Thursday, 23 September 2021

Apa salahnya menangis jika ia boleh membuatkan kita rasa gembira

 


Emosi adalah reaksi seseorang terhadap situasi tertentu. Sebagai manusia normal, kita akan menunjukkan atau melahirkan pelbagai jenis emosi mengikut situasi yang sedang kita alami.
Tahukah anda bahawa menangis juga termasuk dari salah satu bentuk emosi. Ia berlaku apabila kita berada dalam situasi tertentu seperti sedih,takut, sakit atau dalam situasi yang kita tidak selesa.
Mengikut Sains, apabila kita mengalami salah satu dari situasi yang abam sebutkan tadi, jantung kita akan menghantar isyarat ke otak untuk merangsang hormon yang tersimpan di dalam organ tertentu di dalam badan kita.
Hormon yang dirembeskan ini seterusnya akan mengubah fisiologi badan kita secara otomatik dan membuatkan tubuh kita bertindak balas terhadap keadaan atau situasi tadi sama ada ketawa, menangis atau marah.
Apabila kita berada dalam situasi sedih, otak akan merangsang kelenjar pituitri untuk menghasilkan hormon adrenokortikotropik. Hormon ini seterusnya memasuki salur darah dan mengalir ke seluruh tubuh kita.
Ketika inilah kita akan rasa pelbagai jenis emosi seperti kecewa, bosan, marah, benci, gelisah, takut, dan lain-lain lagi. Saling bercampur baur. Ketika itu juga kita kita mula rasa tertekan.
Jika kita biarkan perasaan sedih dan tekanan ini berterusan, ia akan mengganggu fungsi normal tubuh kita yang lain. DAN.. cara yang paling mudah untuk melepaskan semua perasaan dan tekanan ini ialah dengan MENANGIS!
Setelah selesai menangis, kita akan rasa tenang, nyaman dan lega...
Secara peribadi, abam amat menggalakkan untuk korang menangis. Menangislah selagi mahu ketika korang sedih atau tertekan asalkan tidak melampaui batas agam. Menangis adalah satu tindak balas yang positif kepasa kesedihan dan tekanan. Korang akan merasa lebih baik dari segi emosi, mental, dan juga rohani setelah selesai menangis.
Oleh itu jangan merasa malu untuk menangis...

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...