Thursday, 25 January 2018

Menghadkan operasi kedai mamak 24 jam dan kesannya kepada ekonomi dan sosial.





Baru-baru ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam telah  mencadangkan agar  masa operasi di kebanyakan restoran mamak dihadkan keada 12 jam sahaja bukannya 24 jam seperti yang ada sekarang.


Beliau menegaskan sekiranya mendapat persetujuan dari pelbagai pihak , tindakan ini akan membantu  masyarakat  Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelakkan peningkatan kes Diabetes dan obesiti di kalangan rakyat kita yang mana kedua-dua penyakit ini  banyak disumbangkan oleh pengambilan minuman manis  yang sinonim dengan teh  tarik dan makanan segera yang biasanya dijual di kedai-kedai  mamak di seluruh negara. 


Di samping dapat mengimbangi gaya hidup sihat, saranan untuk menghadkan operasi kedai mamak ini dari 24 jam kepada 12 jam  juga dapat mengurangkan  masalah perebakan penyakit  berjangkit  terutamanya penyakit bawaan tikus, lipas dan lalat. Dengan perlaksanaan langkah ini juga, ia dapat  meningkatkan tahap kebersihan  premis lain yang beroperasi  berhampiran dengan  restoran mamak. 


Namun,  Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia tidak berapa  setuju dengan cadangan ini.  Ini adalah kerana di Malaysia sekarang  terdapat  kira-kira 12,000 premis perniagaan yang dimiliki oleh Persatuan pengusaha Restoran India Muslim dan mereka berjaya memperolehi  pendapatan sekitar RM10 bilion setahun. Sekiranya  peraturan ini dikuatkuasakan, pendapatan mereka akan terjejas.



Di samping itu,cadangan menghadkan waktu  operasi 24 jam di restoran mamak ini juga bakal menjejaskan pendapatan  sesetangah golongan peniaga kecil yang menumpang ‘ tempias’  dari kemeriahan  kedai mamak.  Misalnya, mereka yang berniaga burger, satey , nasi lemak dan jagung bakar yang menumpang perniagaan mereka di sebelah atau berhampiran dengan kedai mamak pada waktu malam. 


Kemeriahan pelanggan yang mengunjugi kedai mamak itu sedikit sebanyak telah  memberi ‘tempias ‘ kepada golongan ini.  Di samping pelanggan kedai mamak menikmati teh  tarik dan roti canai, ada juga di kalangan mereka yang memesan burger, satey  atau jagung bakar dari peniaga-peniaga jalanan  ini. Sekiranya operasi kedai mamak ini dihadkan sehingga 12 jam sahaja, pendapatan peniaga kecil ini juga turut terjejas. 


Selain itu, kewujudan restoran mamak yang beroperasi selama 24 jam ini juga   membantu mempromosikan banyak perkara yang baik. Tanpa kewujudan restoran mamak yang beroperasi selama  24 jam seperti sekarang, ramai di kalangan kita akan menghadapi  kesulitan  untuk bertemu dengan sahabat handai bagi bertukar pendapat,  berbincang berkenaan kontrak,dan mungkin juga idea perniagaan.



Dari segi sosial pula, kewujudan restoran mamak ini mengelakkan gejala sosial terutamanya di kalangan pelajar,  kebanyakan pelajar-lejar universiti  atau kolej suka  mengadakan perbincangan dan membuat tugasan di kedai mamak kerana kebanyakan kedai mamak  dilengkapi kemudahan wifi. Sekiranya   kedai mamak hanya  beroperasi sehingga tengah malam sahaja mungkin  mereka akan ke rumah rakan dengan lelaki dan perempuan bercampur tanpa diawasi.  Ini  mungkin membawa kepada masalah khalwat di kalangan pelajar-pelajar tadi.


Dari apa yang dibincangkan ini, saya sendiri pun rasanya tidak berapa setuju dengan cadangan ini. Alasan saya ialah pertamanya adalah kerana masalah kesihatan dan obesiti  seperti yang dinyatakan oleh Menteri kesihatan itu  tidak berapa kukuh untuk menyokong usul beliau itu. 


Menghadkan operasi restoran mamak dari 24 jam kepada 12 jam sahaja  belum tentu dapat mengurangkan masalah  obesiti dan  Diabetes di kalangan rakyat Malaysia. Tabiat  pemakanan tidak baik dalam kalangan masyarakat, tabiat merokok  dan pengambilan  minuman beralkohol  juga banyak menyumbnag kepada permasalahan  ini dan ia tidak ada kaitan secara langsung dengan waktu operasi restoran mamak 24 jam. 


Di samping itu, dengan menghadkan waktu operasi kedai mamak  juga boleh menjejaskan industri pelancongan.  Negara kita memang terkenal dengan syurga makanan dan pelancong yang datang kadang-kadang datang  kerana  tertarik dengan jenis makanan  dan konsep kedai makan di negara kita. 

Salah satunya ialah konsep restoran  yang beroperasi selama 24 jam sehari  dan  7 hari seminggu.  Situasi ini tidak jarang  di dadapti di negara lain terutamanya negara-negara  Eropah.  Oleh itu jika cadangan menghadkan waktu operasi 24 jam ini dilaksanakan, ia sedikit sebanyak akan menjejaskan industri pelancongan negara.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi di lain entri.

3 comments:

Mrs. A said...

Sekadar cadangan beliau tidak semestinya dilaksanakan kalau ramai pihak yang tidak bersetuju.

Itulah seakan tak relevan pulak kedai mamak dikaitkan dengan masalah diabetes dan obesiti masyarakt Malaysia.

ai said...

To me ok je 12 jam sehari tu. Tak menggalakkan budaya lepak waktu malam.

usryabdullah said...

ada pro dan kontra dalam isu ini. Moga ada jalan terbaik untuk menyelesaikannya.

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...