Ramai di kalangan kita yang berusaha siang malam untuk
meningkatkan kekayaan dan mengubah tarap hidup daripada kehidupan yang biasa-biasa
kepada yang lebih baik.
Tak kurang juga yang mengambil jalan mudah untuk mengubah hidup mereka dengan mengikuti program motivasi dan keusahawanan demi untuk mencari strategi bagaimana untuk berjaya dalam hidup.
Namun apa yang didapati ialah masih ramai yang masih berada di takuk lama.

Akan tetapi mereka masih juga mencuba tanpa menyedari yang
modal atau wang yang dilaburkan untuk mengikuti program motivasi atau
keusahawanan itu sudah terlalu banyak dihabiskan tetapi hasil yang diperolehi adalah tidak
seperti yang diharapkan. Hidup mereka masih lagi di tahap yang sama malah ada yang
semakin teruk. Lalu cara yang paling mudah untuk menutup kelemahan dan meredakan
kekecewaan ini ialah dengan mencipta alasan. Termasuk menyalahkan kepada
takdir.
Kawan, dalam usaha mencari rezeki, kita kadang-kadang terlupa
bahawa kekuatan dalaman juga merupakan satu
daripada elemen yang boleh mempengaruhi tahap pemikiran dan bagaimana
untuk bertindakbalas dalam situasi seharian.
Kekuatan dalamanlah yang akan menentukan sikap kita terhadap
persekitaran atau peristiwa yang kita lalui setiap hari. Namun ramai yang mengabaikan perihal perkara
ini.
Konsep kekuatan dalaman ini telah dibangunkan oleh seorang
ahli psikologi yang bernama Julian Rotter pada tahun 1950-an. Menurut Rotter, persepsi dan tindakan seseorang itu ditentukam oleh lokus kawalan
mereka sendiri.
Mereka yang mempunyai lokus kawalan yang tinggi percaya bahawa mereka dapat mengawal nasib mereka sendiri. Mereka cenderung untuk menyakini bahawa kemahiran, keupayaan dan usaha mereka sendiri bakal menentukan sebahagian besar kehidupan mereka. Sebaliknya, orang dengan lokus yang rendah pula percaya bahawa kehidupan mereka kebanyakannya ditentukan oleh sumber-sumber luaran seperti nasib, peluang atau sumber lain yang mempunyai kuasa.

Akhir-akhir ini, dunia telah
mengiktiraf akan kepentingan kekuatan spritial atau kekuatan dalaman ini.
Ini adalah kerana kekuatan intelektual
dan kekuatan fizikal semata-mata tidak lagi dapat menjamin seseorang itu
mencapai kejayaan dalam hidupnya.
Walaupun seseorang itu mempunyai kekuatan intelaktual dan fizikal, tetapi jika kekuatan dalaman atau rohaninya lemah, dia cepat menjadi panik dan gagal untuk menganalisa situasi yang sedang dia hadapi, ini seterusnya merencatkan proses mencari jalan penyelesaian dan membuat timbang tara setiap solusi yang bakal dipilih. Akhirnya, usaha atau tindak balas yang dilakukan itu tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Sebaliknya, jika kekuatan spiritual atau dalaman seseorang
itu tinggi, dia akan melihat kehidupan ini sebagai suatu yang mudah. Apa
saja peristiwa atau insiden yang dihadapi,
dia dapat menerimanya dengan tenang dan menganggap ia sebagai peluang untuk
merubah diri.
Mengikut perspektif islam, Kecerdasan ruhaniah atau
spiritual ialah kekuatan dalaman manusia yang berpunca daripada roh,
hati,perasaan, jiwa, keimanan yang mendalam, amalan yang istiqamah berlandaskan
syariat Allah SWT dan akhlak yang terpuji serta mampu menghayati kehidupan
dengan penyesuaian terhadap persekitaran.
Lantaran itu, salah satu cara untuk mentabilkan emosi dan
spiritual ini, kita disarankan supaya menjaga minda dan hati dengan sebaiknya. Dan
dalam masa yang sama, amalan-amalan kerohanian perlu dijadikan amalan dalam kehidupan
kita seharian.
Bagi kita yang muslim, salah satu cara yang
disarankan oleh agama untuk membangunkan kekuatan spiritual ialah
dengan meningkatkan ibadah seperti memperbanyakkan ibadah malam atau dengan mengerjakan solat malam dan solat witir.
sarnan ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W Yang bermaksud, “Dirikanlah solat malam, kerana ia merupakan kebiasaan orang-orang sholeh sebelum kalian. Solat malam adalah bentuk pendekatan kepada Allah yang dapat menghapus dosa dan kesalahan serta mengusir penyakit dari badan.” (HR. Tirmizi).

4 comments:
Ye, apapun kena kuat dalam apapun situasi yang berlaku.Apatah lagi menghadapi sesuatu yang buruk berlaku
jika kita tidak kuat, setiap tindakan akan jadi sia-sia dan tidak tentu arah.
singgah sini jap... nice sharing
Terima kasih.. Sekadar berkongsi ilmu.
Post a Comment