Mengikut laporan akhbar tempatan, setiap
hari semakin ramai individu yang menjalankan perniagaan sama ada secara sepenuh
masa ataupun sambilan. Ada yang membuka gerai di tepi-tepi jalan atau membuka kedai di lokasi-lokasi strategik.
Di samping itu, dengan adanya kemajuan
dalam teknologi maklumat , semakin ramai pula individu yang menukar platform perniagaan mereka dari konvensional kepada perniagaan atas talian (online). Tambahan pula, modal yang diperlukan untuk membina perniagaan online adalah rendah berbanding membuka perniagaan secara konvensional.
Malangnya, satu perkara yang ramai tidak menyedari ialah, dari 10 individu yang menjalankan perniagaan atas talian sama ada facebook, twitter, instagram, blog atau pun LikedIn, hanya sekitar 4% sahaja yang benar-benar berjaya membuat jualan ( close sale) secara berterusan, walaupun bilangan pengguna media sosial di negara kita adalah antara yang tertinggi di Asia.

Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh anda praktiskan bagi
membantu meningkatkan lagi jualan anda di
media sosial.
1.
Ubah cara pendekatan dari menjual kepada membina
hubungan.
Sebagaimana yan diketahui,
masyarakat Malaysia suka menghabiskan masa di laman-laman social, terutamanya
facebook. Setiap individu dianggarkan akan
menghabiskan masa mereka sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam sehari melayari laman
sosial. Dari kajian yang dilakukan, majoriti pengguna yang megunjungi laman face book adalah untuk berinteraksi , bergosip atau bertanya khabar dengan kawan
atau sahabat maya.
Hanya segelintir saja individu yang
melayari face book dengan tujuan mencari
atau membeli produk. Tambahan pula di zaman kegawatan ekonomi seperti sekarang
ini. Lagi ramai pengunjung media sosial
ini yang berhati-hati ketika membuat pembelian. Jika mereka ingin membeli sesuatu produk,
biasanya mereka akan bertanyakan maklumat yang selengkapnya dari kawan-kawan di
media social sebelum membuat keputusan. Hampir 50% dari kalangan pengguna media
social akan membeli produk atau perkhidmatan setelah mendapat ‘recommendation’ dari sahabat mereka di media sosial.
Oleh itu, sebagai seorang peniaga
yang menggunakan media social sebagai platform perniagaan, anda perlu memahami trend ini sekiranya tidak mahu ‘di blok’ atau dikeluarkan dari
senarai kenalan. Anda tidak lagi boleh membuat iklan semahunya di 'wall anda' setiap masa.
Sebaliknya, anda perlu menukar taktik membuat iklan dengan menumpukan kepada aktiviti membina hubungan dan kerdibiliti ( branding).
Proses ini mengambil masa yang lama. Ada
yang memerlukan masa dua atau tiga bulan
dan ada yang lebih dari itu. Saya sendiri mengambil masa hampir 1 tahun untuk
membina jenama dan kepercayaan melalui blog sebelum saya boleh menjual buku pertama saya "Jom Bisnes" secara atas talian. Oleh itu, perbanyakkan aktiviti berinteraksi dan membina jenama
anda di laman sosial berbanding membuat iklan. Bina kepercayaan dan Brand anda secara perlahan-lahan tetapi konsistant.
2.
Jangan kedekut untuk “Like” dan berinterksi (komen)
dengan bakal pelanggan/
prospek.
prospek.
Orang kata, tak kenal maka tak
cinta. Di sini anda juga perlu berpegang kepada pepatah ini jika ingin berjaya menjadi
seorang peniaga atas talian. Untuk memulakan berinteraksi, sebaiknya anda yang perlu mulakan dahulu, bukannya menunggu
pelanggan atau bakal pelanggan yang datang mencari atau memohon menjadi rakan anda, kecualilah anda memang
sudah terkenal seperti Irfan khairi ataupun anda memang seorang artis. Jika anda tergolong dalam ‘public figure’
bolehlah anda menjadi penunggu kerana pasti setiap jam ada saja individu yang
ingin berkenalan dengan anda di alam maya. Tapi jika anda hanya individu biasa-biasa saja, andalah yang kena mula dulu proses berkenalan dan berinteraksi dengan prospek atau individu di luar sana.
Langkah pertama ialah, anda perlu cari prospek atau individu
yang anda rasa beliau mempunyai minat atau kecenderungan terhadap produk atau
perkhidmatan anda. Saya rasa anda sudah tahu bagaimana untuk membuat tapisan ke atas individu atau bakal prospek anda melalui teknik demografi. Setelah mengenali prospek, mulakan dengan ‘like’ setiap posting yang beliau tulis/update. Setelah
beberapa lama dan mesra, beri pula komen untuk meningkatkan kredibiliti anda. Dalam tempoh ini pun anda masih
tidak digalakkan untuk beriklan. Sebaliknya, anda tumpukan kepada ‘cara
penyelesaian masalah’ yang mungkin dihadapi oleh prospek atau kenalan anda tadi melalui komen.
Sekiranya beliau dapati komen dan idea anda serta perkhidmatan atau produk anda mampu menyelesaikan
masalah yang sedang beliau dihadapi, aktiviti jual beli pasti akan berlaku tanpa dipaksa.
3.
Selalu ‘Update’
berkenaan diri anda.
Sentiasa pastikan personal
profile anda dikemaskini dengan info
terkini. Profile anda akan menceritakan siapa diri anda, apa pekerjaan anda serta
apa kelayakan anda. Maklumat-maklumat ini perlu sentiasa dikemaskini dalam personal profile anda supaya senang
dibaca dan dirujuk oleh prospek yang mungkin memerlukan khidmat atau produk anda.
Mengikut kajian, kebiasaannya prospek akan membeli atau menggunakan
produk atau perkhidmatan seseorang itu apabila prospek benar-benar yakin akan kredibiliti dan
kelayakan penjual atau individu yang
menyediakan perkhidmatan tersebut. Selain dari mendapat ‘recommendation’ dari kawan
melalui facebook atau twitter, prospek juga biasanya akan melayari halaman 'profil penjual
tersebut untuk membuat penilaian ke atas penjual tersebu. Sekiranya prospek yakin kepada penjual atau penyedia perkhidmatan tersebut,
barulah prospek akan membeli dari beliau.
Oleh itu pastikan profile diri anda dan kelayakan atau pencapaian anda sentiasa dikemaskini dan pastikan juga ianya adalah tulin (genuine). Jangan sesekali anda cuba menipu atau memanipulasi profil diri dan kelayakan anda kerana apabila sekali anda ‘terkantoi’, selamanya anda tidak akan dipercayai.

4. Bina hubungan dengan pelanggan secara
konvesional (off line) juga.
Selepas anda mempunyai akaun
facebook atau twitter, sudah pasti anda inginkan bakal pelanggan mengenali
facebook atau twitter anda. Malangnya, media sosial tidak berfungsi hanya dengan menggunakan komputer dan line internet sahaja. Anda tetap juga perlu kepada saluran konvensional untuk membuat promosi berkenaan laman web atau facebook anda kepada prospek yang belum mengenali anda.
Jika anda adalah salah seorang pengguna lebuh raya dan sering berulang alik melalui lebuh raya PLUS atau mana-mana lebuh raya utama, pasti anda akan perasan papan iklan yang tertulis alamat atau URL selain gambar produk atau perkhidmatan yang mereka jual yang dipasang di sepanjang lebuh raya tersebut. Ini menunjukkan bahawa walaupun sesebuah syarikat itu sudah terkenal dan mempunyai pelanggan yang ramai termasuk pelanggan 'online', namun mereka tetap juga menumpukan kepada aktiviti promosi secara konvensional untuk memperkenalkan URL atau alamat website mereka. Begitu juga dengan anda. Jangan disebabkan anda berfikir yang anda menjalankan perniagaan secara atas talian, lalu anda terus melupakan aktiviti membuat promosi secara konvensional ini.

Kad perniagaan,
alat tulis, token, t-shirt, invoice dan dokumen-dokumen pernaigaan lain boleh digunakan untuk
membantu anda membuat promosi website atau facebook anda. Pastikan anda menulis atau meletakkan alamat facebook atau URL blog
atau website anda di atas benda-benda tadi supaya apabila setiap kali anda berurusan
dengan seseorang, beliau akan tahu dan perasan bahawa anda mempunyai website atau facebook.
Sekian untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment