan kadar faedah semalaman (OPR) ini dengan kehidupan kita seharian. Jadi untuk entri kali ini kita cuba bincang apa itu Kadar faedah Semalaman (OPR) dan kesannya kepada kita sebagai pengguna.


Mula-mula kita kenali dulu apa itu kadar faedah semalaman  atau OPR ni.


Kadar faedah semalaman atau OPR adalah kadar faedah atau interest atau 'bunga' yang dikenakan  oleh bank bank perdagangan sewaktu mereka memberi pinjaman kepada bank lain.  

Contohnya begini, Setiap hari bank akan melakukan urus niaga. Katakan hari ini  ramai  orang 'masuk duit' ke dalam bank RHB,  Tapi pada hari yang sama,  orang tak ramai  datang untuk masuk duit' atau simpan duit mereka di May Bank.  

Nak dijadikan cerita,  ada pula seorang hamba Allah ni datang untuk apply atau uat loan dengan May Bank.  Lalu pengurus May Bbank tu pun tanya pegawai dia, cukup ke duit untuk bagi loan pada hamba Allah ini Dia nak pinjam duit dengan bank kita sebanyak RM100,000 untuk buat modal meniaga?

Pegawai itu pun bagi tahu.. "Duit kita tak cukup la boss".

Jadi untuk bagi loan pada hamba Allah tadi, Pengurus May Bank pun telefon kawannya di RHB Bank untuk pinjam duit dari  bank RHB. 

Pengurus RHB pun luluskan pinjaman kepada May Bank tadi berserta dengan interest. 

Inilah konsep interest semalaman.

Walaubagaimanapun, kadar interest ini dikawal oleh Bank Negara. Jadi Bank perdagangan tak boleh suka-suka nak menaikkan kadar OPR ni.  


Bila Bank negara mengambil keputusan untuk menaikkan kadar feadah semalaman (OPR) ini, secara otomatik bank perdagangan yang lain pun  turut menaikkan kadar faedah,  sama ada faedah pinjaman atau pun faedah simpanan


Apa kesannya kepada kita sebagai pengguna?

Kepada mereka yang  ada skim simpanan tetap, mereka bolehlah tersenyum sambil mengira untung sebab interest atau dividen yang akan dibayar oleh pihak bank akan semakin  tinggi berbanding tahun lepas. Jika tahun 2017 dulu , kadar interest untuk simpanan tetap cuma antara 3.0%  hingga 3.15%  je setahun sedangkan kadar  inflasi pula  antara 2.7%- 3%, jadi anda tak nampak pun untung dari simpanan tetap tu. Seolah-olah anda tak ada untung pun  sebab perolehan interest dari simpanan tetap tu sama je dengan kadar inflasi


Namun pada tahun ini, dengan kadar interest  telah naik kepada 3.25%, anda sudah boleh tersenyum gembira  sekiranya   anda mempunyai  nilai simpanan tetap sebanyak RM100,000 di bank perdagangan. Anda  bakal menikmati dividen/ interest sebanyak RM3,250 pada hujung tahun 2018 nanti.   Malah mungkin lebih tinggi dari itu kerana  ada sesetengah bank akan membayar  interest yang lebih tinggi jika anda menyimpan  duit dalam akaun simpanan tetap untuk tempoh  setahun. 


Bagaimana pula dengan pinjaman?


Sebagai peminjam pula, anda  terpaksa membayar lebih untuk membayar  faedah  pinjaman yang telah dibuat. Misalnya  saya sendiri sekarang ni ada membuat loan  rumah . saya dah buat loan ni dengan  RHB 10 tahun yang lalu.  Pada masa itu kadar faedah pinjaman yang ditawarkan kepada saya ialah 4% setahun dan saya perlu membayar ansuran bulanan sebayak RM800 sebulan. Tatapi apabila kadar faedah semalaman ini telah dinaikkan kepada 0.25% mata asas, saya mungkin kena bayar  lebih  untuk ansuran bulanan saya lepas ni. Bukan lagi RM800 sebulan tetapi mungkin RM830 sebulan atau lebih. Kita tunggu je la surat dari bank nanti.. Hihi 


Kepada anda yang baru  bercadang untuk membeli rumah, anda mungkin terpaksa mengira semula bajet anda  kerana harga rumah secara otomatiknya akan naik mengikut  kenaikan kadar faedah ini. Jika anda tidak bernasib baik, gaji anda cuma sukup-cukup lepas je masa minta loan rumah tempohari mungkin silap hari bulan pinjaman perumahan anda tidak diluluskan oleh pihak bank  bila  mereka revise balik dan dapati  komitmen  anda sudah melebihi  dari pendapatan yang anda perolehi.


Begitu juga kepada anda yang ada pinjaman kereta dan bercadang nak beli kereta ( Bagi yang fleksible rate). Pun lebih krang je dengan kes rumah yang kita bincang tadi. 

Apa pula kesan kepada golongan peniaga?

Kesan kenaikan interest semalaman atau OPR ini kepada peniaga kereta pula  nampaknya amat mendukacitakan. Katakan anda seorang penjual kereta. Jika tahun lepas jualan kereta di kedai  anda sudah merosot, bila OPR ini dinaikkan, lagi sekali anda ditimpa masalah kereta yang anda jual itu tak laku. 

Begitu juga dengan peniaga rumah atau sektor hartanah. Nampaknya lagi banyaklah rumah yang anda bina tak terjual. Sama ada disebabkan harga yang semakin naik atau sebab semakin ramai yang tak lepas untuk buat loan.

Ada lagi beberapa sektor yang terkena tempias ini seperti sektor peruncitan dan perladangan. Diharap  golongan terlibat lebih  bersedia dengan pelan pemasaran  yang agresif untuk sepanjang tahun ini.


Okey.. Itu saja untuk entri kali ini. Jumpa lagi di lain entri..

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...