Saturday, 25 September 2021
Ada hikmah yang tersembunyi disebalik setiap kejadian.
Friday, 24 September 2021
Tak perlulah kita nak jadi Juru Audit tak bertauliah.. Jaga diri sendiri sudah..
“Salah seorang dari kamu mampu untuk melihat kotoran kecil yang menempel di kelopak mata temannya, tapi lupa dengan batang kayu besar yang menutupi matanya sendiri”
.....
Pada hari ini, penyebaran fitnah dan membuka keaiban orang lain begitu berleluasa berbanding tahun 80an dan 90an dulu. Pada letika itu, jika seseorang ingin menyebar fitnah atau bercerita tentang keaiban seseorang, dia terpaksa bertandang dari rumah ke rumah untuk menjaja cerita.
Namun begitu, pada hari ini disebabkan oleh perkembangan teknologi, keaiban dan kesilapan orang semakin mudah untuk disebarkan. 'Makcik bawang' tidak perlu lagi bertandang dari rumah ke rumah, sebaliknya dia hanya perlu duduk di depan komputer kemudian menaip di papan kekunci. Dalam beberapa minit saja cerita fitnah atau keaiban seseorang itu pun tersebar di serata alam melalui medium Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter dan lain-lain.
Cuma abam begitu hairan kenapa orang kita ni cukup seronok bersembang mengenai keaiban orang lain sehingga lupa untuk mencari kekurangan diri sendiri. Sudah sempurnakah kita sehingga mampu menilai baik buruk orang?
Kenapa kita tidak fokus untuk memperbaiki diri sendiri?
Kenapa kita sebok sangat nak menjadi juru audit tak bergaji dengan mencari kesilapan dan kesalahan orang lain?
Tuhan masih memuliakan kita dengan menutup keaiban dan kejahatan kita tapi ini tidak bermakna kita bebas untuk mencari silap dan salah orang. Tidak kah kita ingat bahawa perbuatan itu sebenarnya boleh membawa kepada kehancuran hidup kita sendiri.
'What goes around comes around'. Hari ini kita seronok menjaja cerita orang. Bayangkan jika esok lusa kesalahan dan kesilapan kita pula didedahkan di khalayak ramai oleh orang lain. Pada ketika itu, sanggup lagikah untuk kita berjalan di atas muka bumi ini?
Nasihat abam, eloklah kita berhenti dari menjaja keburukan dan mencari kesilapan orang. Walaupun kita ini sudah cukup sempurna, terkenal dan ramai pengikut, itu tidak bermakna ia boleh dijadikan sebagai lesen untuk kita mencari silap dan menjaja keburukan orang. Belajarlah untuk menghormati 'privacy' orang. Dari kita sebok mencari silap dan menjaja keburukan orang, adalah lebih baik kita sebokkan dengan hal dan kehidupan kita sendiri.
Finally, di mahsyar kelak, kita tak sempat pun nak 'skodeng' apa yang orang sebelah sedang buat kerana kita sebok memikirkan masalah dan nasib sendiri. So, belajarlah untuk menjaga hal sendiri bermula dari sekarang. Jangan bila kita dah 'berpindah alam' baru ketika itu kita minta nak balik ke dunia untuk ubah diri. Ketika itu sudah terlambat dah..
-Dr.Abam
Tips hidup tenang
Thursday, 23 September 2021
Apa salahnya menangis jika ia boleh membuatkan kita rasa gembira
Wednesday, 22 September 2021
Tips menghilang perasaan sedih atau kecewa
Manusia adalah makhluk ciptaan tuhan yang kompleks di mana kita dianugerahkan satu keistmewaan iaitu akal dan perasaan yang pelbagai. Ada ketika kita gembira dan ada ketikanya pula kita akan merasa sedih. Inilah sifat semula jadi manusia.
Friday, 17 September 2021
Ketenangan dan Kejayaan dalam hidup
Thursday, 9 September 2021
Buang Sifat malas
Tuesday, 7 September 2021
Kemurungan di kalangan remaja sekolah
Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan keadaan kesihatan mental di kalangan remaja dan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini. Lebih-lebih lagi sewaktu musim pandemik sekarang. Ini disebabkan oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberatkan soal pencapaian dalam akademik sedangkan kaedah pembelajaran yang dilalui mereka adalah tidak kondusif.
Monday, 6 September 2021
Erti Bahagia bagi setiap orang berbeza..
Setiap orang mahukan BAHAGIA dan pelbagai cara dilakukan oleh mereka untuk mencari bahagia. Namun, ramai yang masih tak puas dengan apa yang mereka kecapi kerana katanya bahagia yang dicari itu tidak memenuhi tahap atau garisan yang ditetapkan.
Friday, 3 September 2021
Mulakan Langkah baru untuk berubah
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."(surah Ar-Ra'ad, ayat 11).
Jagalah hati untuk dapatkan minda yang sihat
Seorang ustaz pernah beritahu abam, katanya ibadah atau segala perbuatan yang kita lakukan akan dinilai bergantung kepada niat. Tanpa niat, ibadah atau amalan yang kita laksanakan itu tidak akan dinilai.
Antara Bawang dan Membawang
Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...
-
Bertemu kembali kita dalam perbincangan berkenaan persekitaran perniagaan. Sebelum ini kita telah mengetahui bahawa terdapat dua p...
-
Dalam dunia sekarang bermacam ragam manusia kita boleh jumpa. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercaya...
-
Dalam hidup ini terdapat banyak perkara yang berlawanan. Tinggi lawannya rendah, besar lawannya kecil, cantik lawannya hodoh, cerdik l...