Friday, 3 September 2021

Jagalah hati untuk dapatkan minda yang sihat

Seorang ustaz pernah beritahu abam, katanya ibadah atau segala perbuatan yang kita lakukan akan dinilai bergantung kepada niat. Tanpa niat, ibadah atau amalan yang kita laksanakan itu tidak akan dinilai.

Misalnya solat. tanpa niat, solat kita akan ditolak dan perbuatan kita itu sia-sia. Tanpa niat, puasa kita juga tidak dikira dan kita hanya mendapat lapar dan dahaga saja. Tak ada pahala atau markah untuk kita. Sebab itulah niat juga termasuk dalam rukun solat.
Di sini apa yang abam ingin sampaikan ialah betapa pentingnya peranan hati kita. Hati menjadi pencetus atau ‘triggered factor’ kepada perbuatan kita. Jika tidak baik niat atau lintasan hati kita pada ketika itu, maka secara otomatik niat tadi akan dihantar ke otak dan seterusnya ia akan diterjemahkan melalui perbuatan. Misalnya dalam hati kita terasa nak fitnah seseorang. Secara tidak langsung niat atau saranan itu terus dihantar ke otak. Lalu otak kita pun mula berkerja mencari cerita best sebagai modal untuk kita menabur fitnah.
Begitu juga sebaliknya. Jika dalam hati kita terlintas untuk melakukan perkara baik, lintasan atau niat kita tadi juga akan dihantar ke otak dan otak kita akan fikir bagaimana untuk kita lakukan kebaikan tersebut.
Jadi, adalah penting untuk kita menjaga hati. Jika hati kita bersih dan jernih kita akan lalui kehidupan ini dengan baik. Setiap usaha yang kita lakukan menjadi lebih mudah dan lancar. Rumah tangga kita juga aman dan bahagia. Begitu juga sebaliknya, jika hati kita tidak baik, hidup kita akan menempuh laluan yang susah dan sentiasa tidak tenteram.

Oleh itu, jagalah hati...

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...