Tuesday, 9 November 2021

Jangan mudah buruk sangka

 

Pada suatu hari, seekor kala jengking hendak menyeberang sungai. Lalu dia pun menyusuri sungai itu untuk mencari kalau-kalau ada perahu atau batang kayu hanyut yang mungkin boleh digunakan untuk menyeberangi sungai itu. Namun nasibnya pada hari itu tidak baik, tiada ada sebuah perahu pun yang dijumpai. Begitu juga dengan batang kayu. Juga tidak ada batang-batang kayu hanyut yang terapung di dalam sungai itu.

Sedang dia termenung, tiba-tiba melompat seekor katak di sisinya.

"Woit! Kala Jengking. Apa ke halnya kamu termenung di tepi sugai ni? Kamu nak bunuh diri ke? Kamu tu bukannya pandai berenang." Sapa si katak

" Weh.. Katak. Lama tak jumpa kamu. Aku kat sini bukan nak bunuh diri tapi aku nak pergi ke seberang sana." Sambil dia menunjukkan ke seberang sungai.

"Ater.. Pergi la cari bot atau perahu penambang. Kita binatang tak perlu beli tiket. Masuk je diam-diam "

" Dah puas aku cari weh, jangankan bot penambang, kayu balak hanyut pun tak ada. Nampaknya kesedaran sivik orang sini dah capai tahap 'A'. Mereka dah tak lagi membalak atau membuang sisa kumbahan ke dalam sungai sesuka hati dah. Tu pasal alam sekitar dan sungai area sini terpelihara ."

" Dah..Dah.. Jangan mengarut lagi. Sekarang 'back to the point'. Apa ikhtiar kau untuk ke seberang sana?" Tanya si katak

"Aku pun tak tahu la. Dah mati akal aku ni." Balas si kala jengking

Setelah termenung beberapa lama, kala jengking itu bersuara semula.

"Haa... Aku ada satu idea bodoh untuk menyelesaikan masalah ini".

"Apa dia?"

"Gini aje la katak.. Apa kata kamu tumpangkan aku ke seberang. Kamu kan pandai berenang"

"Maksud kamu, kamu naik atas belakang aku dan aku berenang sehingga ke seberang sana? Balas si katak

"Ya.. Itulah maksud tersirat dan yang tersurat."

" Ini kes berat ni" Balas si katak

"Ala.. Katak, aku tak la berat mana pun, Tak sampai pun 100g berat aku. Tak kan itu pun kamu tak larat."

"Bukan itu maksud aku. Kamu tu berbisa. Dibuatnya kamu secara tidak sengaja tersengat aku dengan ekor kamu tu, arwah aku kat dalam sungai tu."

"Cuba kamu fikir secara logik la katak. Mana mungkin aku nak sengat kamu. Kalu aku sengat kamu, kamu akan mati, jika kamu mati aku pun turut sama mati dalam sungai tu sebab aku tak pandai berenang."

"Ya tak ya juga.. Boleh pakai juga otak kamu ni sekali sekala ye kala jengking. Okeylah.. silalah naik ke atas belakang ku ini."

Lalu kala jengking pun naik ke atas belakang katak dan mereka mula menyeberang sungai.

Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba tubuh kalajengking mula bergerak, Bila mereka semakin ke tengah, arus semakin kuat dan dia juga khuatir kalau-kalau katak itu ada memendam niat buruk terhadapnya.

Katak mulai terasa kala jengking itu bergerak lalu bertanya,“Ada apa hai kala jengking? Kenapa kamu bergerak?

" Entahlah wahai katak. Kenapa tiba-tiba ada sesuatu yang melintas di dalam kepala otak aku ni."

"Apa dia wahai kala jengking?"

"Tak ada ada apa-apa. Biarlah ia menjadi rahsia."

Si katak mula terasa yang kala jengking ni seperti tidak mempercayainya, lalu dia pun berusaha berenang dengan cepat supaya mereka lekas tiba di seberang.

Kala jengking pula fikir yang katak ni mahu membuatkan dia jatuh dan lemas. Lalu tanpa fikir panjang dia pun menyengat katak itu dengan ekornya.

Apabila disengat, katak itu pun mula lemah dan perlahan-lahan badanya mula tenggelam. Bila badan katak itu tenggelam, secara otomatiknya, kala jengking yang menumpang di atas badannya juga turut tenggelam ke dalam sungai.

Tamatlah riwayat katak yang baik dan kala jengking yang tidak mempercayai kawan sendiri.

Apa intipati atau moral yang boleh kita ambil dari cerita ini?

The moral of the story is...

Kita jangan khianati kawan yang cuba membantu kita walaupun kita rasa 'something is brewing'.

Tenangkan fikiran dan cuba selidik dulu atau kalau boleh 'face to face'. Jangan buat andaian sendiri dan ikut kata hati dan terus 'tikam belakang'. Benda boleh bawak bincang, buat apa nak bergaduh!

Akibatnya, sedikit sebanyak tempias atau kesan buruk dari tindakan kita itu akan kembali semupa pada kita.

Oleh itu, jangan kita jadi seperti kala jengking itu. Dah la minta tolong pada katak tapi masih ada simpan perasaan syak wasangka pada katak yang ikhlas menolongnya. Bila dia rasa ada 'some thing' tak kena je tanpa kaji selidik terlebih dulu dia terus ambil tindakan dengan menyengat katak itu.
Akibatnya, bila katak itu mati kena sengat, dia juga turut mati sama kerana lemas di dalam sungai.

Semoga menjadi iktibar kepada kita.

1 comment:

baedanearlywine said...

Borgata Hotel Casino & Spa Atlantic City - DrmCD
Dr.Mcd.com is your 밀양 출장샵 premier source for the latest 창원 출장샵 in Atlantic City 광명 출장샵 information from a wide range of experts. We provide the 하남 출장마사지 best 상주 출장샵 Atlantic City gambling

Antara Bawang dan Membawang

Istilah ‘Mak cik Bawang’ menjadi trending empat, lima tahun lepas dan ia semakin ‘ advance ’ dari masa ke semasa, seiring dengan kemajuan ...