Wednesday, 22 September 2021

Tips menghilang perasaan sedih atau kecewa



Manusia adalah makhluk ciptaan tuhan yang kompleks di mana kita dianugerahkan satu keistmewaan iaitu akal dan perasaan yang pelbagai. Ada ketika kita gembira dan ada ketikanya pula kita akan merasa sedih. Inilah sifat semula jadi manusia.

Apabila sedih atau stres, minda dan jiwa kita menjadi celaru dan ada sesetengah individu mengalami 'bad mood'. Malah ada yang sampai ke tahap hilang semangat.
Ketika ini ramai di kalangan kita akan memilih untuk menyendiri, berkurung di dalam bilik atau pun melakukan perkara-perkara negatif yang lain seperti tidak mahu bercakap atau tidak mahu makan minum.
Sebelum perkara ini bertambah serius dan membawa anda masuk ke tahap seterusnya, iaitu kemurungan, di sini abam kongsi beberapa tips mudah untuk hilangkan rasa sedih atau 'bad mood' itu:
1. Bercakap dengan orang yang positif. Ini akan menaikkan semula semangat kita untuk kembali berusaha.
2. Perbanyakkan syukur. Senaraikan beberapa perkara positif yang berlaku dalam hidup kita pada hari itu. Lupakan peristiwa yang membuatkan kita sedih atau kecewa.
3. Perbanyakkan ketawa walaupun ada ketikanya kita harus memaksanya. Apabila kita ketawa, ia akan mengusir perasaan 'bad mood' tadi dan dalam masa yang sama ia juga akan merangsang hormon endorfin yang terletak di kelenjar Pituitri supaya dirembeskan ke dalam saluran darah. Hormon ini akan membuatkan perasaan kita menjadi tenang dan rasa bahagia.
4.Lakukan senaman ringan. Gerakkan badan anda (sama ada berjalan atau bersenam) selama 20 minit atau lebih. Tabiat melakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit sehari akan mebuatkan diri terasa nyaman dan santai. Bagi diri abam, abam suka aktiviti memancing. Feel dia 'lain macam' , terutamanya bila pancing diragut ikan. dan ini membuat abam rasa relaks dan tenang. By the way, kalian boleh pilih aktiviti senaman yang kalian minat.
Okey, ini saja. Semoga tips ini bermanafaat. Sama-samalah kita kurangkan stress dan kemurungan.
Rabu
22 September 2021

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...