Monday, 26 April 2021

PdPR datang Lagi...



Sesi pembelajaran selepas cuti Hari Raya Aidilfitri khabarnya akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah.

Menurut menteri pendidikan, ia adalah bertujuan untuk mengelak risiko jangkitan Covid-19 di sekolah selepas cuti sekolah bagi meraikan perayaan Aidilfitri yang dijadualkan pada 7 hingga 15 Mei bagi sekolah kumpulan A dan 8 sehingga 16 Mei bagi sekolah kumpulan B.

Selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal semula bermula 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B. Ini bermakna anak-anak kita akan berada di rumah selama sebulan lebih.
Seronok la 'bebudak' yang tak ada exam tahun ni, tapi kesian pula abam tengok pada mereka yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti peperiksaan SPM dan STPM. Ini kerana pembalajaran secara atas talian ni 'kurang effektif' berbanding pembelajaran secara bersemuka.

Pertamanya ialah kerana proses pembelajaran secara pdpr ini lebih kepada komunikasi sehala. Biasanya pihak guru akan memuat naik video pembelajaran dan kemudiannya akan dimuat turun oleh pelajar di rumah. Jadi abam rasa pasti ramai murid yang akan ketinggalan dalam pelajaran kerana mereka tidak berpeluang untuk bertanyakan soalan sekiranya ada 'part' yang mereka tidak faham. Di samping itu cikgu juga tidak boleh memberi bimbingan secara individu kepada mereka yang lambat 'pick up' ini berbanding sewaktu pembelajaran secara bersemuka di dalam bilik darjah.
Pdpr ini juga akan memberi kesukaran kepada pelajar yang tinggal di kawasan capaian internet yang lemah dan sering terganggu atau tergendala. Mereka akan mengalami masalah untuk 'download' video. Malah ada yang akan menghadapi kesukaran untuk 'access' kelas yang sedang berlangsung. Ini juga akan mengganggu interaksi di antara guru dan murid sewaktu sessi pembelajaran.

Penggunaan data internet juga tinggi terutamanya untuk memuat turun video serta audio semasa PdPR dilaksanakan. Ini sedikit sebanyak akan membebankan para ibu bapa yang berpendapatan rendah. Sudahlah untuk bajet makan setiap hari pun ada yang tidak mampu dan mengharap bantuan Baitulmal atau Pusat Zakat, kini mereka terpaksa pula mencari bajet tambahan untuk melanggan data internet bagi tujuan pdpr. Keadaan ini akan menambah beban, terutamanya kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai.

Berdasarkan kepada masalah yang disebutkan tadi, abam rasa pdpr ini tidak berapa bagus dan ia akan kembali menimbulkan kesulitan kepada pelajar dan ibu bapa berbanding kebaikan. Kesian cikgu, ibu bapa dan anak-anak sekolah. Pihak berwajib sepatutnya merangka SOP yang lebih berkesan untuk mengelakkan jangkitan Covid di sekolah berbanding melaksanakan pdpr.

Salam Ramadhan

27 April 2021

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...