Setiap tahun mesti datang beraya rumah Aci ni sebab dulu Aci ni berjiran dengan mak mertua saya masa mereka sama-sama tinggal du kuarters JKR Batu Gajah, Perak. Arwah bapa mertua dan mendiang suami Aci ni sama-sama kerja di JKR Batu Gajah dan sama-sama tinggal di kuarters. Mereka berjiran.
Thursday, 31 October 2024
Deepavali 2024
Saturday, 19 October 2024
Program Fiesta Rasta di UiTM Seri Iskandar Perak.
Pihak UiTM Seri Iskandar Perak, di bawah Jabatan Senibina Lanskap telah menganjurkan program Fiesta Rasta pada 18 dan 19 Oktober 2024 itu hari. Mereka menjemput pihak vendor untuk membuka booth pameran dan sahabat saya iaitu Kartunis Kucai dan Cikgu Has telah diundang untuk membuat pameran kartun dan menganjurkan bengkel melukis kartun.
Memandangkan saya juga tinggal di kawasan berhampiran, kedua sahabat saya ini menjemput saya untuk hadir sama.
Saturday, 5 October 2024
prinsip kedua tentang 'perkara yang perlu dielakkan agar hidup kita lebih tenang'.
Ini prinsip kedua tentang 'perkara yang perlu dielakkan agar hidup kita lebih tenang'.
Monday, 2 September 2024
Kenapa kita diuji dengan ujian yang sama berkali-kali?
Ujian setiap orang tidak sama. Ada yang diuji dengan masalah kewangan, ada yang diuji dengan masalah kesihatan dan pebagai bentuk ujian lagi.
Tapi kita tidak diuji dengan ujian yang serupa berkali-kali. Tapi jika kita ditimpa oleh ujian yang sama berkali-kali, bermakna ada sesuatu yang tak kena.
Hidup ni ada “sifir” dia. Kalau kita tak ubah cara fikir, cara respon, dan cara buat keputusan…jangan terkejut kalau hasilnya pun tetap sama.
Mengapa kita sering diuji dengan ujian yang sama berulang kali.
Dalam buku ini, bukan sekadar satu isu yang disentuh…Tetapi pelbagai realiti kehidupan yang kita semua pernah lalui, tentang rezeki, emosi, pencarian makna hidup, tentang sabar dan syukur.
Yang menariknya, setiap perbincangan bukan sekadar “kata-kata semangat”…Tetapi disertakan solusi yang digarap dari sudut psikologi Islam agar lebih dekat, lebih mendalam, dan lebih menyentuh jiwa.
👉 Kalau anda rasa penulisan ini “kena” dengan hati anda… jangan biarkan ia sekadar lalu begitu saja.Kongsilah dengan rakan-rakan yang lain.
Jika anda minat membaca dan ingin baca buku saya, boleh dapatkan buku Hidup Kena Kuat, dan mula ubah cara anda melihat ujian dalam hidup. Tekan link di bawah, saya akan bantu anda dapatkan buku ini.
Friday, 30 August 2024
Bersyukur atas ujian
Selagi kita hidup, selagi itulah kita tidak terlepas dari diuji dan banyak sebab mengapa kita diuji. Salah satunya supaya kita bersyukur.
Wednesday, 28 August 2024
Raikan Perasaan.
Mengapa kita perlu belajar untuk menerima? Sebab, bila kita terima barulah kita merasa lapang dan kita akan nampak peluang yang ada di depan mata. Selagi kita tak mahu menerima, selagi itu mata hati kita tertutup dan kita tidak boleh move on.
Jika itu sudah ditakdirkan buat kita, tak perlu kita nak denial atau nak persoalkan. Berlapang dada dan dan terima.
Wednesday, 14 August 2024
SABAR DALAM MENCARI REZEKI
Seperti yang diketahui, setiap orang sudah dijamin akan rezekinya tetapi dengan satu syarat iaitu kita perlu berusaha. Perkara ini sudah termaktub sejak azali lagi dan menjadi asas atau sifir kehidupan sehingga ia dijadikan simpulan bahasa iaitu, ‘siapa yang berusaha dia akan dapat.’
Dulu Kita Makan Sambil Bercerita, Sekarang Kita Makan Sambil Tengok Telefon
Dulu, meja makan bukan sekadar tempat untuk mengisi perut. Meja makan ialah tempat kita berkumpul. Tempat emak bercerita tentang apa yang be...
-
Setiap orang inginkan bahagia. Tidak ada siapa yang tak mahu hidup bahagia. Jika boleh setiap hari kita nak lalui kehidupan dengan tenang, a...
-
Dalam entri kali ini saya akan kongsi satu lagi isu yang sering melanda masayarakat kita, iaitu sikap suka jaga tepi kain orang. Walaupun ...
-
Masih ingat lagi zaman kita bersekolah dahulu? Setiap pagi, emak akan menyelitkan beberapa keping duit syiling ke dalam poket baju sekolah...
