Seminggu dua ini banyak berita
baik dilaporkan dalam akhbar tempatan berkenaan ekonomi negara. Berita yang agak menarik perhatian saya untuk
dimuatkan dalam entri kali ini ialah berkenaan berita kenaikan nilai ringgit. Ini adalah kerana ringgit Malaysia telah mengalami kejatuhan
sebanyak 23% bermula September 2016 sehingga penghujung tahun 2017.
Kejatuhan ini adalah kejatuhan
yang terburuk dan paling lama sepanjang lima tahun. Walaupun mata wang negara
membangun yang lain juga turut mengalami kejatuhan pada tahun 2017 yang lalu,
namun pestasi ringgit adalah yang terburuk di Asia .
Kejatuhan ringgit ini telah memberi kesan
negatif kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada golongan peniaga mahupun golongan pengguna. Antara kesan yang paling ketara
diperbincangkan oleh majority rakyat kita pada tahun lepas ialah berkenaan
kenaikan kos sara hidup yang berterusan
akibat tekanan inflasi import.
Sebagaimana yang kita ketahui,
hampir 70% daripada barangan kegunaan harian adalah diimport dari luar negara
seperti. Antara barangan yang dimport termasuklah ikan, bawang, daging, tekstile, pakaian,
barangan elektronik, dan buah-buahan. Aktiviti mengimport ini memerlukan pertukaran
matawang asing dan kebiasaannya matawang yang digunakan ialah dollar US.
Oleh itu apabila ringgit kita jatuh
berbanding Dollar, harga barangan yang diimport akan menjadi semakin mahal
kerana pengimport kita terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan kuantiti
produk yang sama.
Sudah menjadi kebiasaan di mana pengimport tidak akan menanggung sebarang kerugian akibat dari kejatuan nilai ringgit
ini. Oleh itu mereka akan menjual barang
yang diimport tadi kepada pengguna
dengan harga yang lebih mahal dari sebelumnya.
Tetapi pada akhir tahun 2017 dan
sehingga artikel ini ditulis, nilai matawang negara dilaporkan telah meningkat secara perlahan-lahan. Sehingga kini ringgit Malaysia telah meningkat
sebanyak 10% berbanding tahun 2017.
Antara faktor yang menyokong
kenaikan ini ialah disebabkan oleh laporan pertumbuhan
ekonomi negara kasar (KDNK) dan peningkatan indeks perindustrian (IPI) yang
dikeluarkan oleh kerajaan pada hujung tahun 2017 yang lalu.
Untuk rekod, KDNK
negara telah mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6% pada tahun 2017 manakala nilai eksport pula tumbuh
dengan kadar purata 20.7% dan IPI mencatat pertumbuhan sebanyak 5.0%. Kenaikan
ini telah menyumbang kepada keyakinan pelabur untuk membeli semula ringgit dan
seterusnya menyebabkan nilai ringgit ke paras yang kita ada sekarang.
Sekiranya nilai ringgit ini berjaya mencatatkan
kenaikan secara berterusan ataupun kekal
di paras sekarang untuk tempoh enam bulan dari sekarang, sektor perniagaan dijangka akan kembali rancak
pada suku kedua tahun 2018 nanti.
Ketika itu pendapatan boleh guna rakyat akan kembali meningkat
berbanding sekarang kerana kenaikan
nilai ringgit ini akan membantu peniaga menjimatkan
kos oeprasi mereka terutamanya kos
mengimport barangan dari luar negara. Ini secara tidak langsung akan mendorong peniaga menjual produk yang diimport tadi dengan harga yang lebih murah.
Jika keadaan ini berkekalan, negara kita bakal kembali menjadi perhatian
kepada pelabur-pelabur asing untuk kembali
melabur di sini. Kedatangan mereka nanti
akan membuka peluang pekerjaan kepada
pnduduk dan seterusnya membantu mengurangkan kadar pengagguran. Sekali lagi ia memberi kesan postif kepada perbelanjaan
pengguna. Sementara peniaga juga akan turut menerima tempias positif ini.
Namun yang menjadi persoalan atau
tada tanya ialah adakah peningkatan nilai
ringgit yang berlaku semenjak dua menjak ini adalah bersandarkan kepada
faktor fundamental ekonomi negara yang semakin kukuh?
Adakah ringgit akan bergerak dan menepati sasaran
seperti mana yang dijangka oleh pakar ekonomi ? Atau kenaikan ini hanya bersifat
sementara dan ia adalah sebahagian daripada aktiviti speculator yang mengambil
kesempatan mengaut keuntungan sebelum menjelangnya
Pilihan Raya Umum ke 14?
Sama-sama kita tunggu perkembangan ini pada suku
kedua 2018 nanti.
3 comments:
Jika betul la RM meningkat berbanding dollar, memang bagus la utk ekonomi negara kita.....
Buat masa sekarang ringgit memang meningkat. Cuma kita tak tahu berapa lama situasi ini akan kekal. Jika ia kekal untuk tempoh 4-5 bulan, InsyaAllah ini satu berita gembira buat kita dan ekonomi kita akan kembali ke landasan sebenar.
Tetapi, jika ia kembali melorot ke tangga RM4.30 untuk 1USD, kita akan susah...
Saya memang kurang tahu bab nilai ringgit ni tapi pasal kenaikan harga barang tu memang dirasai juga.. mudah-mudahan nilai ringgit kita tak jatuh lagi.
Post a Comment