TERTEKAN dengan kerja sekolah yang banyak menyebabkan
seorang pelajar menggantung diri dalam bilik air rumahnya beberapa minggu yang
lalu.
Sebelum ini pada 14 Mei 2019 yang lalu, kita dikejutkan dengan berita
seorang remaja perempuan berusia 16 tahun membunuh diri dengan terjun dari
bangunan selepas membuat undian secara langsung di laman Instagramnya .
Keputusan undian itu memperoleh keputusan 69 peratus menyokongnya supaya
membunuh diri.
Kedua-dua kes yang disebutkan tadi berlaku disebabkan oleh tertekan atau dalam Bahasa mediknya , gejala
depresi!
Kajian menunjukkan satu daripada lima anak muda di Malaysia mengalami kemurungan, manakala
satu daripada 10 remaja pula berhadapan dengan masalah tekanan perasaan. Statistik ini membuktikan bahawa isu
kesihatan mental di Malaysia, khususnya dalam kalangan anak muda begitu serius
dan perlu ditangani secara berkesan oleh semua pihak.
Menurut Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Tan Sri
Lee Lam Thye, depresi atau kemurungan bakal menjadi penyakit kesihatan mental
utama yang akan dialami oleh rakyat Malaysia menjelang tahun depan ( tahun 2020)
susulan semakin ramai yang dijangka mengalami stress. Sama ada disebabkan oleh
tekanan kerja atau pun masalah keluarga.
Apa itu kemurungan ?
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang
menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan
ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia
berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja
tidak kira peringkat umur, jantina atau pun bangsa. Kemurungan ini juga boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan
atau ber tahun-tahun.
Bagi mereka yang mengalami kemurungan atau mungkin juga
terfikir untuk membunuh diri, terdapat beberapa alternatif yang boleh mereka
cari sebelum gejala ini semakin melarat. Sebagaimana yang pernah ditulis dalam
blog usryabdullah.blogspot.comhttps://usryabdullah.blogspot.com/2019/08/apa-nak-buat-jika-anda-mengalami.html beberapa minggu yang lalu, salah satu
daripadanya ialah dengan mencari tempat untuk meluahkan perasaan sama ada
sahabat, ibu bapa, atau guru kauseling. Jika anda masih tidak mempunyai solusi,
anda juga boleh menghubungi pihak NGO yang bernama Befrienders.
Selaku NGO yang berperanan sebagai sahabat, Befrienders menyediakan bantuan dengan cara mendengar
masalah dan memberi sokongan emosi kepada setiap individu yang menghubungi
mereka. Mereka mempunyai 110 orang sukarelawan yang terlatih yang bersedia untuk
memberi sokongan emosi kepada yang memerlukan melalui pendekatan ‘active
listening’ atau mendengar secara aktif .
Satu lagi NGO yang boleh dihubungi oleh mereka yang
mempunyai masalah kemurungan ini ialah Sneham Malaysia Welfare Association.
Pertubuhan ini boleh dihubungi melalui talian bebas tol 1800 22 5757. Mereka
juga bertindak atau berperanan dalam memberi
kaunseling dan sokongan emosi. Tetapi NGO ini lebih khusus kepada kaum India
kerana mereka berkomunikasi dalam Bahasa Tamil. Namun petugas mereka juga fasih
berbahasa Malaysia dan Inggeris.
Selain dari mengadu atau mencurahkan perasaan kepada pihak
yang berkenaan, individu yang mempunyai masalah kemurungan ini juga perlu
membantu diri sendiri. Antaranya ialah dengan menjaga pemakanan.
Pepatah Inggeris ada mengatakan “We are what we eat”. Ini menunjukkan bahawa amalan penagmbilan
makanan juga boleh mempengaruhi mood seseorang. Jika seseorang itu menjaga
pemakanan dan mengambil diet yang seimbang, ia dapat membantu menghindari diri
daripada stres. Dengan pengambilan diet yang seimbang, kesihatan yang baik
dapat dikekalkan di samping memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa
stabil. Pengambilan diet yang seimbang perlulah berdasarkan kepada piramid
makanan.
Kajian yang dilakukan oleh Harbottle (2019), mendapati
pengambilan makanan dan tahap tenaga dalam diri seseorang boleh mempengaruhi
masalah mental seseorang atau lebih dikenali sebagai ‘mood disorder’. Beberapa
kajian tentang jenis-jenis makanan telah dilakukan di mana hasil kajian
mendapati makanan tertentu boleh mempengaruhi mood seseorang, iaitu dengan merangsang fungsi neurotransmeter dan
seterusanya membuat perubahan dalam aktiviti otak kita.
Vitamin B12, asid
lemak (fatty acid) dan omega 3 misalnya perlu diambil dengan lebih kerap oleh
mereka yang mengalami depressi. Mengikut Payne (2010) dan Jacka et.al (2013), individu
yang mengalami masalah penyerapan vitamin
B12 ini cenderung untuk mengalami masalah depressi atau ketakutan melampau
(anxiety disorder). Oleh itu mereka menyarankan supaya individu tersebut
mengambil supplimen vitamin B12 mengikut saranan doctor.
Begitu juga dengan amalan mengambil supplimen yang mengandungi vitamin D. mengikut Payne (2010), mereka yang mengambil supplimen
yang mengandungi vitamin D ini mempunyai peluang lebih cerah untuk bebas dari
masalah depressi kerana vitamin D ini bertindak sebagai agen pemangkin dan
membantu penyerapan ubat anti depressi dengan lebih cepat berbanding mereka
yang tidak mengambil supplimen vitamin D.
Begitu juga dengan amalan pengambilan makanan tertentu yang boleh juga menyumbang kepada depressi dan
anxiety disorder. Pengambilan minuman yang mengandungi caffeine seperti kopi,
coklat, teh Tarik dan minuman cola pula berpotensi untuk merencatkan
penghasilan hormone serotonin (Harbottle,2019).
Umumnya, kadar normal serotonin di dalam darah ialah sekitar
101 hingga 283 nanogram per mililiter. Sekiranya kadar hormon ini berkurangan, maka individu
tersebut akan mengalami masalah mental disorder seperti susah tidur, gelisah,
hati tidak keruan dan rasa rendah diri dan ketakutan yang melampau.
Oleh itu, beliau menyarankan supaya mereka yang mengalami
masalah anxiety disorder dan kemurungan supaya mengelakkan diri dari mengambil
minuman berkafien secara berlebihan. Walaupun minuman berkaffein ini dapat
memberi tenaga segera kepada mereka yang meminumnya, tetapi pengambilan dalam
kuantiti yang kerap dan banyak boleh menyebabkan peminumnya mengalami masalah
darah tinggi, sukar tidur dan seterusnya menyumbang kepada symptom depressi
atau pun anxiety disorder.
Begitu juga dengan tabiat pengambilan alcohol secara
berlebihan. Tabiat ini juga boleh menyumbang kepada masalah depressi dan ‘anxiety
disorder’. Ini adalah kerana pengambilan
alcohol ini akan merencatkan penyerapan beberapa mikro nutrient dari makanan
yang kita makan seharian terutamanya
thiamin dan zink. Kekurangan dua zat atau mikro nutrient ini juga boleh
menyebabkan seseorang itu mengalami symptom dehidrasi dan mood disorder.
Kesimpulannya, selain dari mencari tempat untuk mengadu dan
menceritakan masalah, amalan pengambilan makanan juga penting untuk
mengurangkan risiko mengalami kemurungan. Terdapat beberapa makanan atau
supplimen yang baik untuk mengatasi masalah ini dan terdapat juga makanan atau
minuman yang menyumbang kepada perkara ini. Pokok pangkalnya terletak pada diri
sendiri. Tepuk dada tanya iman.
3 comments:
bila tiada iman di dada maka membunuh diri ialah pilihan terbaik bagi mereka. so sad...huhuhuhu
tepat sekali cikgu
Senaman pun bagus untuk kurangkan stress..berjalan laju pun dah bagus.
Post a Comment