Kali ini nak bercerita tentang anak yang masuk darjah satu.
Maklumlah, ibu bapa mana tak teruja teruja bila anak mereka mula memasuki ke alam persekolahan. Begitu juga dengan kami.
Disebabkan keterujaan itu, sebaik saja sekolah cuti akhir tahun bermula pada pertengahan bulan November 2017 yang lalu, isteri saya dah sebok mengajak saya pergi ke pusat beli belah untuk membeli pakaian sekolah.
"Tak nak bersesak di saat akhir", Itulah katanya bila saya menanyakan isteri mengapa dia membuat persiapan sekolah terlalu awal.
Saya pula risau takut-takut sikecil ni akan membesar lagi sebelum sekolah dibuka dan baju sekolah menjadi ketat. Tentu dia tak selesa memakainya bila sekolah dibuka nanti. Tapi itulah, naluri seorang ibu. Dia tahu setakat mana tahap tumbesaran anaknya.
Bila hari pertama sekolah dibuka, comel je tengok si kecil ni bergaya
dengan pakaian sekolah dia.
Sekolah tempat anak saya belajar masih mengekalkan konsep Dwi language Programme (DLP) dan kami pun memang bersetuju dengan konsep tersebut.
Saya rasa keputusan kerajaan untuk mengekalkan sistem DLP ni juga adalah satu keputusan yang tepat dan berpandangan jauh. Ini adalah kerana pada zaman kemajuan teknologi ini, kemahiran dan pengusaan berbahasa Inggeris amatlah dituntut.
Walaupun pada mulanya Bahasa Inggeris ini hanya diajar untuk mata pelajaran sains dan matematik sahaja, tetapi sekurang-kurangnya secara tidak langsung bila anak kita belajar kedua-dua subjek ini, ia dapat membantu anak kita memahami penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek tersebut.
Lagipun kita semua tahu bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi
asas kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah
negara. Tanpa Sains dan matematik, inovasi dan penemuan baru tidak berlaku.. Dan kebanyakan maklumat berkenaan kedua-dua bidang
ini banyak ditulis dalam bahasa Inggeris.
Oleh itu sekiranya anak kita tidak mahir berbahasa Inggeris, pasti dia akan ketinggalan. Terutamanya apabila dia menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi nanti (IPTA atau IPTS). Di saat itulah dia akan tahu betapa berutungnya dia belajar kedua-dua subjek tadi dalam bahasa Inggeris semasa di bangku sekolah dulu.
Begitu juga apabila anak kita sudah menamatkan pengajian dan memasuki alam pekerjaan. Kebanyakan syarikat besar atau Multitnational (MNC) memerlukan pekerja mereka mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, terutamanya pekerja yang berpangkat eksekutif dan pengurusan. Sekiranya anak kita tidak mahir berbahasa Inggeris, peluang untuk dia berkhidmat dengan syarikat-syarikat ini adalah tipis.
Oleh itu, kita perlu mendedahkan anak kita dengan bahasa Inggeris ini sedari awal lagi. Jika aspek DLP ini dimansuhkan, maka anak-anak kita tidak lagi berpeluang untuk mempelajari bahasa Inggeris kerana dalam seminggu mungkin beberapa jam saja subjek Bahasa Inggeris ini diajar di sekolah. Ini akan menyebabkan anak-anak kita ketinggalan.
Walaupun saya menyokong pengekalan DLP ini, tetapi ini tidak bermakna saya tidak mengakui akan kepentingan anak kita menguasai Bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan negara. Ia tetap diagungkan sampai bila-bila cuma dalam masa yang sama Bahasa Inggeris juga perlu dipelajari sama agar kita tidak tertinggal di belakang.
Sebagai penutup soretan kali ini, saya belanja satu lagi gambar sikecil saya untuk tatapan bersama
4 comments:
tahniah krna sudi memilih DLP. tp abe x pasti d sek mana ada sistem ni di Kelantan.
Di sekolah temapat anak ambo belajar memang praktis DLP.
Sekolah ni di Perak.
Bahasa Inggeris memang bahasa yg penting tanpa mengenepikan bahasa utama iaitu bahasa Melayu... Kalau dapat belajar bahasa Arab dan Bahasa Mandarin lagi bagus kan..
Setuju sangat. Tak salah jika kita tahu pelbagai bahasa. Senang untuk berkomunikasi
Post a Comment