Baru-baru ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam telah mencadangkan agar masa operasi di kebanyakan restoran mamak dihadkan keada 12 jam sahaja bukannya 24 jam seperti yang ada sekarang.
Beliau menegaskan sekiranya mendapat persetujuan dari pelbagai
pihak , tindakan ini akan membantu masyarakat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelakkan
peningkatan kes Diabetes dan obesiti di kalangan rakyat kita yang mana kedua-dua
penyakit ini banyak disumbangkan oleh
pengambilan minuman manis yang sinonim dengan
teh tarik dan makanan segera yang biasanya
dijual di kedai-kedai mamak di seluruh
negara.
Di samping dapat mengimbangi gaya hidup sihat, saranan untuk
menghadkan operasi kedai mamak ini dari 24 jam kepada 12 jam juga dapat mengurangkan masalah perebakan penyakit berjangkit terutamanya penyakit bawaan tikus, lipas dan
lalat. Dengan perlaksanaan langkah ini juga, ia dapat meningkatkan tahap kebersihan premis lain yang beroperasi berhampiran dengan restoran mamak.
Namun, Persatuan Pengusaha
Restoran Muslim Malaysia tidak berapa setuju
dengan cadangan ini. Ini adalah kerana di
Malaysia sekarang terdapat kira-kira 12,000 premis perniagaan yang
dimiliki oleh Persatuan pengusaha Restoran India Muslim dan mereka berjaya memperolehi pendapatan sekitar RM10 bilion setahun. Sekiranya
peraturan ini dikuatkuasakan, pendapatan
mereka akan terjejas.
Di samping itu,cadangan menghadkan waktu operasi 24 jam di restoran mamak ini juga bakal
menjejaskan pendapatan sesetangah
golongan peniaga kecil yang menumpang ‘ tempias’ dari kemeriahan kedai mamak. Misalnya, mereka yang berniaga burger, satey , nasi
lemak dan jagung bakar yang menumpang perniagaan mereka di sebelah atau berhampiran dengan kedai mamak pada waktu malam.
Kemeriahan pelanggan yang mengunjugi kedai mamak itu sedikit
sebanyak telah memberi ‘tempias ‘ kepada
golongan ini. Di samping pelanggan kedai
mamak menikmati teh tarik dan roti
canai, ada juga di kalangan mereka yang memesan burger, satey atau jagung bakar dari peniaga-peniaga jalanan
ini. Sekiranya operasi kedai mamak ini
dihadkan sehingga 12 jam sahaja, pendapatan peniaga kecil ini juga turut
terjejas.
Selain itu, kewujudan restoran mamak yang beroperasi selama 24
jam ini juga membantu mempromosikan banyak perkara yang
baik. Tanpa kewujudan restoran mamak yang beroperasi selama 24 jam seperti sekarang, ramai di kalangan
kita akan menghadapi kesulitan untuk bertemu dengan sahabat handai bagi bertukar
pendapat, berbincang berkenaan kontrak,dan mungkin juga idea perniagaan.
Dari segi sosial pula, kewujudan restoran mamak ini
mengelakkan gejala sosial terutamanya di kalangan pelajar, kebanyakan pelajar-lejar universiti atau kolej suka mengadakan perbincangan dan membuat tugasan
di kedai mamak kerana kebanyakan kedai mamak dilengkapi kemudahan wifi. Sekiranya kedai
mamak hanya beroperasi sehingga tengah
malam sahaja mungkin mereka akan ke rumah
rakan dengan lelaki dan perempuan bercampur tanpa diawasi. Ini mungkin membawa kepada masalah khalwat di
kalangan pelajar-pelajar tadi.
Dari apa yang dibincangkan ini, saya sendiri pun rasanya
tidak berapa setuju dengan cadangan ini. Alasan saya
ialah pertamanya adalah kerana masalah kesihatan dan obesiti seperti yang dinyatakan oleh Menteri kesihatan
itu tidak berapa kukuh untuk menyokong
usul beliau itu.
Menghadkan operasi restoran mamak dari 24 jam kepada 12 jam
sahaja belum tentu dapat mengurangkan
masalah obesiti dan Diabetes di kalangan rakyat Malaysia. Tabiat pemakanan tidak baik dalam kalangan masyarakat,
tabiat merokok dan pengambilan minuman beralkohol juga banyak menyumbnag kepada permasalahan ini dan ia tidak ada kaitan secara langsung dengan waktu operasi restoran mamak 24
jam.
Di samping itu, dengan menghadkan waktu operasi kedai mamak juga boleh menjejaskan industri
pelancongan. Negara kita memang terkenal
dengan syurga makanan dan pelancong yang datang kadang-kadang datang kerana tertarik dengan jenis makanan dan konsep kedai makan di negara kita.
Salah satunya ialah konsep restoran yang beroperasi selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Situasi ini tidak jarang di dadapti di negara lain terutamanya negara-negara Eropah. Oleh itu jika cadangan menghadkan waktu operasi 24 jam ini dilaksanakan, ia sedikit sebanyak akan menjejaskan industri pelancongan negara.
Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
Salah satunya ialah konsep restoran yang beroperasi selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Situasi ini tidak jarang di dadapti di negara lain terutamanya negara-negara Eropah. Oleh itu jika cadangan menghadkan waktu operasi 24 jam ini dilaksanakan, ia sedikit sebanyak akan menjejaskan industri pelancongan negara.
Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi di lain entri.
3 comments:
Sekadar cadangan beliau tidak semestinya dilaksanakan kalau ramai pihak yang tidak bersetuju.
Itulah seakan tak relevan pulak kedai mamak dikaitkan dengan masalah diabetes dan obesiti masyarakt Malaysia.
To me ok je 12 jam sehari tu. Tak menggalakkan budaya lepak waktu malam.
ada pro dan kontra dalam isu ini. Moga ada jalan terbaik untuk menyelesaikannya.
Post a Comment