Thursday, 5 April 2018

Wira menjadi Top produk di kalangan Pencuri Kereta!





Mungkin ini berita yang tidak sedap dibaca oleh anda yang memiliki kereta Proton Wira. Ini adalah kerana mengikut laporan akhbar The Star hari ini (5 April 2018), pihak pengeluar alat ganti kenderaan atau lebih dikenali sebagai ‘vendor’ yang mengeluarkan ‘spare part’ tidak lagi mengeluarkan komponen alat ganti  untuk kenderaan berjenama ini.  Langkah ini diambil kerana pihak pengeluar merasakan ianya tidak berbaloi untuk mengeluarkan ‘spare part’ kereta ini memandangkan model ini sudah ketinggalan.

Mana tak ketinggalan zaman  jika model kereta ini sudah hampir 25 tahun berada di dalam pasaran. Untuk makluman, model pertama kereta Wira ini dikeluarkan oleh syarikat Proton pada  tahun 1993 dulu. Masa tu  saya baru saja tamat sekolah menengah. Sekarang saya dah beristeri dan mempunyai tiga anak. Malahan anak sulung saya pun dah masuk universiti.

Semasa model kereta ini diperkenalkan, reka bentuknya  amat cantik, kukuh dan ekslusif. Hanya mereka yang berjawatan eksekutif atau golongan pertengahan saja yang mampu memakai kereta ini.

Di samping itu, kereta ini juga ‘mesra alam’. Istilah ‘mesra alam’ ini diguna pakai kerana sekiranya kereta ini rosak dan  pemiliknya tidak cukup duit untuk membeli ‘spare part’ original dari pengeluar, biasanya pomen akan mengesyurkan supaya menggantikannya dengana ‘spare part’ dari kereta model lain, terutamanya kereta ‘Mitshubishi’. Komponen atau ‘spare part’ ini juga banyak dijual di kedai-kedai kereta potong.

Tapi sekarang ini kereta jenama Mitshubishi  juga sudah tidak dikeluarkan lagi oleh pengilangnya kerana dah ‘expired’ atau sudah lama berada di pasaran. Hampir 30 tahun gitu. Di kedai potong pun semakin sukar untuk kita mendapatkan ‘spare part’ kereta Mitshubishi ini.

Jadi semakin sukarlah pemilik kereta berjenama Wira ini  mendapatkan alat ganti jika kereta mereka rosak dan memerlukan penukaran alat ganti yang baru.

Fenomena kekurangan ‘spare part’  ini telah memberi kesan negatif kepada mereka. Harga ‘spare part’ semakin mahal dan kenderaan mereka juga menjadi kenderaan ‘wanted’ di kalangan pencuri kereta.  

Mengikut laporan Persatuan Insurans Malaysia (PIAM), tahun lalu saja sebanyak 654 buah kereta berjenama Wira telah dicuri dan direlaikan/ leraikan  komponennya untuk dijual kepada bengkel kenderaan sebagai ‘spare part’.  Boleh dikatakan semua bahagian atau komponen kereta ini boleh dijadikan ‘ibu duit’ kepada pencuri kereta sekarang ini. Tak percaya, cuba tuan/puan tengok ilustrasi di bawah:




Jika diperhatikan dalam ilustrasi di atas, boleh dikatakan kesemua bahagian atau komponen kereta ini berpotensi untuk dijadikan 'spare part'. Oleh itu, kepada pemilik kereta berjenama Wira ini, anda perlu membuat perancangan awal. 

Anda mempunyai dua pilihan, sama ada  anda menjualnya kepada mana-mana agen kereta terpakai atau anda boleh memakainya sehingga lunyai. Tetapi anda perlu bersedia menghadapi risiko kehilangan ‘spare part’ kereta anda  atau risiko kehilangan ‘sebiji’ kereta  sekaligus sekiranya nasib anda tidak berapa baik sewaktu anda meninggalkannya di tempat parkir awam atau sewaktu anda leka membeli ikan atau sayur di pasar tani dan pasar malam.

1 comment:

Ksjb said...

Kesianlah siapa yang masih guna Proton Wira. Peniaga tak nampak ni sebagai peluang ke? Permintaan spare part Proton Wira masih tinggi kan?

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...