Tablet VitaHibrid one untuk yang ingin berjimat

                  Supplement VITAHIBRID ONE...

Supplement juga dikenali sebagai makanan tambahan tetapi apabila disebut saja makanan tambahan atau suplemen, ramai rakyat Malaysia yang septikal.  Antara ayat yang biasa kedengaran ialah,
" Perlu ke aku ambil makanan tambahan?"
"Aku ni masih kuat lagi, tak perlu la makanan tambahan ni semua."
" Bukan ke dalam makanan kita setiap hari sudah ada zat, buat apa nak membazir duit beli makanan tambahan/suplemen  lagi?"

Tapi tahukah anda bahawa pengambilan makanan tambahan adalah perlu  malah boleh dikatakan wajib kepada setiap  masyarakat di Malaysia pada hari ini. Tak kira di peringkat kanak-kanak, remaja, mahupun orang dewasa. Ini adalah kerana trend atau gaya hidup pada  zaman moden ini terlalu cepat, kalut dan serba pantas. Oleh itu kita juga terpaksa bergerak dan bertindak dengan cepat. 

Kerana ingin cepat sampai ke  ke pejabat atau ke tempat kerja, kebanyakan isteri  tidak lagi sempat menyediakan sarapan pagi. Sama ada untuk  diri sendiri, suami dan anak-anak. Lantaran itu mereka terpaksa pergi kerja dengan perut kosong. Begitu juga dengan anak-anak. Mereka juga pergi ke sekolah tanpa bersarapan pagi.  

Apabila sampai di tempat kerja, barulah mereka keluar membeli makanan yang dijual di tepi-tepi jalan, kedai mamak atau pun restoran. Walaupun masakan yang dijual di tepi jalan, kedai mamak atau restoran itu  mengenyangkan, tapi dari segi kualiti dan khasiatnya masih boleh diragui sama ada dari kualiti bahan mentah yang digunakan dalam masakan dan cara mereka memasak makanan tersebut. 

Sewaktu makan tengahari dan malam pula, sekali lagi kita akan membeli makanan yang dijual di kedai atau restoran. yang kita  tidak tahu sama ada makanan itu dimasak mengikut kualiti makanan atau dimasak dalam tempoh yang lama (over cook) sehingga zat dalam makanan tersebut hilang. 

Bagi yang 'berduit' pula, kita suka  membeli  makanan  segera. Tambahan pula harga makanan segera ini juga murah  dan senang didapati. Malangnya kita tidak sedar bahawa tabiat mengambil makanan segera ini adalah tidak baik untuk kesihatan kerana kebanyakan makanan segera mengandungi 'extra'  lemak, 'extra' MSG, 'extra' garam dan 'extra' gula. 

Gaya hidup sebegini adalah  tidak baik untuk kesihatan.  Sebab itulah belum pun usia mencecah umur 40 tahun,  ramai di kalangan kita sudah menghidapi pelbagai jenis penyakit  seperti sembelit, obesiti (lebih berat badan), pembuluh darah tersumbat, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, gout dan kekurangan sel darah merah atau anemia. Malah mungkin juga kanser. 

Lantaran itulah kita perlu kepada penjagaan kesihatan. Di samping mengambil makanan yang seimbang dan melakukan aktiviti senaman, pengambilan supplement atau makanan tambahan juga adalah perlu.   


Menyedari akan keperluan ini dan masalah-masalah yang telah dibincangkan tadi, dengan tujuan membantu anda memastikan tahap kesihatan anda dan orang tersayang  berada dalam keadaan yang optimum,  kami di Norie Care Entrprise ( IPO526542-A) telah mengambil inisiatif  dengan mengeluarkan satu produk supplement yang dinamakan VitaHibrid One.
VitaHibrid One  adalah gabungan bahan atau produk semulajadi  yang terdiri daripada ekstrak sarang burung, goji, kolagen, kurma, habatusauda dan kismis yang sudah diketahui mempunyai nilai nutrisi yang tinggi nilainya dan amat diperlukan oleh tubuh.  

Dan untuk  membantu anda berjimat, kami telah perkayakan  VitaHibrid One ini dengan beberapa jenis vitamin penting untuk membolehkan VitaHibrid One  bertindak secara dua fungsi!

Pertama, Vitahibrid One ini membantu mengekalkan tahap kesihatan anda dengan membekalkan  zat dan nutrien yang diperlukan oleh badan, terutamanya zat besi.  


Ini adalah kerana zat besi merupakan komponen penting kepada kesihatan kita. Zat besi merupakan elemen penting dalam proses pembentukan sel darah merah.   Jika  kandungan zat besi di dalam badan kita rendah, ia akan mengakibatkan badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup. Seterusnya anda akan mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).  

Dari kajian yang dijalankan, kekurangan zat besi merupakan masalah utama yang dialami oleh kebanyakan penduduk Malaysia terutamanya  di kalangan kanak-kanak dan golongan wanita. Tetapi dengan mengamalkan pengambilan VitaHibrid One  setiap hari, masalah  ini akan dapat diatasi. Dengan ini anda akan kembali  cergas, sihat dan bertenaga. 

Manakala kandungan kalsium, fosforus, fruktos, asid folik, vitamin A dan B2  yang  terdapat dalam ekstrak kurma yang terkandung di dalam VitaHibrid One ini pula akan membantu tubuh anda membina imuniti, agar anda terhindar dari serangan bakteria yang boleh membawa penyakit. 

Selain membekalkan mikro nutrien yang diperlukan tubuh, unsur mineral  yang terdapat dalam ekstrak kismis pula  akan mampu membantu meningkatkan daya tumpu dan memori. 

Manakala ekstrak sarang burung dan Goji yang terkandung dalam VitaHibridOne pula bertindak membantu meningkatkan tenaga dan metabolisma badan serta meningkatkan kecekapan organ dalaman. Dengan ini masalah penghadaman, bacaan kolesterol yang tinggi, masalah penglihatan dan alahan akan dapat dikurangkan.  


Kedua, selain dari kesihatan, kecantikan juga adalah aset penting kepada setiap individu terutamanya di kalangan wanita. Oleh itu, di samping membantu anda menjaga kesihatan, kami juga ingin membantu anda mengekalkan tahap kecantikan.

Sebagaimana yang sedia maklum,  VitaHibrid One ini juga diperkaya dengan  beberapa  vitamin penting untuk mengekalkan kecantikan wajah. Antaranya ialah Vitamin C, D, E dan Kolagen.

Sebagaimana yang kita ketahui, apabila usia semakin meningkat, kadar penghasilan kolagen secara semulajadi oleh badan kita menjadi semakin perlahan. Kekurangan kolagen ini akan menyebabkan wajah kita  mula berkedut dan kulit  juga akan menjadi kasar dan kendur.  

Oleh itu kita perlu mengambil suplimen kolagen supaya struktur kulit dan keanjalannya tidak berubah. Dengan mengamalkan pengambilan VitahibridOne ini pada setiap hari, anda akan mendapat sumber kolagen yang diperlukan oleh kulit dan wajah. Hasilnya kulit wajah anda sentiasa lembap, tegang, anjal dan tidak berkedut.  

Vitamin  D dan E yang terkandung  di dalam VitaHibrid One  juga bertindak  sebagai antioksida untuk melindungi dinding sel kulit  daripada radikal bebas di dalam udara/atmosfera. Dengan ini kelicinan kulit wajah anda sentiasa terpelihara.

Manakala Vitamin C  pula akan bertindak melembutkan serta melindungi kulit muka daripada kesan sinaran UV dan persekitaran yang tidak sihat.  Dengan ini  anda  dapat mengekalkan kelicinan kulit muka di samping menjadikan wajah anda kelihatan muda sentiasa.  Selain untuk kecantikan, Vitamin C juga bertindak meningkatkan imuniti badan anda melawan penyakit seperti alahan, selsema dan demam biasa. Dengan ini anda terhindar dari penyakit.

Kesimpulannya, dengan mengamalkan pengambilan VitaHibrid One ini pada setiap hari,  anda akan kembali bertenaga dan cergas. Imuniti badan semakin kuat dan dalam masa yang sama wajah anda juga mula kelihatan licin dan berseri. 


Vitahibrid One ini sesuai diambil oleh semua peringkat  umur dan jentina sama ada kanak-kanak sekolah, remaja, orang dewasa dan warga emas.


Bagaimana Cara Pengambilan VitaHibrid One?


Jika anda mengambil VitaHibrid One ini untuk  tujuan penjagaan kesihatan seperti meningkatkan sistem imuniti, melancarkan pengaliran darah, menjaga sistem penghadaman dll - anda boleh ambil 1 tablet sekali sehari (sama ada sebelah pagi atau sebelum tidur). Anda cuma perlu  hisap/kunyah 

Jika anda mengambil VitaHibrid One ini untuk kecantikan, kehalusan kulit dan untuk menaikkan seri wajah- ambil 1 tablet dua kali sehari (sebiji pada waktu pagi dan sebiji lagi pada waktu malam). 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Testimoni Pelanggan




.............................................................................................................................................


Berapa Harga sekotak VitaHibridOne

Cuma RM65 sekotak bagi anda yang tinggal di Semenanjung dan RM70 untuk mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

##  Sila tambah RM8 untuk kos postage...






Bagaimana untuk mendapatkan VitaHibrid One ini?

Ikut saja langkah mudah yang diberikan di bawah. 


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

1) Untuk anda yang tinggal di Semenanjung Malaysia: Anda cuma perlu membayar sebanyak  RM73 ( Tujuh Puluh Tiga ringgit sahaja ** harga produk termasuk belanja pos). 


Manakala untuk anda yang tinggal di Sabah dan Sarawak, Anda perlu membayar sebanyak RM78 ( Tujuh Puluh Lapan Ringgit sahaja **harga produk termasuk belanja pos) sama ada    menggunakan   Mesin Deposit Tunai  (CDM)  ataupun membuat 'pindahan bayaran' melalui  akaun anda ke akaun  May Bank saya.

               Nama dan nombor akaun saya adalah seperti berikut:

               No. Akaun May Bank  ( 162106401523) 
             Nama : Usry   Bin Abdullah      
                                                  
2) Setelah itu anda 'whatsapp'   resit bukti pembayaran, nama dan alamat anda serta kuantiti yang ingin dibeli  ke nombor saya  iaitu :  016-5120479 .  


3) Kemudiannya saya akan kirimkan VitaHibridOne ini ke alamat anda menggunakan perkhidmatan courier atau pos laju.




>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>





No comments:

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...