Tuesday, 7 September 2021

Kemurungan di kalangan remaja sekolah

kanak-kanak sepatutnya gembira menikmati dunia mereka...


Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan keadaan kesihatan mental di kalangan remaja dan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini. Lebih-lebih lagi sewaktu musim pandemik sekarang. Ini disebabkan oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberatkan soal pencapaian dalam akademik sedangkan kaedah pembelajaran yang dilalui mereka adalah tidak kondusif.

NHMS mendedahkan satu dari setiap lima orang pelajar mengalami kemurungan, dua dalam setiap lima orang pula dilanda simptom keresahan dan satu dalam setiap sepuluh orang pelajar mengalami stres.
Sekiranya kes sebegini dibahagikan mengikut perbezaan sosial ekonomi sesebuah keluarga, tekanan mental yang dihadapi oleh kanak-kanak dari keluarga miskin adalah lebih besar berbanding mereka yang hidup selesa. Tekanan yang dialami ini mendorong mereka untuk mengambil jalan mudah, iaitu dengan cara menamatkan riwayat sendiri.
Mengikut kajian, kebarangkalian atau ratio remaja perempuan memikirkan dan mencuba bunuh diri adalah dua kali lebih kerap berbanding remaja lelaki dan kaedah yang biasa digunakan oleh mereka ialah dengan cara megambil ubat berlebihan atau dengan kaedah memotong atau mencedera diri sendiri.
Namun begitu, statistik menunjukkan jumlah kematian yang berlaku di kalangan remaja lelaki adalah empat kali lebih ramai berbanding remaja perempuan kerana kaedah bunuh diri yang dilakukan mereka lebih 'advance' berbanding kaedah yang dipilih oleh remaja perempuan. Mereka mencari kaedah yang lebih cepat untuk menamatkan riwayat mereka.
Malangnya, kesedaran tentang kesihatan mental di kalangan ibu bapa masih lagi rendah. Ramai ibu bapa yang menganggap masalah kesihatan mental di kalangan remaja ini sebagai satu bahan jenaka. Lebih buruk lagi ibu bapa menganggap masalah kemurungan atau perubahan sikap yang ditunjukkan oleh anak mereka itu adalah salah satu dari kaedah mereka untuk mencuri perhatian. Kesannya, anak tadi merasa diri mereka semakin tidak dihargai dan mencari jalan keluar dengan menamatkan riwayat diri sendiri.
Oleh itu ibu bapa perlu 'alert' dengan tanda-tanda kemurungan atau sebarang perubahan yang berlaku kepada anak remaja mereka. Dekati anak anda dengan luangkan lebih banyak masa bersama. Ini akan membuatkan mereka rasa lebih menghargai keberadaan kita dalam kehidupan mereka.

No comments:

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...