Friday, 6 December 2024

Syukuri atas setiap nikmat

Syukuri rezeki yang tuhan kurnia pada kita dan jangan sesekali timbul perasaan iri atau dengki dengan rezeki orang lain. Kita tak akan pernah rasa cukup sekiranya kita asyik nak bandingkan rezeki kita dengan rezeki yang orang lain dapat.

Bersyukur adalah cara kita melihat hidup. Cara kita menghargai setiap apa yang Allah bagi… walaupun kecil, walaupun nampak biasa. Bila kita benar-benar bersyukur, kita tak mudah merungut. Kita tak cepat rasa iri dengan rezeki orang lain. Dan kita tak rasa hidup ni sentiasa tak cukup. Sebab kita sedar…setiap yang kita ada hari ini, ada orang lain yang sedang berdoa untuk miliki benda yang sama.

Nasib setiap orag tak sama. Jalan hidup dan ujian setiap orang juga tak sama. Walaupun kita dengan si dia tu pernah belajar satu sekolah atau satu universiti. Tapi bila 'grad', jalan yang kita pilih berbeza. Jadi, sudah tentu rezeki yang bakal diterima juga tidak akan sama.
Keduanya, apa yang si dia tu dapat belum tentu sesuai buat kita. Sebab itu tuhan tak bagi pada kita. Tuhan yang cipta kita, jadi Dia lebih tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik buat kita. Sebab itu kadang-kadang Dia tak bagi apa yang kita minta.
Namun kita tetap kena bersangka baik dan jangan sesekali berputus harap. Ingat.. Apa yang tuhan telah takdirkan untuk kita pasti akan datang pada kita apabila tiba masanya walaupun ketika itu ada seribu tangan yang cuba menghalang dan apa yang bukan milik kita tak akan datang kepada kita walau pun pada ketika itu ada seribu tangan yang cuba membantu.
Justeru, fokus dan nikmati saja apa yang tuhan telah kurniakan pada kita hari ini.

Simple...
.
□ ini roti yang Mem goreng pagi tadi. Abam 'carry forward' untuk minum petang.



Thursday, 31 October 2024

Deepavali 2024

Setiap tahun mesti datang beraya rumah Aci ni sebab dulu Aci ni berjiran dengan mak mertua saya masa mereka sama-sama tinggal du kuarters JKR Batu Gajah, Perak. Arwah bapa mertua dan mendiang suami Aci ni sama-sama kerja di JKR Batu Gajah dan sama-sama tinggal di kuarters. Mereka berjiran.

Bila dah berjiran tu, hubungan mereka memang rapat la. Termasuk isteri saya dan anak-anak mereka. Sama-sama jalan kaki pergi sekolah dan sama-sama belajar. Bila Mendiang suami Aci ni pencen, mereka pindah ke Ipoh manakala mak mertua pula menetap di Batu Gajah.
Jadi setiap kali raya Deepavali, kami akan melawat mereka dan setiap kali raya puasa, mereka akan datang beraya. Harap tradisi ni akan berterusan walaupun kami berlainan agama. Yang penting kita dapat rasa macam-macam makanan dan kuih raya.




Saturday, 19 October 2024

Program Fiesta Rasta di UiTM Seri Iskandar Perak.

Pihak UiTM Seri Iskandar Perak, di bawah Jabatan  Senibina Lanskap telah menganjurkan program Fiesta Rasta  pada 18 dan 19 Oktober 2024 itu hari. Mereka menjemput pihak vendor untuk membuka booth pameran dan sahabat saya iaitu Kartunis Kucai dan Cikgu Has telah diundang untuk membuat pameran kartun dan menganjurkan bengkel melukis kartun.

Memandangkan saya juga tinggal di kawasan berhampiran, kedua sahabat saya ini menjemput saya untuk hadir sama.







Saturday, 5 October 2024

prinsip kedua tentang 'perkara yang perlu dielakkan agar hidup kita lebih tenang'.

 Ini prinsip kedua tentang 'perkara yang perlu dielakkan agar hidup kita lebih tenang'.

.
Kita boleh tanya pendapat orang jika perlu tapi tidak semestinya kita kena terima pakai pendapat dia. Jika dia kata,apa yang kita buat tu tak betul kerana tak ikut saranan yang dia berikan, its okey. Itu pilihan kita sebab kita tak perlu 'validation' atau 'endorsement' dia dalam setiap tindakan kita.
Jika kita amalkan sikap ini, insyaAllah hidup kita akan tenang di mana jua kita berada.

Untuk tengok video yang berkaitan, boleh jengok Facebook saya di sini:

.

Jika ingin mendapatkan buku saya, boleh klik link di bawah:


Monday, 2 September 2024

Kenapa kita diuji dengan ujian yang sama berkali-kali?

 Ujian setiap orang tidak sama. Ada yang diuji dengan masalah kewangan, ada yang diuji dengan masalah kesihatan dan pebagai bentuk ujian lagi.

Tapi kita tidak diuji dengan ujian yang serupa berkali-kali. Tapi jika kita ditimpa oleh ujian yang sama berkali-kali, bermakna ada sesuatu yang tak kena.

Hidup ni ada “sifir” dia. Kalau kita tak ubah cara fikir, cara respon, dan cara buat keputusan…jangan terkejut kalau hasilnya pun tetap sama.






👉 Ini antara petikan yang dikupas dalam buku Hidup Kena Kuat , “Nota Untuk Sukses Dalam Kehidupan”, khususnya dalam bab:

Mengapa kita sering diuji dengan ujian yang sama berulang kali.

Dalam buku ini, bukan sekadar satu isu yang disentuh…Tetapi pelbagai realiti kehidupan yang kita semua pernah lalui, tentang rezeki, emosi, pencarian makna hidup, tentang sabar dan syukur.

Yang menariknya, setiap perbincangan bukan sekadar “kata-kata semangat”…Tetapi disertakan solusi yang digarap dari sudut psikologi Islam agar lebih dekat, lebih mendalam, dan lebih menyentuh jiwa.


👉 Kalau anda rasa penulisan ini “kena” dengan hati anda… jangan biarkan ia sekadar lalu begitu saja.Kongsilah dengan rakan-rakan yang lain.

Jika anda minat membaca dan ingin baca buku saya, boleh dapatkan  buku Hidup Kena Kuat, dan mula ubah cara anda melihat ujian dalam hidup. Tekan link di bawah, saya akan bantu anda dapatkan buku ini.


Friday, 30 August 2024

Bersyukur atas ujian

Selagi kita hidup, selagi itulah kita tidak terlepas dari diuji dan banyak sebab mengapa kita diuji. Salah satunya supaya kita bersyukur.

Kebanyakan dari kita tidak berapa menghargai apa yang kita perolehi jika kita dapat dengan mudah. Tapi bila kita terpaksa tempuhi ujian terlebih dulu baru kita boleh dapat, di situlah akan terbitnya rasa syukur di atas nikmat yang kita perolehi itu.




Wednesday, 28 August 2024

Raikan Perasaan.

 

Mengapa kita perlu belajar untuk menerima? Sebab, bila kita terima barulah kita merasa lapang dan kita akan nampak peluang yang ada di depan mata. Selagi kita tak mahu menerima, selagi itu mata hati kita tertutup dan kita tidak boleh move on.





Jika itu sudah ditakdirkan buat kita, tak perlu kita nak denial atau nak persoalkan. Berlapang dada dan dan terima.



Adakah anak hari ini lebih nakal?

  'Dulu-dulu, mak ayah kita kenal jiran kita dan jiran kita pula kenal kita, Inilah antara sebabnya mengapa mereka tolong jaga kita'...