Mungkin
ini berita yang tidak sedap dibaca oleh anda yang memiliki kereta Proton Wira. Ini
adalah kerana mengikut laporan akhbar The Star hari ini (5 April 2018), pihak
pengeluar alat ganti kenderaan atau lebih dikenali sebagai ‘vendor’ yang
mengeluarkan ‘spare part’ tidak lagi mengeluarkan komponen alat ganti untuk kenderaan berjenama ini. Langkah ini diambil kerana pihak pengeluar merasakan
ianya tidak berbaloi untuk mengeluarkan ‘spare part’ kereta ini memandangkan
model ini sudah ketinggalan.
Mana tak ketinggalan
zaman jika model kereta ini sudah hampir
25 tahun berada di dalam pasaran. Untuk makluman, model pertama kereta Wira ini
dikeluarkan oleh syarikat Proton pada tahun 1993 dulu. Masa tu saya baru saja tamat sekolah menengah.
Sekarang saya dah beristeri dan mempunyai tiga anak. Malahan anak sulung saya
pun dah masuk universiti.
Semasa
model kereta ini diperkenalkan, reka bentuknya amat cantik, kukuh dan ekslusif. Hanya mereka
yang berjawatan eksekutif atau golongan pertengahan saja yang mampu memakai
kereta ini.
Di
samping itu, kereta ini juga ‘mesra alam’. Istilah ‘mesra alam’ ini diguna
pakai kerana sekiranya kereta ini rosak dan pemiliknya tidak cukup duit untuk membeli ‘spare
part’ original dari pengeluar, biasanya pomen akan mengesyurkan supaya
menggantikannya dengana ‘spare part’ dari kereta model lain, terutamanya kereta
‘Mitshubishi’. Komponen atau ‘spare part’ ini juga banyak dijual di kedai-kedai
kereta potong.
Tapi sekarang
ini kereta jenama Mitshubishi juga sudah
tidak dikeluarkan lagi oleh pengilangnya kerana dah ‘expired’ atau sudah lama
berada di pasaran. Hampir 30 tahun gitu. Di kedai potong pun semakin sukar
untuk kita mendapatkan ‘spare part’ kereta Mitshubishi ini.
Jadi semakin
sukarlah pemilik kereta berjenama Wira ini mendapatkan alat ganti jika kereta mereka
rosak dan memerlukan penukaran alat ganti yang baru.
Fenomena kekurangan
‘spare part’ ini telah memberi kesan negatif
kepada mereka. Harga ‘spare part’ semakin mahal dan kenderaan mereka juga
menjadi kenderaan ‘wanted’ di kalangan pencuri kereta.
Mengikut
laporan Persatuan Insurans Malaysia (PIAM), tahun lalu saja sebanyak 654 buah
kereta berjenama Wira telah dicuri dan direlaikan/ leraikan komponennya untuk dijual kepada bengkel
kenderaan sebagai ‘spare part’. Boleh
dikatakan semua bahagian atau komponen kereta ini boleh dijadikan ‘ibu duit’
kepada pencuri kereta sekarang ini. Tak percaya, cuba tuan/puan tengok
ilustrasi di bawah:
Jika diperhatikan dalam ilustrasi di atas, boleh dikatakan kesemua bahagian atau komponen kereta ini berpotensi untuk dijadikan 'spare part'. Oleh itu,
kepada pemilik kereta berjenama Wira ini, anda perlu membuat perancangan awal.
Anda mempunyai dua pilihan, sama ada anda
menjualnya kepada mana-mana agen kereta terpakai atau anda boleh memakainya
sehingga lunyai. Tetapi anda perlu bersedia
menghadapi risiko kehilangan ‘spare part’ kereta anda atau risiko kehilangan ‘sebiji’ kereta sekaligus sekiranya nasib anda tidak berapa
baik sewaktu anda meninggalkannya di tempat parkir awam atau sewaktu anda leka membeli
ikan atau sayur di pasar tani dan pasar malam.
1 comment:
Kesianlah siapa yang masih guna Proton Wira. Peniaga tak nampak ni sebagai peluang ke? Permintaan spare part Proton Wira masih tinggi kan?
Post a Comment