Pernahkan
anda tiba-tiba merasa takut yang amat sangat tetapi anda tidak tahu apa yang
menyebabkan anda berperasaan sedemikian?
Pada
saat itu anda merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena bakal terjadi
kepada anda. Kesannya anda akan merasa gelisah setiap masa. Buat itu tak jadi,
pegang ini tak kena. Fikiran anda juga semacam tidak tenteram.
Jantung pula kerap berdebar-debar tanpa sebab. Kadang-kadang bila anda terlalu
risau, anda rasa seperti tidak cukup oksigen untuk bernafas dan anda rasa seperti
orang sedang kelemasan dan hendak pitam.
Jika anda
pernah mengalami persaan sedemikian, ketahuilah bahawa tanda-tada itu adalah symptom ketakut melampau atau dalam bahasa
perubatannya dipanggil General Anxity Disorder (GAD).
GAD ini adalah
salah satu daripada cabang atau kumpulan penyakit mental. Namun ia tidaklah
seteruk penyakit Schizopernia atau
kemurungan melampau. Tetapi jika symptom ketakutan melampau ini tidak dikawal
dari awal, ia boleh menyebabkan anda terjerumus ke peringakt seterusnya.
Mengikut
kajian Kementerian kesihatan Malaysia, dalam setiap sepuluh orang penduduk Malaysia
pada hari ini, empat orang daripada kita da mengalami satu masalah yang dinamakan masalah ketakutan
melampau. Manakala mengikut statistik tak rasmi, seramai 12 juta penduduk dunia
juga mengalami masalah kemurungan atau ketakutan melampau ini (The Star 15
April 2018).
Fobia disorder
ini merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Antara simptom ketakutan melampau ialah seperti dia berasa seperti diperhatikan. Kadang-kadang dia juga akan terfikir jika sesuatu yang buruk terjadi padanya. Ini akan membuatkan dia mula membataskan diri serta mengelak daripada bergaul atau bercakap dengan orang lain. Malah ada ketikanya akan menyebabkan dia tidak mahu keluar rumah walaupun untuk ke tempat kerja.
Orang yang menghadapi masalah ini juga sebenarnya sedar bahawa ketakutan yang dialaminya itu adalah keterlaluan dan dia juga sedar bahawa apa yang ditakuti itu juga sebenarnya tidak mungkin boleh berlaku. Namun
dia masih tidak berdaya untuk melawan perasaan takut tersebut. Tambahan pula jika dia terlalu memikirkan perkara tersebut secara keterlaluan dan dari sudut yang
terlalu ‘complecated’.
Jadi, sekiranya anda juga mula mengalami simptom ketakutan
melampau ini, eloklah anda berusaha merawatnya sewaktu ianya masih di peringkat
awal supaya keadaan tidak bertambah buruk.
Di sini kita bincang tiga kaedah bagaimana
untuk menangani masalah ini supaya ianya tidak berpanjangan menghantui kehidupan
anda.
1. Sentiasa mencatat di dalam diari
atau catatan harian
Kadang-kadang meluahkan perasaan
kepada rakan atau sahabat terasa sukar kerana kita tidak dapat membuat tafsiran
yang jelas tentang apa yang sedang kita rasai. Oleh itu apa yang masih terbuku di hati
atau bermain di minda kita itu masih belum terungkai sepenuhnya.
Salah satu dari cara alternatif yang
boleh anda lakukan ialah dengan menulis apa yang sedang anda rasakan pada ketika itu sama ada marah, takut, sedih, atau pun rasa
tak puas hati dengan keadaan sekitar atau kawan-kawan sekeliling dalam buku
catatan harian atau diari. Jika tidak boleh dihuraikan dengan tulisan, anda juga boleh menggambarkan melalui lukisan. Lakukan setiap hari dan setiap kali perasaan itu datang mengganggu anda.
Elakkan dari memuat naik status
atau ‘update’ perasaan anda di laman sosial seperti Facebook atau twitter,
kerana dibimbangi memberi kesan lain pula kepada anda apabila membaca
komen-komen atau respond dari rakan media anda. Silap-silap tindakan anda
memuat naik satus itu bukan mengurangkan
masalah, sebaliknya mengundang lebih masalah kerana anda terpaksa menepis dan
menjawab komen-komen dari rakan media anda.
Dengan menuliskan apa yang anda alami
itu anda akan merasa lebih lega dan
tenang kerana semuanya sudah dilepaskan. Di samping itu, tindakan ini anda juga akan membantu
anda menilai semula bahawa tidak semua hari yang anda lalui itu dipenuhi ketakutan
atau negative. Kadang-kadang ada juga peristiwa
positif yang anda tempuhi dalam hidup anda.
Dengan ini ia secara tidak langsung akan merangsang semangat
anda untuk mencipta hanya yang positif saja dalam diri anda bagi membolehkan
anda menulis perkara tersebut dalam buku harian anda itu. Ini sedikit sebanyak
akan membantu anda menyingkirkan perasaan negatif sedikit demi sedikit dalam
hidup anda.
2. Menikmati alam semulajadi
Kajian yang dilakukan oleh
Brighton and Sussex Medical School, mendapati jika anda melazimi mendengar suara alam selama 5 – 10 minit, ia mampu menyegaran minda dan fizikal kita.
Malah pengkaji dari institut tersebut
juga mendapati sekiranya pesakit yang
mengalami masalah depressi meluangkan masa berjalan-jalan selama beberapa minit di kawasan semulajadi yang mendamaikan, ia mampu
memberi ketenangan kepada minda dan tubuh beliau.
Dengan aktiviti berjalan sambil mendekatkan diri dengan
alam semula jadi atau rajin mendengar suara alam semulajadi juga mampu meransang minda bawah sedar untuk membantu anda mencari
jalan bagi mengatasi perasaan takut yang keterlaluan itu.
3. Mendekatkan diri dengan tuhan
Kepada anda yang beragama islam, solat adalah antara perkara mudah dan efisien untuk mengadu terus segala masalah kepada
Sang Pencipta.
Apabila bersolat, kita dapat berhubung secara terus dengan
Allah dan Allah sentiasa mendengar segala perkara yang kita keluhkan. Selesai solat, perbanyakkan zikir dan beristighfar. Insya-Allah diberikan ketenangan.
Kepada
mereka yang bukan beragama islam,
cuba-
cubalah merapatkan diri dengan tuhan mengikut amalan
agama
masing-masing. Ceritakan masalah yang sedang
anda hadapi kepada tuhan anda.
Di samping itu rajin-rajinlah membaca kitab suci kalian dan
pelajari
cara mengendalikan diri agar kehidupan
anda selalu tenang dan damai dalam kebenaran.
2 comments:
Saya ada seorang kawan mempunyai disorder begini. Dia selalunya berpeluh-peluh jika keresahan melampau antara tanda2 awal.
Memang agak sukar untuk melawan perasaan ini tapi dengan sokongan ahli keluarga dan orang tersayang, kebanyakan kes sebegini tidak berpanjangan.
Post a Comment