Sunday, 11 April 2021

Tips untuk mendapat tidur yang berkualiti

Tidur juga merupakan satu keperluan untuk tubuh sebagaimana kita perlu kepada makanan. Kajian mendapati kualiti tidur dapat mempengaruhi mental dan fizikal seseorang.

Ketika kita tidur, badan kita akan mendapat rehat yang sebenar. Pada masa inilah tekanan darah kita akan kembali normal semula dan paras hormon yang berlebihan juga diseimbangkan secara semulajadi. Di samping itu, badan kita juga akan memperbaiki semula sel-sel tisu yang rosak semasa kita tidur.

Sebagai seorang manusia biasa yang normal, kita perlu tidur yang cukup iaitu di antara empat sehingga sepuluh jam pada setiap malam, bergantung kepada profesyen dan gaya hidup kita setiap hari. Contohnya, untuk orang kebanyakan seperti kita, tidur selama empat jam pada setiap malam sudah memadai tetapi untuk mereka yang bergelar ahli sukan, jumlah tidur selama empat jam masih tidak cukup. Mereka perlu tidur lebih dari itu, iaitu sembilan atau sepuluh jam pada setiap malam.

Walaupun tidur ini penting tetapi mengikut kajian, kebanyakan rakyat Malaysia hari ini mengalami masalah tidak cukup tidur. Masalah tidak cukup tidur ini amat merbahaya kerana ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan sama ada kesihatan fizikal ataupun masalah emosi.
Antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh mereka yang tidak cukup tidur ialah keletihan melampau, ketidak seimbangan emosi dan ketidak upayaan untuk berfikir secara logik dan waras. Malah ada dikalangan mereka yang mengalami kemalangan sama ada kemalangan di tempat kerja atau kemalangan jalan raya.

Oleh itu, cuba dapatkan tidur yang cukup pada setiap hari. Di sini ada empat tips untuk membantu anda mendapat tidur yang cukup pada setiap hari.

1. Cuba tidur pada waktu yang sama pada setiap malam.
Dengan mengamalkan tabiat tidur mengikut waktu yang ditetapkan pada setiap hari akan membantu tubuh kita mengatur jam dalaman badan secara optimum.
Mulai hari ini cuba pilih waktu tidur yang sesuai dengan rutin harian kita. Misalnya tetapkan waktu tidur anda pada setiap malam pada pukul 10 malam. Jadi pada hari berikutnya, apabila jam menunjukkan pukul 10 malam, jangan lakukan sebarang aktiviti sebaliknya bersedia untuk masuk tidur.
Apabila anda lakukan rutin ini pada setiap malam, lama-kelamaan badan anda akan serasi dengan jadual tidur yang ditetapkan itu dan tidak perlu dipaksa lagi.

2. Elakkan meminum mimunam berkafien dan merokok sebelum tidur.
Minuman berkefin akan mengganggu jadual tidur anda. Mengikut kajian, ada sesetengah individu tidak dapat tidur pada malam hari walupun dia meminum mimunam berkafein tadi pada sebelah petangnya. Justeru itu, jika anda ingin menjaga dan mengekalkan kualiti tidur yang baik, berhati-hatilah dengan minuman yang mengandungi kafien ini.
Begitu juga dengan tabiat merokok sebelum tidur. Tabiat ini juga mengganggu ‘biological clock’ yang telah anda setkan. Nikotin yang terkandung di dalam rokok akan menyebabkan badan terasa segar dan tidak mengantuk. Ini seterusnya menyebabkan anda sukar untuk tidur.

3. Rajinkan diri untuk bersenam
Hubungan antara senaman dan tidur telah didikaji oleh pakar perubatan sejak bertahun lamanya. Salah seorang pegkaji ialah Dr Abhinav Singh. Dalam kajian yang dilakukan, beliau dapati individu yang rajin bersenam akan memperolehi kualiti tidur extra sebanyak 45 minit sehingga satu jam pada sebelah malamnya (Abhinav Singh,2021).
Menurut beliau, apabila kita bersenam, bahan kimia seperti endorphin dan seritonin akan dibebaskan ke dalam salur darah. Kedua-dua hormon ini bertugas untuk membantu meningkatkan fungsi mood otak dan mengurangkan kemurungan. Jadi bila mood otak kita berada dalam situasi yang baik, ia menyebabkan kita sentiasa berasa tenang dan aman. Ini seterusnya memudahkan untuk kita melelapkan mata pada setiap malam.
Jadi sekiranya anda sukar untuk tidur atau sering mengalami masalah tidur, rajin-rajinlah melakukan senaman pada sebelah petangnya.

4. Elakkan makan sebelum tidur
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa individu yang makan pada lewat malam didapati lebih sukar untuk tidur berbanding individu yang makan awal.
Ini kerana apabila kita makan lewat pada setiap malam, sistem penghadaman terpaksa bekerja lebih keras sewaktu kita sedang tidur. Ini seterusnya mengganggu proses badan yang sepatutnya berehat pada waktu tersebut. Di samping itu, kajian juga mendapati Jika anda sering mengamalkan tabiat buruk ini, lama kelamaan bukan saja anda sukar untuk tidur tapi anda juga boleh mendapat masalah ‘heartburn’.
Untuk memudahkan anda melelapkan mata dan mendapat tidur yang berkualiti, ubah jadual makan malam anda sekeluarga. Jika selama ini anda gemar makan lewat pada setiap malam, cuba amalkan makan malam seawal yang mungkin. Seeloknya pada jam 7 malam atau bagi orang islam, waktu yang ideal ialah selepas menunaikan solat maghrib.

Selamat malam...

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...